Post Last Edit by TheLuPikir at 16-4-2012 17:12
Semua perlawanan hujung minggu di Itali dibatalkan kelmarin berikutan kematian pemain tengah Livorno, Piermario Morosini, 25 tahun. Pemain yang dipinjamkan daripada kelab Serie A, Udinese, tumbang di padang ketika perlawanan divisyen dua di Pescara dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.
Ia meneruskan sejarah tragik keluarganya yang menyaksikan kedua ibu bapa Morosini mati ketika dia masih remaja, selepas itu abangnya yang kurang upaya turut membunuh diri. Dia meninggalkan seorang kakak yang cacat.
Kematian Morosini hadir tidak sampai sebulan selepas pemain tengah Bolton Wanderers, Fabrice Muamba mengalami serangan jantung ketika perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris menentang Tottenham, menyebabkan pihak berkuasa meminta lebih banyak pemeriksaan perubatan dilakukan terhadap pemain bola sepak.
Peristiwa sebegini menunjukkan betapa pentingnya kecergasan di dalam sesuatu sukan |