CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3137|Reply: 0

Goji kaya vitamin

[Copy link]
Post time 6-8-2013 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Goji kaya vitamin




Buah-buahan seperti anggur, pisang, betik, manggis, mempelam, nanas, epal, oren, anggur, lobak dan seumpamanya mempunyai pelbagai vitamin dan sangat enak untuk di makan. Manakala buah goji pun mempunyai khasiat iaitu 18 Amino Asid, Vitamin C,Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E.

Khasiat paling menakjubkan yang dijumpai keatas goji yang telah dikeringkan mengandungi 18 amino asid (6 kali ganda lebih tinggi kadarnya berbanding bee pollen), 21 unsur mineral, lebih beta karoten berbanding karot dan menghairankan 500 kali ganda lebih Vitamin C berbanding buah 0ren - mengikut berat).

Ianya juga kaya dengan Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E. Goji yang paling baik adalah yang hidup subur tanpa pencemaran cuaca dan udara sekitar serta jauh terdedah daripada baja kimia .
Di negara China, Gojiberry sangat istimewa,terutamapada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia. Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkalin (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).


&#65279enduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan ‎mengamalkan Gojiberrysebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun.

"Lagenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, ‎Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!".

Baginda amat terkejut dan ‎bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu ‎menjawab: ‎"Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. ‎Ketika musim panas, saya makan buah Goji, dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji ‎dan membuat pes. Inilah rahsia saya".

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry. ‎Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari."





Kegunaan

Gojiberry selalunya di jual dalam bentuk kering, di dalam kotak atau paket. China adalah pengeluar terbesar ke seluruh dunia.

Masakan. Secara tradisional, goji berry yang kering digunakan dalam beberapa resepi masakan; dalam minuman arak up, puding, nasi, sayur-sayuran dll. Daun pucuknya digunakan sebagai sayur-sayuran dan ulam/lalap. Juga digunakan sebagai bahan perasa pada makanan dan minuman.

Perubatan Tradisional. Gojiberry telah digunakan sejak 6,000 tahun lalu oleh masyarakat perubatanherba China, Tibet dan India; bertujuan menyihatkan hati, mata, meningkat tenaga batin dan sistem kesuburan, memperkuat kaki dan tulang, memperteguh sistem kekebalan tubuh, melancar pengaliran darah, dan melanjutkan usia. Masyarakat Cina menggunakan daun dan kulit akar sebagai bahan minuman teh. Juga di campur sebagai salah satu bahan dalam minuman arak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.285473 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list