|
Rasanya semua orang pernah mengalami sakit belakang. Rasa tidak selesa bila sakit belakang. Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalkan kerja dan membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.
Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan. Tahukah anda, kebanyakkan penyebab sakit belakang adalah tabiat harian yang anda lakukan tanpa disedari. Jadi, hati-hati okay…
Antara tabiat buruk yang menyebabkan sakit belakang:
Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
Berdiri terlalu lama.
Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
Duduk membongkok di kerusi.
Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
Memakai kasut bertumit tinggi.
Tekanan.
Pemakaian bra yang sama kerap kali.
|
|