View: 5316|Reply: 1
|
30000mAh & 50000mAh Power Bank
[Copy link]
|
|
Berminat dengan Power Bank diatas? Ada yang model 30000mAh dan jangan terkejut ada yang mengiklankan sehingga 50000mAh di beberapa forum yang lain.
Hakikatnya, tujuan posting ini untuk membantu pengguna Malaysia supaya tidak tertipu dengan misleading advertisement ini. Saya tidak pasti siapa yang mula dahulu di Malaysia, tetapi ianya telah menjadi trend sehingga ramai yang tertipu.
Posting ini bukan 100% untuk kepentingan perniagaan Power Bank kami. Kami tidak perlu nak bersaing dengan peniaga Power Bank model ini. Cuma sebagai seorang Muslim yang berilmu berkenaan perkara ini, saya rasa wajib saya mengelakkan saudara seIslam saya diberi maklumat yang salah berkenaan power bank model ini tidak kira dimana pun mereka akan membelinya.
Hakikatnya, semua iklan model ini yang menawarkan 30000mAh dan keatas kami berani jamin 100% adalah tidak tepat. Mengapa kami katakan begitu, ini keraan power bank model ini hanya boleh menyimpan maksimum 24000mAh tenaga sahaja.
Power Bank model ini boleh muat sehingga maksimum 8 sel bateri. Dan bagi bateri Made in China, setiap sel yang ada kat pasaran cuma 1200, 1500, 1800, 2000, 2200, 2400, 2600, 2800, 3000mAh.
Jadi kalau muatkan sel yang paling maksimum pun iaitu 3000mAh x 8 sel dalam power bank ni, paling tinggi boleh pergi ialah 24000mAh. Kos bagi sel yang 3000mAh pun harga kilang dah RM6.00 hingga RM8.00 bergantung kepada kualiti bateri (belum termasuk casing dan pcb board lagi).
Pengarah Syarikat kami pernah ditawarkan model 10000mAh (tetapi akan ditampalkan sticker 20000mAh) pada harga RM35 seunit oleh Direct factory di China. Kami juga ditawarkan real capacity 13200mAh pada harga RM45 (tetapi akan ditampal sticker 30000mAh). Tetapi kami tidak terliur pun nak buat keuntungan dengan misleading pelanggan kami di Malaysia. Biar untung sikit, asal berkat rezeki.
Kami harap dengan perkongsian ilmu ini, dah terlepas tanggungjawab kami. Kami tidak perlu rasa bersubahat lagi dengan iklan2 power bank 30000mAh keatas sahaja yang banyak dijual di lelong, mudah dan sebagainya.
Catatan Tambahan : Artikel ini ditujukan khas buat model 30000mAh keatas sahaja dan bukannya model 24000mAh kebawah. Untuk model 24000mAh kebawah, anda cuma perlu buka casing dan lihat label di setiap sel bateri untuk menentukan samada anda mendapat kapasiti yang betul atau tidak. Sebagai contoh jika anda membeli model 20000mAh, sepatutnya akan ada 6 sel bateri 3000mAh (total 18000mAh) atau 8 sel bateri 2400mAh (total 19200mAh).
Ikhlas dari VCharge |
|
|
|
|
|
|
|
Buat makluman semua, bukan semua yang menjual model 30000mAh ini tahu yang mereka menjual pada kapasiti yang rendah. Sebab pada mula2 pengarah kami approach kilang di China, mereka cuma sebut 30000mAh apabila mereka tawarkan kepada pengarah kami. Jika pengarah kami membeli tanpa banyak bertanya, nescaya pengarah kami pun akan tertipu. Tetapi apabila diajak bersembang, baru pengilang memaklumkan kapasiti yang sebenar.
Apabila ditanya adakah pengilang melakukan perkara yang serupa di China (iaitu menipu kapasiti), mereka mengatakan TIDAK. Ini kerana peniaga-peniaga di China cukup arif dengan istilah 'What u pay is What u get'. Jadi peniaga-peniaga di China cukup faham kalau mereka hanya mampu bayar sesetengah produk pada harga rendah, mereka tidak sepatutnya expect untuk mendapat sesuatu pada kualiti atau kuantiti yang tinggi.
Tetapi peniaga2 dari luar China mereka mempunyai expectation nak beli yang murah tapi nak kualiti dan kuantiti yang tinggi. So apa yang terjadi ialah pengilang2 ini akan mula menipu pembeli2 dari luar China bagi memastikan mereka memperolehi jualan. Tetapi bukan semua peniaga dari China yang begini. Masih ada banyak peniaga di China yang jujur. Anda cuma perlu berkawan dengan mereka untuk mengenali hati budi mereka yang jujur itu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Shop Online/Classified
|