View: 5269|Reply: 9
|
I City Shah Alam latest attraction science 2012
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by alvin0603 at 25-4-2012 08:50
A whole new ice age experience comes to you @ Snowalk in i-City...
Introducing the all new Snowalk! A 50,000 sq ft snowplay environment below 5 degrees celsius has undergone a total new facelift Our team together with 50 ice carvers from Harbin, China have been hard at work the past month to bring you a whole new Snowalk@i-City experience!
Take a journey to i-City, where the lights are bright at night.. and the cold winter wind chills! Come experience a whole new Snowalk in conjunction with Science2012@i-City, an educational showcase takes you to a 50,000 sq ft arctic environment below 5 degree celsius, with life-sized ice sculptures from the ice age, interactive fun experience and thrilling rides that will definitely numb your senses...
Furthermore, discover a life-time journey at the city of digital lights now! Fun outdoor rides tucked between the dazzling bright lightscapes are just waiting for you and the family! For only RM38, you can enjoy a fun rides such as the 2-tier carousel (largest double deck carousel in Malaysia), circus travel, cross country bumper car or the famous pirate ship for fun thrilled evening.
And after all the hard play, sit down and enjoy a Malaysian favourite - OLDTOWN Value Meal - One(1) OLDTOWN Nasi Lemak with Fried Chicken + Soft Drink in OLDTOWN @ i-City! All inclusive with ticket price! So don't let hunger pangs ruin your fun.
Don't miss the chance to spend an evening at i-City now!
siapa pernah pigi? Dengar harga ticket naik MYR35 adult.
ni dapat promosi
http://www.everyday.com.my/coupons/tr/icity_1.htm |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak g icity , nak masuk snowalk 27 dis ni, berapa fee masuk? dan lain2
boleh xplain tak? |
|
|
|
|
|
|
|
xde mende ape pon.
parking je dah rm10
masok snowwalk rm38.
igt ade la salji turun kan, nan hadoooo
klo naik main rides2 kat luar tu kene bayar lain plak. rm5 utk 1 game
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
benda ni duk tersebar dalam facebook. sorry la, kalau tak betul, pls jangan marah aku. gi hentam blog owner ni = http://fdausamad.blogspot.com/
entry beliau pasal i-city snow walk = http://fdausamad.blogspot.com/2012/12/i-city-bertukarlah-kau-jadi-kebun.html
aku paste kat sini :
Saturday, December 15, 2012
I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit.
Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.
Aku kena main dan aku kena tipu.
Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.
Sebelum aku bercerita, hendak aku terangkan, bahawa berkira, kedekut dan bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya adalah tiga (3) perkara berbeza. Mari aku bentangkan perbezaannya.
Kalau engkau membebel seperti ini;
"Kedai mamak Khalifa nasi putih ayam goreng dengan sayur RM3.50, mamak Mosen benda sama sampai RM3.60. Padahal kedai mamak sama je, bukan ada bagi service GRO pun mamak Mosen ni".
Yang perangai atas ni, nama dia kau berkira.
Kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng, dengan sayur RM3.50. Cehh mahal! Ahh aku makan nasi putih dengan telur goreng je lah, baru RM1.80. Sama je, kennyang jugak"
Yang perangai atas ni, nama dia kau kedekut.
Namun, kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur kat Khalifa sampai RM10.50??, Makahaaiii mampus la kau cekik darah, syaitaan!"
Yang perangai atas ni, nama dia..kau bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya.
Contoh 1 dan contoh 2, adalah masalah sikap. Tidak ada kena mengena dengan masyarakat sekitar. Pergi mati lah dengan perangai berkira dan kedekut kau. kau komplen kau bangang.
Contoh 3 adalah masalah penindasan. Ya. Kau ada upaya menindas dengan licik dan kemas. Setengah orang berkata, "Ahhhh duit banyak RM10.50 pun nak bising..dah makan bayar je laaa". Puiii puii puiii pada kumpulan ini.
Bukan isu duit banyak yang aku persoalkan dalam contoh 3. Yang aku persoalkan adalah isu patut ke tak patut? kalau patut, RM100 pun aku bayar, tapi kalau tak patut, sekupang lebih pun aku mesti mengamok punya.
Bila kau orang dah faham perbezaan situasi kat atas, baru kau orang mudah nak faham marahnya aku dengan I-City malam tadi.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.
Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.
Mari aku ceritakan celakanya.
Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.
Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.
Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.
Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.
Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!
Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.
Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.
Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.
Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.
Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.
Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?
Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panjang.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.
Diblog oleh FdausAmad
Last edited by bzzts on 18-12-2012 09:59 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bzzts posted on 18-12-2012 09:56 AM
benda ni duk tersebar dalam facebook. sorry la, kalau tak betul, pls jangan marah aku. gi hentam blo ...
Pernah sekali je pergi tapi itu pun guna kupon, beli kat Groupon pakej harga siap dengan KFC yang orang Cina bertumbuk dengan pekerja KFC tu. Bagi aku tak menyeronokkan langsung Snowalk tu, lebih kurang rumah salji di Genting Highlands tu je. Patutnya pengurusan I-City buat macam kat Genting Highlands tu, ada pakej tiket pakej unlimited masuk barulah berbaloi dengan harganya tapi untuk sesetengah permainan tu dikecualikan lah dari pakej contoh harga mainan yang rm10 tu.
Memang tak user friendly sebab tak ada tampat duduk, aku tengok ramai keluarga yang bentang tikar seakan berkelah kat situ. Mungkin pengurusan I-City tak nak orang ramai berkelah kot sekaligus membantutkan perniagaan restoren yang ada dalam tu, jadi dengan tak langsung kerusi tak di letakkan tapi tak mustahil pada masa akan datang akan ada sewa untuk tikar pula. Mengenai harga makanan kat dalam tu entah lah aku tak pernah beli pun tapi kalau harga macam tu dah standard Genting Highlands, KFC pun harga mahal macam kat Genting juga ke?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haritu aku pergi gila boring...tang aku geram tahap apa nk cakap bila kat parking ni...ayah tunggu turn nk park sambil keta tu nak keluar..tpi yg jaga traffic parking ni suruh pi parking lain..sbb apa,sebab jam..kepala tahi dia lah boleh pi lane kanan kenapa nk marah2 ayah aku pulak..bila pandang belakang ada jugak yg menunggu dan yg tunggu tu keling...terus pandang yg traffic park india ni..dia buat muka tak puas hati bpk aku parking jugak..yg keta belakang blah terus bapak aku mencarut dpan org tu ..org tu buat tk endah..nak ja aku tmbuk baling ke bawah... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tinggal cuma 10 minit dari I-City tapi cuma pernah menjejak kaki ke sana sekali je. Itupun masa ia mula dibuka dan tak meriah macam hari ini. Kenapa saya malas nak pergi ke sana? Sebab bagi saya, I-city ini sebuah pembangunan yang failed and terdesak sangat menarik orang ramai ke sana dengan pertunjukkan lampu LED, taman tema air, Snowwalk dan sebagainya. Namun, ia tetap gagal jugak sebab tak ramai yang berminat nak membuka perniagaan di sana walaupun pihak pemaju sudah cuba sedaya upaya melabur dengan banyak dalam sektor perlancongan kat sana. It's just too overated, OK? |
|
|
|
|
|
|
|
samelh last pergi time free dulu sekarang malas nak pergi....ramai sgt org |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sendiri pun tidak setuju dengan pengurusan pihak icity. Sebenarnya perancangan pihak pengurusan ingin membangunkan icity seperti taman tema genting highlands & sunway pyramid. Malangnya cara pengurusan mereka gagal. Contohnya bayaran masuk untuk taman icity segala-galanya berbayar. Mereka patut lebih profesional dengan mengenakan satu caj bayaran sahaja. Kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai anak-anak mungkin agak tidak berpuas hati dengan pandangan saya. Kemana agaknya kita boleh ajukan supaya pihak pengurusan icity boleh membuat perancangan yang lebih teratur di masa hadapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la aku tak pernah rasa sikit pon nak cuba masuk.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|