CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41907|Reply: 8

Petua: Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat

[Copy link]
Post time 7-3-2013 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda.

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala #1 (Nona TV3)
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala #2 (Masnida Md. Isa)
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya

Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air.
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

3. Tips Hilangkan Sakit Kepala #3 (Wikipedia)
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni

Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
- Amalkan 2-3 hari.

4. Tips Hilangkan Sakit Kepala #4 (Imah Asat)
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri

Cara-caranya:
- Senaman ringan.
- Duduk dan luruskan kaki.
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

5. Tips Hilangkan Sakit Kepala #5 (Jika Sakit Kepala Tidak Teruk) (Enonmoon)
Bahan-bahan:
- Laptop

Cara-caranya:
- Login facebook
- Lihat ruangan chat
- Chat sampai tak sedar sakit kepala dah hilang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 10:15 AM | Show all posts
Good info thanks....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 10:57 AM | Show all posts
info bagus..
semua boleh pakai terutama yg bawah sekali.tip ke 5 tu..hik..hik..
nak tambah skit jek..
1. Ambil air sembahayang pastu solat..masa sujud tu lama skit..kita akan rasa 1 kelegaan dan keselesaan di kepala.
2. Amalkan nutrisi @ supplement berkaitan tekanan darah. Ini kerana tekanan darah byk mpengaruhi sakit kepala ni. mcm2 supplement ader di pasaran. antaranya nyer klik kat sini http://dzladyzwardrobe.blogspot.com/search/label/GARLIC%20COMPLEX dan http://dzrevell.blogspot.com/search/label/GARLIC%20TECH

tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:15 AM | Show all posts
4u2luv posted on 7-3-2013 10:57 AM
info bagus..
semua boleh pakai terutama yg bawah sekali.tip ke 5 tu..hik..hik..
nak tambah skit je ...

yang no 5 tu boleh gak kalau nak ganti dgn ym ke, skype ke, msn ke

ikut selera masing2 hehehehe


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:56 PM | Show all posts
Urut tangan antara ibu jari dan jari telunjuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 08:45 PM | Show all posts
Cara pemakanan yg betul juga dapat menyelesaikan dan mengelakkan sakit kepala. Jgn sekadar nak harap macam-macam supplement atau ubat. Makan supplement atau ubat bukanya tak bagus, is memang Ada kesan. Tapi apa jadi bila terlupa makan atau henti terus? Adakah sakit kepala Akan  semula? cara pemakanan yg sihat ialah makan pelbagai buah-buahan, pelbagai grain fiber, soya Dan american ginseng..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2013 12:34 PM | Show all posts
dulu aku pun selalu sakit kepala and migrain sampai tegang urat kat bahu nie... aku cuba detox patch yg lekat kat kaki time tido  so far alhamdulilah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 06:06 PM | Show all posts
ggud info tt cayalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2013 03:34 PM | Show all posts
Tumpang iklan
Sabun Manjakani Lutsinar RM 40

Khasiat:
1. Awet Muda : Antioksidan dlm manjakani bole melambatkan proses penuaan sel.

2. Menegang & Mencantikkan Kulit : Astrigen dlm manjakani boleh mencantikkan kulit & mencegah jerawat.

3. Mengecutkan jerawat pada muka.

4. Menghilangkn/ memudarkan parut @ kulit gelap. (Boleh digunakan utk m'hilangkan hitam2 celah ketiak/ kelangkang @ pelipat-pelipat).

5. Sesuai utk kulit kering & berminyak : Astrigen juga dpt mengawal kulit kering & berminyak.

6. Mengecutkan tisu-tisu dalaman faraj terutamanya bagi yang baru lepas bersalin.

7. Mencegah bau yang tidak di ingini.

8. Mengencangkan payudara (memperbaiki payudara yg telah hilang kekenyalannya.)

9. Mengawal lendir & lelehan faraj.

010-630 6669 (Raha)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.465886 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list