CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8847|Reply: 7

Bajet 2013 - Tentera terima RM200 sebulan

[Copy link]
Post time 30-9-2012 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Tentera terima RM200 sebulan
•Nasional •2012-09-29 07:45 •Disediakan oleh Berita Harian
[url=][/url]

Kuala Lumpur: Seramai 125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Insentif khas itu membabitkan peruntukan RM301 juta. Bagi menghargai peranan pasukan simpanan angkatan tentera pula, elaun khidmat bertugas anggota biasa dinaikkan RM2 kepada RM6 sejam, manakala elaun pegawai dinaikkan kepada RM7.80 sejam berbanding kadar elaun lama, RM5.80 sejam.

Kenaikan elaun bertugas

Kenaikan elaun bertugas itu membabitkan 65,000 anggota simpanan ATM merangkumi askar Wataniah dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara di seluruh negara.

Sebagai menghargai jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun, kerajaan akan menyumbangkan RM1,000 kepada 224,000 pesara tentera ini yang mana peruntukan sebanyak RM224 juta akan dikongsi bersama kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Skim insurans

Kerajaan juga bersetuju memperuntukkan RM12 juta bagi memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat.

Skim itu akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM15,000 kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat.

Syarat lantikan bagi skim perkhidmatan ATM pula akan ditambah baik dengan kelayakan masuk bagi jawatan pegawai ditingkatkan kepada Ijazah Sarjana Muda Kepujian.

Kelayakan minimum SPM

Untuk pengambilan askar askar pula, kelayakan minimum ditingkatkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma berdasarkan skop tugas.

Kerajaan turut bersetuju untuk meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota ATM melalui kaedah time-based, anggota prebet ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh lapan tahun perkhidmatan dengan memenuhi syarat serta prestasi memuaskan.

Usaha itu akan memberi faedah kepada 78,123 anggota membabitkan peruntukan sebanyak RM107 juta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2012 08:40 AM | Show all posts
Tentera mudah naik pangkat
Font: [ BB B M S ]
•Nasional •Nasional •2012-09-30 07:54 •Click: 0 •Disediakan oleh Berita Harian

Kuala Lumpur: Pengenalan sistem kenaikan pangkat secara time-based untuk anggota tentera akan membuka peluang kerjaya lebih dinamik bagi anggota pangkat rendah.

Ia juga akan menyuntik semangat kepada anggota, sekali gus memastikan mereka kekal berkhidmat dengan pasukan, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Bajet 2013 jelas menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap keperluan ATM, khususnya anggota berpangkat rendah yang berpeluang naik pangkat lebih cepat.

Ini bermakna prebet kita berpeluang dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal. Begitu juga Lans Koperal kepada Koperal tanpa perlu menunggu lama kerana sebelum ini ada yang terpaksa menunggu sehingga 10 tahun, katanya.

Dalam Bajet 2013, kerajaan bersetuju meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota pangkat rendah melalui kaedah time-based dalam tempoh lapan tahun dengan mengambil kira syarat kelayakan, termasuk prestasi tugas.

Ia bakal memberi faedah kepada 78,123 anggota tentera pangkat rendah seluruh negara, membabitkan peruntukan kira-kira RM107 juta.

Turut diumumkan pemberian insentif RM200 sebulan kepada 125,708 pegawai dan anggota tentera berkuat kuasa 1 Januari depan, membabitkan peruntukan RM301 juta.

Zulkifeli berkata, pihaknya sudah lama menunggu pengumuman berkenaan, malah ia tentu menaikkan lagi moral pegawai dan anggota tentera.

Kita turut menyambut baik kenaikan elaun khidmat 65,000 anggota pasukan simpanan ATM yang dilihat mampu menarik minat orang ramai menyertai Askar Wataniah dan Pasukan Simpanan Sukarela (PSS), katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2012 08:41 AM | Show all posts
Ni untuk pengetahuan askar2 bujang k....

Bujang layak terima BR1M 2.0
Font: [ BB B M S ]
•Nasional •Nasional •2012-09-29 07:52 •Click: 34 •Disediakan oleh Berita Harian

Kuala Lumpur: Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan menerusi BR1M 2.0 dengan individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima RM250.

BR1M 2.0 adalah susulan kepada BR1M sebelum ini yang memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. Peruntukan RM3 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia membabitkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan yang memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah, katanya.

Katanya, bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November secara dalam talian atau datang sendiri ke kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

Langkah ringankan beban

Beliau berkata, selain BR1M, kerajaan juga menampilkan beberapa lagi langkah bagi membantu meringankan bebanan rakyat seperti membuka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan banyak lagi.

Kerajaan turut menampilkan beberapa lagi langkah bagi membantu meringankan bebanan rakyat seperti pengenalan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan banyak lagi, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 01:19 PM | Show all posts
Macamana cara pembayaran RM1000 untuk bekas2 tentera yang tak berpencen ?
Sapa2 tau tolong jelaskan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 12:16 AM | Show all posts
kelana36 posted on 5-10-2012 01:19 PM
Macamana cara pembayaran RM1000 untuk bekas2 tentera yang tak berpencen ?
Sapa2 tau tolong jelaskan ...

akan dimasukkan melalui akaun gajinya dulu...


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 11:40 PM | Show all posts
untuk ynag berkhidmat bawah 21 tahun yg tidk berpencen yg dpt 1000rm kan?

di beri ke atau kena mohon yer? itu untuk llp sahaja atau termasuk pegawai?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2012 12:21 PM | Show all posts
ARKIB : 01/10/2012

Services1Bekas askar terharu terima sagu hati

MARAN 30 Sept. - Lebih 4,000 bekas anggota tentera tidak berpencen di negeri ini gembira mendapat wang sagu hati sebanyak RM1,000 dalam Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat lalu.

Yang Dipertua Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PKVTTB) Pahang, Mohd. Sani Ishak berkata, pemberian sagu hati dalam bentuk one off itu membuktikan suara mereka dihargai oleh kerajaan.

Menurut beliau, golongan itu yang kebanyakannya berkhidmat antara 1960-an hingga 1986, terharu dengan keprihatinan pucuk pimpinan.

''Pemberian wang sagu hati itu sangat dinanti-nantikan kira-kira 24,000 bekas tentera termasuk 4,000 orang di Pahang setelah menunggu lebih 14 tahun untuk mendapatkan insentif daripada kerajaan.

''Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin tentang keluhan kami,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam masa sama, kata Mohd. Sani, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan elaun sara hidup munasabah sekurang-kurangnya sebanyak RM800 sebulan kepada veteran tentera tidak berpencen pada masa akan datang.

Katanya, pemberian elaun itu adalah satu keputusan terbaik bagi memastikan kebajikan bekas tentera dan pasukan keselamatan terbela apabila tidak berkhidmat lagi dalam tentera.

Sementara itu, seorang bekas tentera tidak berpencen, Mohamed Esa Mohamed Ali, 75, berkata, dia terharu dengan pemberian tersebut dan berbangga apabila Perdana Menteri dapat menyelami hati nurani rakyat.

Beliau yang berkhidmat dalam pasukan 104 Batalion Infrantri dari 18 Jun 1965 hingga 18 Jun 1988 berkata, semua bekas tentera tersebut telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Seorang lagi bekas tentera, Mahmud Bujal, 77, berkata, pemberian itu sangat dihargai kerana kerajaan masih mengingati jasa bekas tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Bagi rakannya, Shanusi A. Rahman, 60, pula menyifatkan Bajet 2013 mengambil kira kepentingan semua lapisan rakyat termasuk bekas tentera yang tidak berpencen sepertinya



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -hati#ixzz29FBfrCxd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2012 02:07 PM | Show all posts
Skuad Tentera bersantai dua hari
2012/10/14 - 06:38:32 AM Cetak Emel Kawan
Kuala Lumpur: Cuti dua hari yang diberikan pihak pengurusan Tentera selepas layak ke pentas final Piala Malaysia digunakan sepenuhnya pemain untuk berehat dan bersantai dengan keluarga masing-masing.

Ia tidak terkecuali jurulatihnya, B Sathianathan yang mengakui sebelum pertemuan dengan Lions XII pada perlawanan penentuan di Stadium MP Selayang Khamis lalu, mereka agak tertekan untuk memastikan kemaraan pasukan ke pentas final selepas menunggu selama 46 tahun. “Kini semuanya sudah berakhir dan kami berasa lega. Sekarang kami menunggu saat untuk beraksi pada perlawanan akhir pula Sabtu ini,” katanya, semalam.
Bagaimanapun, dia belum mahu memikirkan strategi yang bakal dilaksanakan dalam final di Stadium Shah Alam, 20 Oktober ini sehingga semua pemain berkumpul semula selepas cuti rehat dua hari berakhir hari ini.

“Sebelum mengatur strategi selanjutnya saya perlu menenangkan fikiran. Bermula Isnin (esok) kita akan berlatih dan tidak akan menoleh ke belakang lagi,” katanya.

Bagi Sathia matlamat ke final kini sudah tercapai dan misi Tentera sekarang untuk memburu gelaran selepas kecundang dua kali pada 1946 dan 1966.

“Kami mahu mencipta sejarah untuk Tentera. Pemain sudah maklum dan bersedia bertarung habis-habisan untuk mencapai matlamat ini,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.474667 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list