|
AFC Cup 2014 - Kelantan (Red Warriors) & Selangor (Red Giants)
[Copy link]
|
|
Piala AFC: Selangor hidupkan peluang
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
9 April 2013
Pemain Selangor Abdul Shukor Jusoh diasak pemain Sai Gon Xuan, Nguyen Thanh Long Giang (kiri) dan Ngo Phuong Nam pada perlawanan Piala AFC hari ini- Foto Bernama
Selangor mencerahkan peluang ke suku akhir apabila berjaya mencatat kemenangan pertama dalam persaingan Piala Konfenderasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Shah Alam malam ini.
Pada perlawanan hari ini, Selangor menang bergaya dengan menewaskan Sai Gon Xuan Thanh 3-1.
Sebelum ini, pasukan Merah Kuning kecundang 0-1 di tangan East Bengal pada pertemuan pertama di Kolkata, India, seri 3-3 dengan Tampines Rovers di Shah Alam dan tewas 1-2 kepada Sai Gon Xuan. Dengan keputusan itu, Selangor kini menduduki tangga ketiga dengan mengumpul empat selepas mengharungi empat perlawanan setakat ini.
Selangor yang terdesak mencari kemenangan tidak menunggu lama untuk membolosi gawang lawan apabila tendangan percuma yang dilakukan oleh Michal Kubalan mudah menewaskan penjaga gol Sai Gon Xuan Thanh pada minit kesembilan.
Beberapa minit kemudian, pasukan lawan berpeluang menyamakan kedudukan, namun percubaan pemain Sai Gon Xuan Thanh berjaya ditepis keluar penjaga gol Selangor, Mohd Sharbinee Allawee.
Selepas itu, Selangor mempunyai banyak peluang untuk menambah jaringan, tetapi tidak berhasil apabila setiap percubaan yang dilakukan anak buah Irfan Bakti Abu Salim berjaya dikekang pertahanan lawan.
Bersambung babak kedua, Selangor semakin agresif dan asakan bertali arus ke gawang lawan akhirnya membuahkan hasil apabila seorang lagi pemain import tuan rumah, Francis Forkey Doe berjaya meledak gol kedua pada minit ke-63.
Selangor terus berpesta gol apabila Amri Yahyah mengukir nama selaku penjaring pada minit ke-71.
Begitu pun, Sai Gon memperoleh gol sagu hati menerusi Moses Oloya minit ke- 80 namun Selangor kental bertahan sehingga tiupan minit terakhir permainan.
Barisan pemain Selangor
Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Nasriq Baharom, Abdul Shukur Jusoh, Solihin Kanasian, Francis Forkey Doe, Mohd Bunyamin Umar, Peter Chrappan, Mohd Amri Yahya, Michal Kubala, Mohd Fitri Shazwan, Mohd Sharbinee Allawee
Barisan pemain Sai Gon Xuan Thanh
Bui Tan Truong, Dinh Hoang Max, Nguyen Duc Linh, Moses Oloya, Nguyen Rogerio, Ngo Phuong Nam, Phan Luu The Son, Truong Dinh Luat, Phan Van Tai Em, Nguyen Thanh Long Giang, Emeka Ndubuisi Oguwike
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan layak ke pusingan kedua Piala AFC 2013
10 April 2013
Kelantan FA
KELANTAN mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala AFC 2013 selepas mengalahkan wakil Vietnam, Shb Da Nang, 1-0 pada saingan Kumpulan G di Stadium Chi Lang, Dang Na, Vietnam, hari ini. Kemenangan itu membolehkan pasukan 'The Red Warriors' mengekalkan rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan dan mengungguli kumpulan dengan 10 mata manakala kelab Vietnam itu menghuni tangga kedua dengan enam mata. Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke pusingan 16 pasukan pada saingan pusingan kedua pada 14 dan 15 Mei ini. Walaupun masih berbaki dua perlawanan, kedudukan Kelantan tidak tergugat ke pusingan kedua apabila pasukan tangga ketiga, Maziya Sports & Recreation dari Maldives hanya mengumpul empat mata manakala wakil Myanmar, Ayeyawady United tercorot dalam kumpulan dengan tiga mata. Percaturan ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak merehatkan ketua pasukan Mohd Badhri Radzi dan dua lagi tonggak utama iaitu pemain tengah Shakir Saari dan pemain pertahanan Mohd Daudsu Jamaluddin, tidak menjejaskan persembahan malah mampu menampilkan persembahan cemerlang untuk mengumpul tiga mata penuh. Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya mematahkan beberapa percubaan bahaya daripada pasukan lawan. Pemain import jemputan Dickson Nwakaeme dari Nigeria muncul wira Kelantan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-71 hasil hantaran kemas yang dilakukan oleh Zairo Anuar Zailani. Kelantan dijadual menentang kelab Maziya Sports & Recreation di Stadium Nasional Maldives pada 23 April ini sebelum menerima kunjungan Ayeyawady United di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, pada 30 April. Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan yang sama, Ayeyawady United melakarkan kemenangan sulung apabila mengalahkan Maziya Sports & Recreation 3-0 di Stadium Thuwunna, di Yangoon. Pada pusingan kedua nanti, Kelantan akan menentang lawan daripada Kumpulan E yang terdiri daripada pasukan Semen Padang (Indonesia), Kichee (Hong Kong), Churchil Brothers (India) dan wakil Singapura, Warriors. Pusingan suku akhir secara timbal balik akan berlangsung pada 17 dan 24 September, separuh akhir (1 dan 22 Oktober) manakala perlawanan akhir pada 2 November ini. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama giler tak update thread...almaklum duk sibuk berkempen lagi 3 ari wei...
Piala AFC: Kelantan muncul juara Kumpulan G
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
30 April 2013
KELANTAN yang telah mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berjaya muncul juara Kumpulan G selepas menewaskan Ayeyawady Unied 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Keputusan itu meletakkan pasukan bimbingan Bojan Hodak mengungguli Kumpulan G dengan 13 mata manakala SHB-Da Nang FC menghuni tangga kedua dengan 12 mata.
Kemenangan itu juga membolehkan Kelantan mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri pada perlawanan pusingan kedua kalah mati menentang kelab Kitchee dari Hong Kong pada 14 Mei nanti.
Dalam perlawanan tadi, tiga gol Kelantan dijaringkan oleh Obinna Nweneri pada minit ke-43, Nik Azmi pada minit ke-70 sebelum Mohd Badri Radzi meledak gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan.
Sementara itu, SHB Da Nang turut mengesahkan tempat ke pusingan kedua dengan menewaskan Maziya Sport 3-1 dalam satu lagi saingan Kumpulan G.
|
|
|
|
|
|
|
|
Piala AFC: Selangor mara pusingan kedua
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
30 April 2013
SELANGOR mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 selepas mengalahkan wakil Singapura, Tampines Rovers 3-2 pada saingan Kumpulan H di Stadium Jalan Besar, malam ini.
Kemenangan itu membolehkan pasukan The Red Gianst memintas Xuan Thandh Sai Gon untuk berada di tangga kedua dengan mengumpul lapan mata setelah pasukan itu tumpas 1-4 di tangan East Benggal dalam satu lagi saingan Kumpulan H. Dalam perlawanan tadi, Selangor terlebih dahulu memperoleh gol awal apabila kesilapan pasukan tuan rumah mengundang padah setelah pemainnya, Jufri Taha menjaringkan gol sendiri pada minit ke-29.
Selepas itu, Amri Yahya menambah derita pasukan Tampines Rovers dengan meledak gol kedua pada minit ke-45.
Ketika Selangor selesa di depan, pasukan tuan rumah berjaya merapatkan kedudukan apabila kesilapan Asraruddin Putra menghadiahkan gol pertama buat Tampines Rovers pada minit ke-51. Sembilan minit kemudiaan, Selangor sekali lagi dikejutkan tuan rumah apabila Alaxander Duric menyamakan kedudukan 2-2.
Bagaimanapun, Amri Yahya muncul wira buat Selangor apabila menyelamatkan maruah pasukan itu dengan meledak gol kemenangan pada minit ke-76 sekali gus memastikan kutipan tiga mata menjadi milik mereka.
Selain Selangor, East Benggal juga berjaya menempah tempat ke pusingan kedua Piala AFC setelah mengungguli Kumpulan H dengan mengumpul 14 mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Hari Jadi Rizal Rosid...moga terus cemerlang dgn Kelate TRW & berbahagia dgn isteri tersyg. GKG...~~Mc'K~~ — with Rizal Rosid.
|
|
|
|
|
|
|
|
<iframe width="624" height="351" scrolling="no" frameborder="0" src="http://screen.yahoo.com/selangor-advance-3-2-win-162557357.html?format=embed&player_autoplay=false"></iframe> |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk @cecurut
|
|
|
|
|
|
|
|
Maaf la tuk fan Selangor aku memang tak der like mana2 page team enko orang, so news aku agar lebihkan kelantan la...kalau ada fans selangor yg berminat nak tepek news or photo team selangor yg related ngan AFC cup dipersilakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Pemain Kelantan meraikan gol kedua Kelantan hasil jaringan Nik Shahrul Azim dalam aksi kumpulan Piala AFC 2013 di Kota Bharu pada 30 April 2013. Kelantan layak ke pusingan seterusnya selaku juara kumpulan setelah membenam Ayeyawady United 3-1.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selangor pula berjaya mengikut jejak Kelantan ke Piala AFC apabila mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Darul Takzim untuk menamatkan saingan Liga di tangga kedua. So, umah aku akan dibawa ke 2014.. Tahniah Kelantan dan Selangor kerana kosisten layak ke Piala AFC.. buat yg terbaik untuk 2014 nanti
|
|
|
|
|
|
|
| |
|