View: 4575|Reply: 14
|
Fauziah Latiff Bawa Diri Ke Lombok
[Copy link]
|
|
Fauziah Latiff Bawa Diri Ke Lombok
Jee cuba menaiki kereta kuda iaitu pengangkutan utama di Gili Trawangan, Lombok.
LOMBOK: Ketika bandar ini dikaitkan dengan sikap pemudanya yang kerap melarikan wanita Malaysia untuk dijadikan calon isteri, penyanyi Fauziah Latiff pula mengambil pendekatan ‘membawa diri’ ke bandar tersebut.
Fauziah atau Jee, 42, berkata, dia membawa diri kerana mahu meneroka dan melihat sendiri budaya dan masyarakat yang menjadi kontroversi di Malaysia.
“Nama Lombok agak sinonim kepada kita kerana sikap segelintir masyarakatnya yang gemar melarikan gadis-gadis Malaysia tetapi saya tidak pernah mengetahui kehebatannya sehinggalah saya menjejakkan kaki ke pulau ini,” katanya.
Keunikan Lombok ialah terhadap pantainya.
Jee ditemui mStar Online ketika mengikuti percutian bersama syarikat penerbangan tambang murah AirAsia selama tiga hari bermula Jumaat lalu.
Selain rombongan pihak media, percutian yang turut ditaja Tourism Lombok itu turut disertai Pembantu Khas Kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Edd Razhe, Pengurus Komunikasi Korporat AirAsia X, Fairuz Majid dan Eksekutif Komunikasi AirAsia, Nazatul Ekma Mokhtar.
Jee berkata, walaupun pulau itu masih belum maju berbanding Bali yang terletak berdekatan dengannya namun apa yang lebih penting pantai-pantainya masih belum tercemar.
Sebagai pencinta alam sekitar Jee berkata, keaslian pulau-pulau kecil di Lombok juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada mereka yang benar-benar mencintai laut.
“Lombok sebuah destinasi percutian saya yang menarik kerana keaslian pantainya yang antara lain berjaya menepis tanggapan mengenai sikap buruk pemudanya kerana gemar “menculik” wanita untuk dijadikan calon isteri,” katanya.
Dalam percutian itu Jee turut berpeluang menginap di sebuah pulau kecil iaitu Gili Trawangan yang antara lain mendedahkannya kepadanya pengalaman menaiki kuda yang dijadikan sebagai kenderaan rasmi di pulau kecil itu.
Kata Jee, percutian berkenaan dapat menghilangkan stres akibat tekanan kerja yang dihadapinya selain panorama indah pantai turut memberinya ketengan jiwa.
Jee juga turut diberi peluang menginap di hotel dan resort bertaraf lima bintang iaitu Villa Queen dan Kebun Villas Resort.
|
|
|
|
|
|
|
|
nsb baik check dulu,dah ade org buka thread |
|
|
|
|
|
|
|
fauziah latiff pun dah sampai lombok...bila lah aku nak sampai! |
|
|
|
|
|
|
|
Bawa diri ke Lombok atau di larikan??? |
|
|
|
|
|
|
|
aku sk gan dia kulit dia nampak cantik tanpa meak up...serius ssh nak cari wanita berusia 40an kulit n body mcm dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya dia nie...sweet & bersih je air muka dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh berisi (gemuk skit) kak gee.. eloklah tu.. klu brur cengkung jadi jerangkung plak |
|
|
|
|
|
|
|
Humble & sweet persona of Gee.. |
|
|
|
|
|
|
|
wa...resolusi next year nak slim n awet muder mcm kak gee... |
|
|
|
|
|
|
|
lama betul gee tak muncul kat tv.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo die x muncul sebab mebi ade gusip die kawen tu kot.. hee |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan diusung jantan lombok |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan lari dari umah tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tahu kampong halaman calaon suami ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|