PENGURUS Manchester United, David Moyes mengulangi pendirian kelab itu bahawa Wayne Rooney tidak akan dijual.
Rooney sebelum ini telah mendesak untuk berpindah sejak meluahkan kekecewaannya terhadap kelab yang memberi sedikit peluang untuk bermain pada penghujung musim lalu.
Chelsea dan Arsenal berminat mendapatkan khidmat Rooney andai penyerang England itu meninggalkan Old Trafford.
Pemain berusia 27 tahun itu masih memiliki baki kontrak selama dua tahun. Baru-baru ini, United menolak bidaan rasmi Chelsea berjumlah £22 juta (RM106 juta) untuk membawa Rooney ke Stamford Bridge.
"endirian kelab tidak berubah. Rooney tidak akan dijual meskipun kami terima bidaan rasmi daripada mana-mana kelab," kata Moyes.
semua nak beli ssh la kan
Moyes memaklumkan, pihaknya tunggu respons daripada Barcelona berhubung pembelian Cesc Fabregas.