View: 3993|Reply: 4
|
Faizal Tahir Berjaya Lelong Trofi Sehingga RM80,000
[Copy link]
|
|
Lewat malam semalam telah berlangsungnya mini konsert amal ‘Untukmu Palestin’ bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Majlis yang bersiaran selama satu jam tersebut telah menampilkan tujuh penyanyi tanah air yang masing-masing menyumbangkan sebuah lagu sempena tanda sokongan mereka terhadap program kutipan derma ‘Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad.’
Antara penyanyi yang terlibat adalah Hafiz Hamidun, Kumpulan Raihan, Misha Omar, Tomok, Noh (Hujan), Aizat Amdan serta Faizal Tahir.
Menerusi mini konsert ini, Faizal Tahir telah mengambil peluang untuk menyerahkan tiga buah trofi kemenangannya kepada pihak yang telah berjaya menawarkan harga paling tinggi untuk trofi tersebut.
Antara trofi yang dilelong adalah ‘Anugerah Juara Lagu (AJL) 2003′ menerusi kategori persembahan terbaik, ‘Anugerah Industri Muzik (AIM) 15′ untuk Album terbaik 2008 menerusi album ‘Aku Muzik Kamu’ serta trofi ‘Anugerah Planet Muzik (APM) 2008′ menerusi kategori artis lelaki paling popular.
Menurut Faizal, dia sendiri tidak menyangka trofi lelongannya boleh menjangkau sehingga puluhan ribu ringgit dan nilai tersebut adalah lebih daripada sasaran awal.
“Sebenarnya saya ada meletakkan satu sasaran untuk harga trofi, tetapi malam ini merupakan satu yang diluar jangkaan saya kerana ia telah dibeli dengan harga yang cukup tinggi iaitu sehingga RM50,000.”
“Pada asalnya saya tidak kisah nak lelong seberapa banyak trofi. Cuma buat masa sekarang saya baru tentukan untuk tiga trofi ini sahaja. Lagipun saya memang target untuk kumpul sehingga RM100,000 untuk didermakan kepada tabung ini, tetapi tak bermakna bila dah samapi target tersebut saya akan berhenti.”
Mengulas lebih lanjut mengenai lelongan trofi tersebut, Faizal akui ingin tonjolkan sesuatu yang luar biasa untuk tabung derma Palestin kali ini dan disebabkan itu dia membuat keputusan untuk melelong trofi kemenangannya.
“Bagi saya konsert adalah perkara biasa, jadi bagi lakukan sesuatu yang lain, justeru itu saya mengambil keputusan untuk lelong trofi walaupun pada hakikatnya saya amat sayang kesemua trofi tersebut.”
“Apa yang mampu saya bagi, saya akan bagi. Mungkin dengan cara ini saya boleh beri kesedaran dekat orang ramai untuk turut menghulurkan sumbangan mereka kepada rakyat Palestin.”
Berikut merupakan tiga pihak yang telah berjaya membida harga paling tinggi untuk trofi Faizal Tahir :Telekom Malaysia (TM) – Suheilah Abu Bakar, Naib Presiden Segmen Entrepreneur TM (Trofi AIM 15 – RM50,000)
Maybank – Pn Eliza Mohamed, Naib Presiden Eksekutif Hal Ehwal Koprat Maybank (Trofi APM 2008 – RM20,000)
Celcom – Pn Rahizan Ismail, Pengurus Kanan Komunikasi Koprat Celcom Axiata Bhd (Trofi AJL 2003 – RM10,000)
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau korang nak tahu, aku lah Faizal Tahir. nak mintak tandatangan tak? hehe... (berangan je) |
|
|
|
|
|
|
|
CariMalay posted on 2-12-2012 06:23 PM
kalau korang nak tahu, aku lah Faizal Tahir. nak mintak tandatangan tak? hehe... (berangan je)
dh bsepah2 otograp FT yg berada dlm simpanan ku.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Konsert meruntun jiwa
http://www.bharian.com.my/bharia ... runtunjiwa/Article/
Persembahan khas artis terkenal suarakan sokongan bantu mangsa kekejaman rejim Zionis Israel
Mengamati bait lirik lagu yang dipersembahkan pada konsert mini amal Untukmu Palestin sudah cukup untuk membuatkan penonton sebak.
Mana tidaknya, barisan lagu disampaikan artis popular seperti Faizal Tahir, Raihan, Misha Omar, Tomok, Noh, Aizat dan Hafiz Hamidun menggambarkan kesengsaraan mangsa kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza, Palestin, yang mendambakan bantuan kita semua.
Dipaparkan montaj jeritan dan tangisan meruntun jiwa rakyat Palestin, konsert dimulai dengan lagu zikir Astaghfirullahal’azim daripada Hafiz. Peristiwa yang mengorbankan banyak nyawa itu menjadikan suasana di Sri Pentas 2, Shah Alam, sayu sepanjang sejam berlangsungnya persembahan.
Konsert diteruskan dengan lagu Untukmu Palestin daripada Raihan dan satu-satunya penyanyi wanita, Misha Omar, menyusul dengan lagu Kembara Di Tanah Gersang.
Kesyahduan berterusan apabila Tomok tampil dengan lagu Kau Yang Satu, yang dinyanyikan dengan penuh perasaan. Air mata penyanyi ini tidak dapat ditahan ketika dia mengalunkan lagu merdu berkenaan. Menyusul selepas itu persembahan daripada Noh menerusi lagu Kembara, Aizat (Erti Hari Ini), Faizal (Anti Graviti) dan semua artis (Insya-Allah).
Konsert mini terbitan TV3 itu ialah cetusan ilham Faizal sendiri. Pernah merasai sendiri pengalaman menyertai misi bantuan di Palestin membuatkan penyanyi itu tampil dengan misi bantuannya sendiri, menerusi penganjuran konsert mini.
Menariknya, idea bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat negara ini bukan menerusi konsert, tetapi daripada pengorbanan penyanyi terbabit melelong koleksi trofinya. Semua dana yang diperoleh disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad dengan kerjasama Mercy Malaysia.
Akan terus jual trofi
Menurut Faizal, tidak rela melihat kekejaman berlaku ke atas masyarakat seagama, dia cuba melakukan sesuatu yang dirasakan mampu membantu.
“Apa lagi mampu saya lakukan selain mencari idea yang berlainan untuk membantu penduduk Gaza. bantuan menerusi penganjuran konsert sudah biasa manakala sambutan dari segi bantuan kewangan agak terhad.
“Namun, sebagai penyanyi saya tidak boleh lari daripada bidang ini. Tetapi, saya perlu melalui satu pengorbanan. Saya nekad melelong beberapa trofi kesayangan demi mendapat dana untuk Palestin,” katanya yang ditemui sebelum berlangsungnya konsert.
Pada acara itu, turut diumumkan ialah badan korporat yang berjaya membuat bidaan tertinggi sekali gus memiliki salah satu trofi.
Telekom Malaysia Berhad (TM) berjaya membida trofi Album Terbaik dimenangi Faizal pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-15 dengan nilai RM50,000. Bagi trofi Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-23, Maybank Berhad mempertaruhkan nilaian RM20,000 manakala Celcom membawa pulang trofi Artis Lelaki Paling Popular, Anugerah Planet Muzik (APM) 2008.
“Selepas ini saya akan bekerjasama dengan pertubuhan Aqsa Syarif untuk menjual beberapa lagi trofi, barangan peribadi dan cenderamata,” katanya.
Orang ramai dialu-alukan menyalurkan sumbangan mereka ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad menerusi akaun Maybank 5642 7651 0331 atau layari Facebook dan Twitter TV3MALAYSIA untuk keterangan lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
Cetus semangat prihatin
http://www.hmetro.com.my/articles/Cetussemangatprihatin/Article
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]
PENUH keinsafan, kesedihan yang bercampur baur rasa simpati terhadap perjuangan rakyat Palestin demi hak pengiktirafan untuk tanah air sendiri. Begitulah yang dirasai penonton di studio mahupun di rumah apabila menyaksikan konsert Untukmu Palestin yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 jam 11 malam, Khamis lalu.
Bersiaran selama satu jam dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, konsert yang menampilkan tujuh artis itu bukan tampil dengan pendekatan popular, sebaliknya hadir dengan matlamat berkongsi penderitaan rakyat Gaza yang tidak putus-putus menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.
Julung kali diadakan, konsert yang diilhamkan penya�nyi Faizal Tahir ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat yang sudi hadir memenuhi ruang Studio Sri Pentas 2. Jelas terbukti sikap prihatin rakyat Malaysia tidak me�ngira jarak dan sempadan. Sebagai saudara seagama, rintihan dan kesengsaraan mereka turut dirasai oleh kita semua.
Biarpun hanya menampilkan tujuh artis, konsert Untukmu Palestin yang diterbitkan oleh Nurhul Huda Khalid berjaya menyuntik semangat untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin yang menjadi mangsa penindasan Israel sejak 64 tahun lalu. Ia bukanlah satu tempoh masa yang sekejap.
Persembahan pembuka pentas dimulakan dengan lagu Zikir Terapi Astaghafirullahal’azim nyanyian Hafiz Hamidun. Disusuli lagu Untukmu Palestin nya�nyian Raihan. Lirik lagu mereka membangkitkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Palestin.
Seterusnya peminat dihiburkan dengan lagu Kembara Di Tanah Gersang nyanyian Misha Omar dan Kau Yang Satu oleh Tomok. Nyanyian�nya yang penuh penghayatan membuatkan penonton di studio terdiam menghayati bait-bait lirik dilagukan.
Apatah lagi per�sembahan artis diiringi dengan montaj mengenai suasana kekejaman
di Palestin.
Selepas itu peminat dihiburkan dengan lagu Kembara oleh Noh Hujan, Erti Hari Ini (Aizat), Anti Graviti (Faizal Tahir) dan lagu Insya-Allah daripada semua artis sebagai persembahan penutup.
Garapan skrip berkisarkan Palestin yang disampaikan oleh AG Hot FM sebagai hos, turut mewarnakan konsert ini. Fakta-fakta yang ditampilkan, jelas membantu mereka yang kurang memahami erti perjuangan sebenar rakyat Palestin.
Turut diadakan ialah lelongan tiga trofi milik Faizal Tahir yang dimenangi dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) 23 menerusi kategori Persembahan Terbaik, Anugerah Industri Muzik 15 (Album Terbaik AIM - Aku Muzik Kamu) dan Anugerah Planet Muzik 2008 (Artis Lelaki Paling Popular - APM).
Hasil jualan disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad hasil kerjasama dengan Mercy Malaysia yang dilancarkan di Karnival Jom Heboh Kuantan, 24 November lalu.
Telekom Malaysia (TM) muncul pembida tertinggi bagi trofi AIM15 dengan nilai RM50,000, diikuti oleh Maybank untuk trofi AJL 23 (RM20,000) dan Celcom untuk trofi APM 2008 (RM10,000).
“Trofi AIM sememangnya dianggap paling bernilai antara ketiga-tiga trofi ini. Saya tak letakkan harga tertentu untuk setiap trofi ini tapi memadailah jika ia berjaya capai satu harga yang memuaskan.
“Sebenarnya kalau tiga trofi ini berjaya raih RM50,000 pun dikira OK tapi tak sangka apabila Maybank sanggup bida hingga RM50,000 untuk satu trofi.
“Saya merancang buat lagi lagi acara dengan Aqsa Syarif untuk bantu Palestin.
Kali ini bukan saja trofi tapi saya akan turut jual benda-benda lain. Harapnya tiga trofi lagi yang berada dalam simpanan saya akan dijual pada harga tinggi atau sekurang-kurangnya dapat RM50,000.
“Saya tak kisah pun berapa jualannya nanti, tapi saya memang sasarkan jualan semua trofi ini mencatat RM100,000. Kalau dapat lebih lagi bagus,” katanya yang pernah bergelar duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin oleh TV3 pada 2010.
“Sebenarnya saya cuba nasib tanya Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad) tiada apakah yang boleh dibuat untuk bantu rakyat Palestin?
“Memang saya nak tampil dengan konsert amal tapi ia sudah biasa dan impak yang diperolehi mungkin tak sebesar mana. Jadi, kali ini saya buat kelainan dengan lelong trofi. Apa yang mampu saya bagi, saya akan bagi.
“Izham tak beri jawapan segera. Selepas dua hari saya menghubunginya semula dan dia berikan jawapan positif bersetuju dengan idea saya. Bahkan saya terkejut kerana dia sudah ada produksi lengkap untuk konsert ini,” kata Faizal lagi.
Dia yang pernah sampai ke Lebanon menyaksikan penderitaan pelarian Palestin turut melahirkan hasrat ke Gaza. Kini dia masih menantikan tarikh yang sesuai untuk ke sana.
Izham yang turut hadir menonton pula menjelaskan, dia terkejut apabila Faizal menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan mahu melelong trofi kemenangannya untuk membantu rakyat Palestin.
“Saya terkejut kerana trofi sememangnya anugerah yang tak ternilai harganya.
Saya pun pernah menang trofi dan sedar perkara ini. Tapi saya tahu ada peristiwa yang menggerakkan hati dia untuk membantu.
“Saya sokong hasratnya kerana kalau buat konsert semata-mata memang perkara biasa. Saya berfikir nak buat konsert ini untuk bagi ramai sedar mengenai perlunya membantu rakyat Palestin.
“Memang terperanjat jadinya apabila melihat harga bidaan yang ditawarkan.
Bantuan syarikat korporat terhadap usaha ini sangat penting,” katanya yang pernah menganjurkan Konsert Akustika bagi membantu mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At Taqwa Hulu Langat yang turut dicetuskan oleh Faizal tahun lalu.
Barisan artis yang terbabit dengan Konsert Untukmu Palestin melahirkan rasa gembira dan bangga kerana dapat sama-sama membantu menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap penderitaan dan kesengsaraan penduduk Palestin.
“Kami sudah buat banyak program membabitkan isu Palestin yang berlarutan sejak dulu. Cuma ia hangat semula apabila ada serangan terbaru rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.
“Yang penting menerusi konsert begini, masyarakat akan sedar dan sama-sama membantu mereka. Untuk pergi ke sana mungkin kita tak mampu. Jadi, kita boleh membantu menerusi pelbagai cara dengan berdoa serta menghulurkan bantuan
wang bagi me�ringankan beban yang ditang�gung,” kata Che Am daripada Raihan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|