CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2161|Reply: 1

Kawal Pemakanan Ketika Di Rumah Terbuka Hari Raya

[Copy link]
Post time 20-8-2013 01:32 PM | Show all posts |Read mode



Mesti anda banyak menghadiri rumah terbuka bukan? Dan semestinya banyak makanan yang sedap lagi enak terhidang di depan mata dan apalagi makanlah semua jawabnya…. Ketupat, lemang, rendang, masak lodeh, nasi impit dan banyak lagi! Semuanya akan nampak sangat menyelerakan lagi-lagi bila makan bersama keluarga. Tak salah kalau nak nikmati semua hidangan ini tapi nak kongsikan sedikit tip untuk kamu sebelum menjamah hidangan raya.

Mengawal Nafsu

Sebelum menikmati semuanya, apa kata kamu perhatikan semua hidangan sebelum membuat keputusan untuk makan yang mana satu. Dengan cara ini dapat membantu kamu untuk mengambil jumlah makanan yang kamu inginkan secara terkawal. Usah membazir, cukup setakat menjamah hidangan yang berat.

Banyak minum air dan makanan yang kaya dengan fiber

Untuk mengelakkan dari masalah sembelit, minum air dengan kuantiti yang sepatutnya dan jangan lupa makan makanan yang kaya dengan fiber. Jangan nanti, bila kamu balik, seharian kamu di tandas. Naya dibuatnya.

Kurangkan makanan yang manis

Air bikarbonat adalah hidangan popular tatkala raya. Kandungan gula yang sangat tinggi dalam air bikarbonat adalah penyumbang kepada kegemukan. Jika kamu teringin, cukup sekadar separuh gelas air bikarbonat dan sulamkan dengan air masak. Jangan lupa, sesetengah kuih raya juga mengandungi gula yang tinggi, jadi hati-hati.

Sayuran dan buahan disebelah malam

Untuk penghadaman setelah seharian makan pelbagai jenis hidangan, pengambilan sayuran dan buah-buahan adalah sangat-sangat membantu.

Sedikit info kesihatan dan tip

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2013 01:37 PM | Show all posts
sedapnya makan melayu di hari raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.033985 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list