|
Doktor dan sedara yang berpengalaman tolong saya rekomen penawar/ubat apa utk saya.
Perut saya senak,sebu,kembung...nanti angin tu keluar sendawa atau kentut (baru terasa lega)
, kadang kadang terasa nak buang air besar lagi walaupun baru saja keluar dari tandas. Kalau saya
tak kawal pantang larang, lagi teruk perut memulas, sungguh tak selesa.
Yang saya cam sekarang, tak boleh saya makan: cuka atau lain2 yang masam termasuk buah
masam,pedas cili dan kari2, makanan berminyak,durian ,pisang, susu (susu pekat,susu tepung).
Itu lah antaranya.
Apa agaknya sakit saya ni?
Apa harus saya kena buat?
Doktor/Tabib/Sengseh mana patut saya jumpa ?
Tuan tuan yang sudi membaca dan berkongsi dan beri panduan saya dahului dengan jutaan
terima kasih.
|
|