CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1397|Reply: 0

Usain Bolt ingin beraksi bersama Manchester United

[Copy link]
Post time 8-8-2012 12:47 PM | Show all posts |Read mode

BOLT mahu Ferguson memberinya peluang  menyertai sesi pemilihan United.


MANCHESTER - Manusia terpantas di dunia, Usain Bolt mendedahkan dia mahu menyertai kelab bola sepak England, Manchester United.
Pelari pecut Jamaica itu yang baru sahaja meleburkan rekod 10 meter Olimpik dengan catatan masa 9.63 saat kelmarin dilaporkan mahu diberikan peluang oleh pengurus United, Alex Ferguson bagi menjalani ujian pemilihan.
"Mungkin ramai yang beranggapan saya cuma bergurau. Tetapi jika Ferguson menghubungi saya untuk menjalani ujian bersama kelabnya, sudah tentu sukar untuk saya menolak," kata Bolt.
Bolt berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya mengenai cabaran baharu yang diingininya selepas ini.
Hubungan baik antara Bolt dan Ferguson bermula apabila pelari itu menyertai larian amal di Manchester pada 2009.
Bolt, 25, yang bakal mempertahankan pingat emas 200m temasya Olimpik memberitahu, dia optimis menjadi pemain yang paling pantas dalam skuad United.
"Saya tidak menyahut cabaran jika saya rasa saya tidak cukup bagus. Saya yakin mampu bermain bola sepak dengan baik memandangkan saya lebih pantas daripada Wayne Rooney.
"Saya masih berada di London dalam masa beberapa hari dan jika Ferguson berminat, beliau tahu di mana mahu mencari saya," katanya. - Agensi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.247613 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list