CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3360|Reply: 9

Pegawai FAM disyaki atur perlawanan

[Copy link]
Post time 17-2-2012 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Pegawai FAM disyaki atur perlawanan

Artikel daripada : Espnstar.My

Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton memberitahu The Straits Times bahawa terdapat pegawai FAM yang terlibat dalam pengaturan perlawanan.

Apabila dihubungi pada hari Rabu, Timbalan Presiden Hamidin Amin enggan menamakan kelab atau pemain yang terlibat kerana siasatan masih dijalankan tetapi beliau percaya satu atau dua kelab Liga Super telah terlibat.





Beliau berkata: "Ini berdasarkan bukti yang dikumpul pada musim-musim lepas, bukan sahaja minggu lepas. FAM akan mengumumkan dalam dua atau tiga minggu lagi."

LionsXII mendapat kemenangan di tempat lawan yang pertama apabila mereka menewaskan Sabah 1-0 di Kota Kinabalu. Tetapi perlawanan yang mereka menang 3-1 dengan Negeri Sembilan yang telah menimbulkan syak wasangka oleh pemain senior LionsXII.

Pemain Singapura itu berkata: "Mudah untuk orang meragui perlawanan ini (LionsXII vs Negeri Sembilan) kerana kelihatannya mudah bagi kami bertemu mereka.

"Ini sangat tidak baik untuk kami dan ia mewujudkann keraguan dalam minda kami kerana pasukan yang mungkin kami ingat lemah sebenarnya telah menjual perlawanan itu."

Tambah sumber yang mempunyai pengetahuan dalaman bagi aktiviti pengaturan perlawanan dalam rantau ini: "Lihat sahaja bagaimana gol dijaringkan dalam perlawanan itu - mana-mana 'bookie' akan beritahu terdapat sesuatu yang tidak kena."

Satu lagi pendedahan mengejutkan oleh Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton kepada The Straits Times, Singapura adalah bukan sahaja pemain dan jurulatih yang terlibat di Malaysia, malahan pegawai FAM juga mungkin terlibat.

Eaton berkata: "Saya boleh memberitahu terdapat siasatan mengaitkan pegawai bola sepak di Malaysia dan secara global di Asia Tenggara.

"Sudah tiba masanya untuk kerajaan di sini sedar bahawa saiz market perjudian di rantau ini menarik banyak sindiket seperti ini."

Namun, skuad LionsXII di bawah perhatian untuk memastikan mereka tidak jatuh di tangan pengatur perlawanan. Semua panggilan telefon di bilik hotel mereka diputuskan apabila bermain di tempat lawan sementara pegawai pasukan mengawal pergerakan pemain di hotel dan lapangan terbang.

Ini titik hitam buat bola sepak Malaysia. Minggu lepas 18 pemain muda telah digantung selama dua hingga lima tahun kerana terlibat dalam pengaturan perlawanan Piala Presiden tahun lepas dan jurulatih digantung seumur hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2012 10:23 AM | Show all posts
bagi pandangan aku pun,
macam ada benda yg tak kena dalam satu dua games tuh. dari tahun lepas lagi. lalalallalaa....
cuma tak ada bukti lah kan.

apa nak jadi ngan sukan malaysia ni, kalo tak rasuah, dadah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2012 12:54 PM | Show all posts
FAM akan bertindak



PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bertindak lanjut sebaik sahaja Chris Eaton menjawab surat tuntutan penjelasan berhubung dakwaannya pegawai FAM turut terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan.




Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, buat sementara pihaknya masih hanya mengambil pendirian 'tunggu dan lihat' walaupun beliau mengakui turut dihubungi oleh akhbar Singapura, The Straits Times yang menyiarkan laporan dakwaan Eaton itu pada minggu lalu.

"Buat sementara ini, biar kami tunggu jawapan Eaton, baru FAM akan menilainya dan mengambil langkah susulan walaupun saya menganggap kenyataannya sebagai amat mengecewakan kami," katanya selepas Majlis Pelancaran Persatuan Bola Sepak Nuha (Nuha FA) di Kompleks Penyayang Bakti, Bandar Sri Damansara, semalam.

FAM dalam kenyataan media, minggu lalu, menyebut, surat tuntutan penjelasan sudah dihantar kepada bekas Ketua Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu sambil menyatakan rasa kesal mereka selain mahukan bekas pegawai FIFA yang meletak jawatan Jumaat lalu untuk menyertai Pusat Antarabangsa Untuk Keselamatan Sukan di Qatar, memberikan bukti jika dakwaannya itu berasas.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM turut merumuskan persaingan kalah mati kebangsaan, Piala FA 2012 yang bermula Jumaat lalu sebagai tidak mempunyai banyak kejutan kecuali juara Piala Malaysia 2011 dan Piala Sultan Ahmad Shah, Negeri Sembilan yang dipintas Johor FC 2-1 di Seremban.

"Ia boleh dianggap sedikit kejutan walaupun kedua-duanya daripada liga yang sama (Super) sementara perlawanan lain, pasukan pilihan masing-masing menepati ramalan dengan menewaskan lawan yang berlainan liga (Liga Super, Perdana dan FAM)," katanya yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Sementara itu, Nuha FA mengambil daya usaha aktif dalam membantu meningkatkan pembangunan bakat muda baru bola sepak negara menerusi penubuhan pasukan bawah 17, 15, 12 dan 10 tahun bagi penduduk sekitar Bandar Sri Damansara, Damansara Damai, Bandar Bukit Manjalara dan Sungai Penchala.

Kata Presidennya, Mohd. Ramzan Mansor: "Persatuan ini diasaskan sejak Disember lalu dan sudah berjaya mengumpul 80 pemain dengan yuran hanya RM30 sebulan. Kami juga mendapat tunjuk ajar teknikal jurulatih ternama seperti Subadron Aziz dan Lim Kim Swee selain pernah menghantar pasukan bawah 10 yang mara ke suku akhir Liga PNSB, baru-baru ini.''
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 01:29 PM | Show all posts
main bola macam bebudak sekolah ada hati nak rasuah yer.......tak koser you tau...awwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 02:54 PM | Show all posts
Aku percaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2012 03:05 PM | Show all posts
main bola macam bebudak sekolah ada hati nak rasuah yer.......tak koser you tau...awwwwww
zad78 Post at 20-2-2012 13:29



    rasuah tu sebab tokey2 judi nak seronok2 jah. pemain , coach tak nak lepaskan peluang buat duit
opssssssssssssss
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2012 03:06 PM | Show all posts
Aku percaya.
hudzai Post at 20-2-2012 14:54



    aku pun percaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 12:12 PM | Show all posts
dipetik dari blog rizalhashim, hos dengan izin astro arena dan hoa bersama kafe sukan dengan akbar sahari:

Bola dan rasuah, Part 1

Bagi aku, masalah rasuah bola sepak sekadar cerminan masyarakat kita yang korup, suka cari jalan pintas, mahu cepat kaya dan tiada integriti. Ini pandangan dua sen aku yang aktif melaporkan skandal rasuah pada 1994-95 selaku wartawan sukan Berita Harian.

Waktu itu, aku ditugaskan menulis beat bola sepak bersama Ahmad Khawari Isa selepas Badrulhisham Othman dan Saodi Mat Atar dinaikkan pangkat.

Apabila Chong King Kong diarah pulang dari Sukan Asia di Hiroshima pada Oktober 1994, satu Malaysia gempar. Story yang diterbitkan oleh the Malay Mail tulisan Tony Mariadass itu menjadi kemuncak siasatan pihak berkuasa terhadap skandal mengatur perlawanan.

Sudahnya, 27 pemain dibuang daerah mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 (pindaan 1989) manakala 58 digantung dari satu hingga empat tahun. Polis dan BPR (masa itu) menyoal siasat lebih 120 pemain.

Jumlah wang yang diterima 58 pemain itu dianggar RM1.32 juta dan 90 peratus daripadanya membabitkan perlawanan dengan Singapura!

Ketika itu membuat liputan mesyuarat Lembaga Disiplin FAM yang dipengerusikan Ketua Pengarah Penjara Datuk Zaman Khan ketika itu (kini Tan Sri) adalah cukup stressful!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2012 09:36 AM | Show all posts
FAM kecewa penjelasan tak konkrit



PENJELASAN sejam Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton berhubung dakwaan pembabitan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam gejala mengatur perlawanan tidak memuaskan hati badan induk bola sepak tanah air itu.


Selepas pertemuan itu, FAM tampil dengan kenyataan media menyuarakan rasa kecewa kerana Eaton gagal memberi maklumat atau bukti mengenai dakwaannya yang disiarkan akhbar Straits Times di Singapura 16 Februari lalu.




“FAM kecewa kerana Chris Eaton tidak memberi maklumat mahupun bukti bagi menjelaskan kenyataannya sebagaimana diharapkan, sebaliknya hanya sekadar menyatakan kenyataan itu dibuat berdasarkan dakwaan pihak tertentu dan siasatan masih dijalankan Fifa.



“Beliau tidak menjelaskan dakwaan itu mahupun mengenai pihak yang membuat dakwaan seperti dimaksudkan,” jelas kenyataan dihantar Unit Media FAM semalam.

Turut hadir pada pertemuan itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Pengarah Bahagian Risikan SPRM, Shamshun Baharin Mohd Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat serta dua lagi wakil Fifa, Terry Steans dan Michael Pride.

Menurut FAM, Eaton turut mengambil kesempatan pada perjumpaan singkat itu untuk memaklumkan beliau akan meninggalkan Fifa dan bertugas dengan sebuah agensi lain di Qatar tidak lama lagi.




Eaton tiba di Kuala Lumpur selepas FAM mengutus surat menuntut penjelasan mengenai dakwaan mencalar imej badan induk bola sepak tanah air itu yang kini ‘berperang’ bersama Polis dan SPRM dalam membanteras gejala rasuah bola sepak.

Rasuah bola sepak kembali menghantui arena bola sepak tempatan apabila 11 pemain dan seorang bekas jurulatih pasukan Piala Presiden digantung FAM bulan lalu.

Malah FAM juga mendedahkan tiga pasukan ‘senior’ Liga-M disiasat Polis dan SPRM kerana disyaki terbabit dengan gejala mengatur perlawanan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 09:40 AM | Show all posts
Kecewa atau LEGAAAAAAAAAAA  ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.046967 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list