CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16988|Reply: 5

Panduan & Tips Temuduga Sektor Awam SPA8

[Copy link]
Post time 16-4-2012 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Salam buat semua. Saya ingin berkongsi tips & panduan buat calon-calon yang bakal menghadiri seisi temuduga di sektor awam SPA8. Rakan-rakan lain yang turut mempunyai pengalaman & pendapat dialu-alukan berkongsi di thread ini. Semoga ianya bermanafaat buat calon temuduga sektor awam.

Untuk tips pertama saya kongsi kan buat rakan2.

Tips Sebelum Temuduga



1. Dapatkan maklumat tentang jawatan apa yang kita hendak temuduga. Contohnya temuduga untuk Pegawai Kesihatan. Dapatkan maklumat tentang visi,misi,atau aktiviti-aktiviti utama Kementerian Kesihatan Malaysia dan skop tugas Pegawai Kesihatan. Secara tidak langsung,kita dapat menimbulkan minat sekaligus dapat membiasakan diri dan membuat persediaan.

2. Bersedia untuk jawab serta tanya soalan.Persiapkan diri anda dengan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan dan bersediadalah dengan jawapan-jawapan yang dapat menarik perhatian panel.Elakkan menghafal.

3. Sediakan pakain yang sesuai.Biasanya bagi lelaki pakain kemeja bertali leher dan wanita pakain yang sopan.Bagi wanita Islam,pakailah pakain yang menutup aurat.

4. Sediakan dokumen-dokumen penting yang hendak dibawa semasa temuduga.Ini dapat mengelakkan kita daripada tergopoh-gapah semasa hari temuduga.

Lain-lain tips temuduga sektor awam SPA8 : http://www.spa8online.com/category/tips-temuduga-spa/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2012 01:37 AM | Show all posts
Tips Semasa Temuduga SPA

1. Datanglah awal 20-30 minit.Ini bertujuan untuk menghilangkan rasa gugup.

2. Beri salam kepada panel penemuduga.Dengar dengan teliti semua soalan.Jika anda tidak faham soalan, minta penjelasan.

3. Duduk dengan sopan. Jangan sekali-kali menyilangkan kaki anda di depan penemuduga. Pastikan beg tangan atau apa-apa sahaja yang dibawa, diletakkan di atas meja sisi yang disediakan.

4. Elakkan menggunakan loghat mana-mana negeri walaupun penemuduga itu orang yang anda kenal atau sekampung denga anda.

5. Pastikan anda mematikan telefon bimbit atau meletakkan dalam mod senyap.

6. Semasa menjawab,elakkan diri memberi jawapan yang menunjukkan bahawa kita memerlukan simpati panel untuk diterima dalam temuduga itu.Sebaliknya berilah jawapan yang dapat menunjukkan diri kita optimis dalam bidang yang hendak kita ceburi itu.

7. Berbual secara terbuka, terang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda.Tetapi jangan sampai melebih-lebih hingga menunjukkan diri kita terlau yakin dan excited bahawa kita pasti dapat temuduga itu.

8. Sentiasalah ceria dan tenang.Elakkan diri daripada menunjukkan muka yang terlalu serius.

9. Sentiasa memastikan kita menatap mata panel penemuduga.Ini dapat menimbulkan kepercayaan panel bahawa anda seorang yang berkeyakinan.Tetapi ingat,jangan pula sampai menjengel ke arah panel.Kawal fokus mata anda.

10. Selesai temuduga,ucapkan terima kasih.Nyatakan harapan anda supaya dapat diterima ketika di sesi temuduga itu.

11. Semasa menunggu keputusan,banyak-banyakkanlah berdoa kepada Tuhan supaya kita berjaya diterima ketika sesi temuduga itu.Mudah-mudahan kita berjaya memperoleh apa yang kita hajati.



Semoga tips temuduga SPA yang dipaparkan ini dapat membantu calon temuduga mempersiapkan diri secara efektif bagi menghadapi seisi temuduga jawatan sektor awam SPA8. Semoga beroleh kejayaan dan mencapai apa yang dicitakan.

Lain-lain tips temuduga sektor awam SPA8 : http://www.spa8online.com/category/tips-temuduga-spa/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 12:46 AM | Show all posts
Untuk tips hari ini berkaitan soalan dari panel penemuduga berkenaan latar belakang calon.

Boleh anda ceritakan serba ringkas tentang diri anda?

Soalan seperti di atas merupakan satu soalan ‘pembuka gelanggang’ yang sering ditanya oleh panel temuduga SPA kepada calon. Cuba anda tanyakan kenalan anda yang pernah menghadiri seisi temuduga dan mereka mungkin turut menempuhi soalan seperti di atas. Soalan sedemikian mempunyai 3 fungsi, iaitu :
  • Sebagai seisi ‘ice-breaking’.
  • Penilaian & ujian awal tahap kelancaran komunikasi dan kematangan calon.
  • Mengetahui & menilai minat calon terhadap jawatan yang dipohon.


Biasanya penemuduga berkemungkinan telah membaca resume & borang biodata calon sepintas lalu dan seisi temuduga ini merupakan seisi untuk mengenali calon secara bersemuka. Jadi soalan pengenalan diri calon semasa seisi temuduga SPA menjadi titik mula untuk perbualan antara penemuduga dengan calon sebelum ‘mengasak’ calon dengan soalan-soalan lain yang lebih spesifik bagi pencarian calon yang terbaik untuk jawatan yang diiklankan. Seisi ‘ice-breaking’ ini juga dapat menghilangkan rasa kekok dan janggal calon. Jadi kebanyakan seisi temuduga SPA akan dimulakan dengan soalan tentang latar belakang calon.

info rujukan dari : SPA8OnLiNE dot com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 02:30 PM | Show all posts
Tips Temuduga SPA : Elemen ‘PROVOCATIVE’ Dalam Temuduga

Tips temuduga SPA kali akan membincangkan tentang elemen ‘PROVOCATIVE’ dalam seisi temuduga, samada seisi temuduga untuk jawatan dalam sektor awam SPA atau pun seisi temuduga sektor swasta.

Anda tahu apa itu elemen ‘PROVOCATIVE’ dalam seisi temuduga yang bakal anda lalui untuk perjawatan sektor awam SPA?

Tujuan elemen ini digunakan oleh pihak panel penemuduga adalah untuk menguji tahap keyakinan calon temuduga. Contohnya panel penemuduga bertanyakan anda soalan berkaitan statistik kemalangan pada musim perayaan pada tahun lalu berbanding tahun ini dan anda memberikan jawapan sedemikian :

“Statistik kemalangan pada musim perayaan pada tahun lalu menurun berbanding statistik kemalangan yang berlaku pada musim perayaan pada tahun ini”

Dan panel penemuduga ‘PROVOCATIVE’ membalas jawapan anda dengan kenyataan seperti ini “Berdasarkan statistik yang saya baca ianya menunjukkan peningkatan kemalangan jalan raya semasa musim perayaan pada tahun ini sekitar 28% berbanding musim perayaan tahun lalu. Adakah awak mengikuti perkembangan terkini berkaitan di akhbar atau tidak?”

Dalam situasi ini anda sebagai calon temuduga sektor awam SPA haruslah berpegang teguh dengan pendirian anda dengan memberikan fakta atau bukti yang menyokong jawapan anda tadi.

“Mengikut pembacaan saya, pihak MIROS telah mengumumkan bahawa terdapat penurunan dalam jumlah kemalangan jalan raya pada musim perayaan pada tahun ini berbanding tahun lepas dan memberi pujian kepada langkah-langkah yang diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan kadar kemalangan semasa musim perayaan.”

Mampukah anda melepasi ujian elemen “PROVOCATIVE’ semasa seisi temuduga sektor awam SPA? Semoga perkongsian tips temuduga SPA kali ini dapat memberi manafaat untuk anda yang bakal menghadiri seisi temuduga kelak.

http://www.spa8online.com/category/tips-temuduga-spa/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 02:16 AM | Show all posts
Apa itu resume kerja? Untuk entri kali ini team SPA8Online akan berkongsi beberapa panduan umum dalam penulisan resume bagi menghadiri seisi temuduga kerja kerajaan.

Resume kerja ialah satu dokumen rasmi peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan atau pemilihan sesuatu jawatan. Resume juga merupakan satu dokumen ‘pengiklanan diri’  yang ditulis secara teratur bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya.

Maksud resume juga merangkumi kepada satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri serta sebagai satu dokumen yang boleh memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai pemohon dengan bakal majikan. Selain itu resume kerja juga dapat didefinisikan sebagai suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup & potensi diri.

Penyediaan butiran maklumat diri yang perlu ada dalam resume kerja :

    Nama dan maklumat peribadi.
    Alamat surat menyurat.
    Latar belakang pendidikan.
    Pencapaian dalam pendidikan.
    Penglibatan / pencapaian dalam ko-kurikulum.
    Anugerah serta kejayaan tertentu.
    Pengalaman / latihan praktikal / latihan industri (jika ada)
    Kemahiran serta bakat tertentu.



Seterusnya pemilihan rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan temuduga kerja anda. Tulis resume supaya hasilnya memuaskan pada anda serta menarik perhatian majikan / panel penemuduga. Setelah itu, hasil terakhir resume mestilah ditaip di atas kertas yang sesuai dan bermutu contohnya di atas kertas (A4 – 80 gram).

rujukan :
http://www.spa8online.com/category/tips-temuduga-spa/
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 08:13 PM | Show all posts
sgt2 bergunaa dan membantu tips ni.. berdebar2 rasanya next week ada temuduga dgn spa mcm nk percepatkan masa je haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.079419 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list