CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15792|Reply: 37

MANDUL / SUKAR DAPAT ZURIAT

[Copy link]
Post time 9-7-2013 12:37 AM | Show all posts |Read mode
Masalah Sukar Mendapatkan Zuriat



Dah lama kawin tapi masih berdua? Belum dikurniakan cahayamata? Bermacam2 cara dah cuba tapi belum berhasil. Nak guna perubatan moden kos terlsalu mahal... jom cuba ni:

SARANG BURUNG MAQUIBERRY

Ni antara testinya:






Last edited by asziemiworld on 9-1-2014 03:51 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2013 12:40 AM | Show all posts
Just sharing :

PETUA UNTUK SUAMI & ISTERI YG SUKAR MENDAPATKAN ZURIAT

Bagi suami isteri - elakkan dari memakan bahan-bahan berikut:

a) Ajinomoto & seangkatan dengannya

b) cili @ tomato sos - kandungan ada angkatan ajinomoto

c) tomato

d) taugeh

e) peria yg beli kat pasar - tanam sendiri ok

f) kobis

g) makanan laut - kerang, sotong, ikan bakar

h) makanan yang dibakar terus (direct) dengan api - ikan bakar, satay



Amalkan amalan berikut, selepas solat atau bila-bila masa & ketika dimana jua:

a) Istigfar

b) Subhanallah

c) Alhamdulillah

d) Allah hu Akbar

e) Selawat keatas Nabi Muhammad SAW



Ketika mandi:

a) jirus tepat diatas kepala (bukan diubun-ubun) dengan niat mohon supaya dikeluarkan segala penyakit, angin & darah kotor, hati busuk, disihatkan tubuh badan & hati & dll. - iring sekali dengan selawat keatas Nabi Muhammad SAW (dalam hati)

b) cuci pusat dengan diiringi selawat keatas Nabi Muhammad SAW (dalam hati)





MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

Assalamualaikum Warahmatullah.

Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.

Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.



Selamat Mencuba!


Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 01:15 AM | Show all posts
Lagi artikel:

Tidak memiliki keturunan setelah menikah tentunya menjadi sebuah kesedihan sendiri bagi pasangan. Tidak bisa memiliki keturunan tersebut disebabkan karena salah satu dari pasangan mengalami kemandulan. Mandul bisa terjadi oleh siapa saja, baik wanita maupun pria.

Faktor wanita hanya sepertiga dari total kasus kemandulan, sepertiganya lagi merupakan faktor pria, dan sepertiga sisanya merupakan gabungan antara faktor pria dan wanita. Untuk mengetahui kesuburan pria bisa dilihat dari aspek sperma yang dikeluarkan. Dari situ bisa dilihat apakah sperma yang dikeluarkan baik atau tidak. Sedangkan untuk mengetahui kesuburan seorang wanita, biasanya dilihat dari siklus menstruasinya. Gangguan yang paling sering dialami wanita mandul adalah gangguan ovulasi. Bila ovulasi tidak terjadi, maka tidak akan ada sel telur yang bisa dibuahi. Salah satu tanda wanita yang mengalami gangguan ovulasi yaitu haid yang tidak teratur atau tidak muncul sama sekali.

Gangguan lain yang bisa menyebabkan kemandulan pada wanita, antara lain:
1. Tertutupnya lubang saluran tuba Tertutupnya lubang saluran tuba yang disebabkan karena infeksi, endometriosis, dan operasi pengangkatan kehamilan ektopik.
2. Gangguan fisik rahim Gangguan fisik rahim ini, seperti haid yang tidak teratur atau tidak muncul sama sekali dan nyeri haid yang diluar kebiasaan. Jika Anda selalu merasakan nyeri haid yang tidak biasa, maka pergilah ke dokter kandungan untuk mengonsultasikan masalah tersebut.
3. Penyakit radang panggul Penyakit radang panggul ini merupakan suatu peradangan pada tuba faloppi atau saluran yang menghubungkan indung telur dengan rahim. Biasanya peradangan menyerang kedua tuba dan infeksi bisa menyebar ke rongga perut dan menyebabkan peritonitis.
4. Keguguran lebih dari sekali Keguguran merupakan kegagalan kelangsungan proses kehamilan secara spontan pada usia lebih dini atau sama dengan 20 minggu. Keguguran akan menjadi masalah serius jika terjadi berulang. Gangguan yang terjadi tersebut bisa saja terus meningkat bila Anda memiliki gaya hidup yang tidak sehat, seperti merokok, terlalu gemuk atau kurus, meminum alkohol, kekurangan gizi, stres, memiliki penyakit menular seksual, dan umur. Umur bisa menurunkan kemampuan seorang wanita untuk hamil karena kemampuan indung telur melepaskan sel telur menurun seiring peningkatan usia, mutu sel telur menurun, dan rentan mengalami keguguran. Bagi wanita sehat yang berusia di bawah 30 tahun, tak perlu khawatir akan mandul kecuali Anda telah berusaha selama setahun untuk sekedar hamil. Bila hal tersebut terjadi, maka Anda harus ke dokter untuk melakukan pemeriksaan kesuburan. Namun, bagi perempuan yang berusia di atas 30 tahun, mereka harus segera ke dokter bila tak kunjung hamil. (NR)

Last edited by asziemiworld on 9-7-2013 01:18 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 05:51 AM | Show all posts


Hari ini Ummi nak kongsikan tips untuk pasangan suami-isteri yang ditakdirkan Allah sukar untuk mendapatkan anak. Bukan tips makan ubat atau apa jua siasatan yang selalu dilakukan oleh doktor-doktor di hospital tapi tips ini adalah tips dari al-qur'an dan hadith. Baik sekali kalau sekiranya rakan-rakan Ummi sesama doktor tidak lupa untuk menyampaikan tips ini kepada setiap pesakit mereka di samping kita mempraktiskan siasatan dan rawatan perubatan secara moden untuk mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Hanifah dalam musnadnya dari Jabir bin Abdillah r.a :

“Bahawasanya ada seseorang yang datang mengadap Nabi Saw dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, aku tidak diberi anak dan aku tidak memiliki anak seorangpun.’ Beliau Saw bersabda : ‘Di mana kamu dengan banyaknya beristighfar dan bersedekah yang dengannya engkau akan diberi anak?’ Maka orang itupun memperbanyakkan sedekah dan istighfar. Diapun mendapat sembilan orang anak laki-laki.”

Sumber: http://klinikummi.blogspot.com/2 ... sukar-mendapat.html

Al-‘Allamah Mulla Ali Al-Qari dalam syarah hadith ini mengatakan, kemungkinan ini dikutip dari firman Allah SWT yang menceritakan tentang Nabi Nuh a.s :

“Maka aku katakan kepada mereka : ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh : Ayat 10-12)

Malah dalam hadith juga disebutkan :

“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberi penyelesaian bagi setiap permasalahan dan jalan keluar bagi setiap kesempitan, serta memberinya rezeki dari sisi yang tidak disangka-sangka.” – Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim dari Ibnu Abbas r.a.

Nah! Selama ini kita seringkali lupa dengan petunjuk dari Allah dan RasulNya. Mudahan-mudahan dengan amalan sedeqah dan istighfar yang berterusan ini dapat menjadi ubat yang mujarab untuk permasalahan kemandulan yang dihadapi oleh segelintir pasangan. Namun dalam kita berusaha, kita tetap pasrah dengan ketentuan Allah. Bukankah Allah SWT ada berfirman dalam surah As-Syura ayat 49 dan 50 yang maksudnya :

“Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Namun usaha tetap usaha. Kita tidak boleh berhenti berharap pada Allah dan jangan sekali-kali kita menyangka yang tidak baik kepada Allah. Teruslah berikhtiar! Semoga berjaya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 08:59 AM | Show all posts
Dah berkahwin lebih 5 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata adalah sesuatu yang amat digeruni oleh pasangan yang telah berumahtangga. Asakan dari pihak mertua dan sedara mara adalah sesuatu yang sukar untuk kita lalui. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Banyak duit telah dikeluarkan dengan pelbagai kaedah rawatan moden dari pakar2 sakit puan. Kadangkala hubungan suami isteri berakhir begitu saja disebabkan pasangan saling tuduh menuduh kegagalan ini disebabkan oleh suami atau isteri.

Pendapat saya, jika kita menghadapi masalah begini, kedua2 suami isteri perlu mainkan peranan dan sama2 mendapatkan rawatan. Atau cuba produk yang mungkin dapat membantu anda untuk dapatkan zuriat. Tak salah mencuba kan. Saya ada seorang kawan yang telah berjaya menghasilkan satu produk yang Insyaallah dapat membantu anda. Isterinya sendiri telah berjaya dan juga ada antara rakan2 saya juga telah berjaya. Dengan hanya RM 80.00 rasanya tak merugikan kita mencuba.

Anda malu dengan masalah anda?? Kita perlu ingat bahawa jodoh, pertemuan, ajal maut, rezeki anak adalah kuasa Allah. Insyaallah jika kita usaha dan doa tak mustahil kan. Cuna tengok testi ni:




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 05:01 PM | Show all posts
Alhamdulillah..lagi testimoni :-)



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-9-2013 05:03 PM | Show all posts
SARANG BURUNG WALIT

Testimoni terbaru:



Last edited by asziemiworld on 23-9-2013 05:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:59 PM | Show all posts
produk ni dari mana ya? berapa lama perlu consume?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2013 08:19 AM | Show all posts
nadyaa posted on 23-9-2013 07:59 PM
produk ni dari mana ya? berapa lama perlu consume?

produk ni dari Kedah... berapa lama perlu consume x sama bagi setiap individu. paling cepat selepas 2 botol ....insyaallah dengan izin Allah....usaha, doa dan tawakkal :-)
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 12:09 PM | Show all posts
Kedah jual di mna ya..klu gugur boleh minumx
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 05:25 PM | Show all posts
worm posted on 26-9-2013 12:09 PM
Kedah jual di mna ya..klu gugur boleh minumx

kat kulim..sis kat mana ya... gugur pun boleh minum..sarang burung ni bagus untuk cepatkan penyembuhan luka kat dalam tu...di samping tu ia juga akan menguatkan sistem imum badan si ibu... :-)
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 12:08 PM | Show all posts
berapa harga? minat la...saya dah 9 tahun kawin blom ada rezeki..dah stress selalu sangat org bertanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 12:10 PM | Show all posts
ok cuba la... insyaallah...kadang2 Allah saja nak uji kita sabar ke tak..itu maksudnya Allah sayang kan...check PM ye for details. Ni testimoni yg saya ada setakat ni :-)








Last edited by asziemiworld on 27-9-2013 12:13 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 05:23 PM | Show all posts
PETUA CEPAT DAPAT ANAK

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala apabila teman2 semua dan bertiga, berempat..tapi kita masih berdua.


Antara penyebab biologi sukar hamil dikalangan wanita adalah:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitary yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi dikalangan lelaki pula:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap Azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb.

Penyebab2 daripada faktor luaran (lelaki dan wanita):

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk


Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.


Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.


•Bersenam - Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
•Mengelakkan pencemaran - Mungkin kita tidak dapat lari daripada pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga daripada menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan 'green-living'. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok.
•Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan.   
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:



1.VitaLea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam VitaLea membantu ereksi bagi lelaki.
2. B-complex - Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.
3.Vitamin C - sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel. Vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik lembab..akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
4.Vitamin E & Selenium - bekerja bersama2 dengan Vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi, bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil Vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vitamin E Shaklee untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
5.Omega Guard - Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
6.Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
7.Alfalfa - membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
Banyaknya supplement..mana satu yang perlu diambil?? adakah perlu diambil kesemuanya??


Kalau nak ambil kesemuanya mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak..dicadangkan untuk mengambil supplement dibawah sebagai permulaan.


Untuk Suami : Set Family Wellness (VitaLea + B-complex + Vitamin C) bersama Vitamin E & Zinc.


Untuk Isteri : Set Family Wellness (VitaLea + B-complex + Vitamin C) bersama Vitamin E + Alfalfa.


Sekiranya, cadangan tersebut juga bagi anda terlalu banyak untuk diambil..anda juga boleh mencuba untuk hanya mengambil GLA (untuk Isteri) dan Zinc (untuk Suami).


@ anda boleh memilih yang mana antara supplement yang disebutkan di atas mengikut budget anda =)


"Penolongku ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya jua aku berserah dan dialah yang memelihara 'Arasy yang besar"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 08:25 PM | Show all posts
Berikut tata cara saat melakukan hubungan suami istri yang kami dapat dari sebuah sumber sebagai doa untuk mendapatkan keturunan :

Tata Cara & Doa Sebelum Melakukan Hubungan Suami Istri 1. Lakukan Shalat Hajat dua rakaat.
2. Membaca surat Al-Ikhlas
3. Membaca Laa ilaha Illallaah.
4. Membaca Bismillaahil ‘aliyyil ‘adzim Allaahummaj’alinuthfata dzurriyatan thayyibatan in kunta qadarta antakhruja dzalika min shulbi.
5. Membaca Allaahuma jannibnis syaithana wa jannibisyaithana ma razaqtana.
6. Saat hubungan sudah mau mencapai puncak (keluar sperma) segeralah membaca doa Alhamdulillaahiladzi khalaqa minal mai basyaran faja’alahu nasaban wasuhran wakana robbuka qadiran. (Membacanya cukup dengan dibisikan saja).
7. Pada saat melakukan hubungan intim, hindari arah kiblat & tutuplah badan dengan selimut.

Mudah-mudahan dengan mengamalkan tata cara di atas Allah akan memberikan hasil terbaik dari semua ikhtiar kita. Aamiin.


Sumber : Doa Agar Cepat Mendapatkan Keturunan http://bidanku.com/doa-agar-cepa ... runan#ixzz2gZD3YDUe
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 09:44 PM | Show all posts
GLA, ALfafa dan ESP untuk isteri
Vitamin E dan zinc untuk suami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2013 04:52 PM | Show all posts


jom try... USAHA, DOA dan TAWAKKAL ...Insyaallah.. Last edited by asziemiworld on 7-10-2013 04:53 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sharing
Kalau percaya.
Layari laman blog ni .
Wealth-health-green.blogspot.comwechat ID:Shaklee1
Banyak explanation pun tak guna.
Layar dan wechat untuk mendapat lebih banyak informasi.
Terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 09:58 AM | Show all posts
dah makin banyak testimoni...akan di upload segera..masih menunggu kebenaran daripada tuan punya badan..rata2 suami x izinkan bg testimoni... :-)
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 02:59 PM | Show all posts
brp harga ye ? selain kat kedah kat mana lg yg jual
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.116988 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list