CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1186|Reply: 0

GASTROENTRITIS

[Copy link]
Post time 28-2-2013 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Gastroenteritis merupakan penyakit akut di mana terdapat keradangan di perut dan usus. Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang dapat pulih dengan sendirinya. Banyak jenis organisma boleh menyebabkan gastroenteritis.  Pada lebih dari separuh kes-kes, organisma yang menjadi punca tidak dapat diketahui. Spesies Salmonella danCampylobacter merupakan punca yang paling lazim, tetapi pada kanak-kanak, ia biasanya diakibatkan oleh rotavirus.

Gastroenteritis ialah sejenis jangkitan, yang berlaku di semua pelusuk dunia. Gastroenteritis boleh berlaku pad masa-masa tertentu, iaitu semasa musim tertentu atau pada golongan umur tertentu. Sebagai contoh, rotavirus di kalangan kanak-kanak berlaku secara lebih kerap di negara-negara beriklim sederhana semasa musim sejuk. DI negara-negara tropika, terdapat sedikit perubahan bermusim.Gastroenteritis boleh juga menjadi sejenis wabak. Ini bermaksud, ramai yang akan mendapat penyakit ini untuk jangkamasa yang tertentu dan biasanya terdapat punca jangkitan yang sama seperti melalui makanan atau minuman. Jangkitan ini menular dari seorang ke seorang melalui pengendalian oleh seseorang yang tangannya dicemar oleh najis seseorang  yang ada jangkitan.


Punca-punca umum Gastroenteritis

1.   Bakteria yang merosakkan tisu
v Salmonella enteritidis
v Campylobacter jejuni
v Shigella species
v E. coli
2.   Bakteria yang menghasilkan toksin
v E.coli (enterogenik)
v Vibrio cholerae
v Clostridium
v Staphylococcus
v Bacillus cereus
3.   Virus perosak tisu
v Rotavirus
v Norwalk virus.
v Adenovirus
v Enterovirus
4.   Protozoa
v Cryptosporidium
v Entamoeba histolytica
v Gardia lamblia


Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Tanda-tanda dan gejala-gejala adalah berbeza-beza bergantung kepada punca dan keterukan penyakit.  Pada kebanyakan kes, gejala-gejala gastroenteritis adalah ringan dan dapat pulih dengan sendirinya. Masa mula tindak gejala-gejala adalah berlainan dari beberapa jam, misalannya dalam jangkitan Staphylococcus, sehingga 5 hari seperti dalam jangkitanCampylobacter, ataupun sehingga 3 minggu seperti dalam jangkitan Salmonella typhi. Pesakit mengalami satu atau lebih dari gejala-gejala berikut apabila terdapat  gastroenteritis iaitu : -
v Sakit dan kekejangan pada abdomen
v Cirit-birit
v Muntah
v Najis berisipadu besar seperti dalam cirit-birit yang kecil.
v Najis berair, tanpa darah atau nanah, seperti yang diakibatkan oleh toksin-ubat.
v Darah dan lendir pada najis seperti dalam kes kerosakan mukus, contohnya  jangkitan
    Salmonella, Shigella and Campylobacter.

v Demam, contohnya Salmonella typhi
v Sakit kepala dan meningitis, contohnya Salmonella typhimurium dan beberapa spesies     Shigella yang membebaskan neurotoksin (toksin yang bertindak ke atas saraf).
v Dehidrasi dan kekurangan air.  Ini boleh terjadi dengan cepat pada kanak-kanak, apabila
    terdapat cirit-birit dan muntah. Pada kanak-kanak yang kecil, jika gastroenteritis tidak
    dikenalpasti dengan segera, ia boleh menjurus kepada rebah (pengsan dengan tiba-tiba)
    dan maut. Pada dehidrasi, terdapat kehilangan simpanan air serta kekurangan garam
    galian dan garam.


Tanda-tanda dehidrasiv Kekurangan keanjalan kulit. Apabila dicubit, kulit masih tegap untuk seketika.
v Mengantuk.
v Keletihan dan kanak-kanak yang “lembik”.
v Fontanel (tempat yang lembut pada bahagian atas kepala bayi) yang terbenam.
v Mulut dan lidah yang sangat kering.
v Mata yang terbenam.


Apa yang  boleh dilakukan oleh andav Beri cecair dengan lebih kerap jika sesorang itu boleh mengambil cecair. Adalah lebih baik
    jika cecair rehidrasi oral diberi (runding dengan pegawai farmasi anda) atau, jika ia tidak
    boleh didapati, gunakan air beras yang dimasak.

v Elakkan kopi, teh, susu dan hasilan tenusu.
v Elakkan makanan yang pejal atau sehingga cirit-birit mengurang.  
v Jika terdapat muntah beberapa kali dalam beberapa jam – jumpa doktor anda, terutamanya     dalam kanak-kanak kecil dan warga tua.
v Jika dehidrasi disyaki, runding dengan doktor anda serta-merta.
v Jika cirit-birit berlanjutan melebihi 3 hari, bergantung kepada keadaan pesakit itu, anda
    harus berunding dengan doktor anda.

v Jika kemuntahan berhenti – teruskan pemberian cecair yang jernih dan berikan makanan
    yang ringan seperti biskut, bubur nasi, epal yang diparut dan dimasak dan agar-agar.

v Ambil balik makanan yang biasa secara beransur-ansur.


Pada kanak-kanak yang kecil dan bayi-bayiv Teruskan penyusuan bayi.
v Jika formula susu diberi – kurangkan kepekatan formula dan beri cecair rehidrasi oral di
    antara pemberian susu. Buat susu yang segar setiap masa.

v Runding dengan doktor anda, jika gejala-gejala berterusan, secepat yang mungkin.


Tabiat baik yang harus diikuti Untuk bayi-bayi dan kanak-kanak kecilv Semua peralatan untuk bayi haruslah disterilkan (dinyahkuman)
v Semua air yang digunakan untuk membuat formula susu haruslah dididihkan dan ditutup.
v Panaskan formula susu yang sejuk dengan meletakkan botol yang tertutup di dalam peti
    asis. Elakkan dari memberi susu yang suam atau yang dipanaskan semula dan yang telah
    disimpan untuk masa yang lama kerana susu merupakan perantara yang baik bagi
    pembiakan bakteria.

v Buang baki susu bayi.
v Elakkan dari memberi makanan yang terdedah atau yang telah jatuh ke lantai kepada bayi.
v Jangan tiup ke dalam makanan bayi untuk menyejukkannya.
v Jangan merasa setiap makanan bayi dalam sudu sebelum memasukkannya ke dalam
    mulut bayi.

v Dewasa yang mengalami cirit-birit atau muntah atau sebarang penyakit yang berjangkit
    atau mengalami jangkitan pada tangan mereka tidak harus menyediakan makanan bayi
    atau kanak-kanak.


Langkah berjaga-jaga yang umum

Basuh tangan selepas pergi ke tandas.

v Basuh tangan sebelum menyediakan makanan.
v Orang yang mengendalikan makanan termasuk mereka-mereka yang menyediakan  
    makanan tidak harus mempunyai sebarang penyakit berjangkit.

v Jangan batuk atau bersin di atas makanan yang telah dimasak.
v Semua makanan harus disediakan di atas kawasan lantai.
v Papan pemotong yang berbeza harus digunakan untuk memotong daging dan
    sayur-sayuran.

v Makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak haruslah disimpan pada ruang
    yang berbeza di dalam peti sejuk. Makanan yang dimasak haruslah disimpan pada tempat
    yang lebih tinggi.

v Semua makanan yang dimasak haruslah ditudung.
v Kawasan memasak haruslah dipelihara supaya sentiasa bersih untuk mengelakkan
    kehadiran lalat atau vermin yang lain.

v Elakkan dari memberi ubat untuk cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur  2 tahun
    kecuali dipreskripsi oleh seorang doktor.

v Ambil semua langkah berjaga-jaga dan jangan keberatan untuk berunding dengan klinik
    kesihatan yang  berhampiran , doktor keluarga atau pegawai farmasi untuk mendapatkan
    nasihat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046571 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list