CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6750|Reply: 4

Buah Laici Baik Untuk Kesihatan, Jom Tengok Rahsia Khasiatnya

[Copy link]
Post time 13-9-2013 03:33 PM | Show all posts |Read mode



Buah laici kadang-kala jarang dijumpai, kita selalu jumpa dalam tin{cocktail) ataupun sajian bersama jus. Buah ini berasal dari Asia Selatan, dan popular sebagai perasa untuk gula-gula, ais krim, sirap, dan lain sebagainya. Rasanya unik dan mirip seperti rambutan. Tak semua tahu khasiat buah laici baik untuk kesihatan, ini kami kongsikan. Anda akan semakin mengagumi dan mencintai buah laici kerana ia punya banyak manfaat penjagaan kesihatan.

Mengandungi Oligonol

Oligonol adalah sejenis polyphenol yang terkandung dalam buah laici. Ia berperanan sebagai antioksidan serta anti influenza. Dipercaya, memakan buah laici dapat melindungi kulit dari paparan sinar UV, mengurangkan lemak serta meningkatkan stamina.

Mencegah anemia

Buah laici kaya akan kandungan zat besi yang dapat membantu menyeimbangkan jumlah hemoglobin di dalam darah dan mencegah anemia.

Mencegah kanser

Kandungan antioksidan dalam buah laici boleh membantu mencegah kerosakan tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Hal ini sekaligus mencegah pertumbuhan sel kanser, terutama kanser payudara dan kanser prostat.

Melindungi jantung

Laici juga mampu membantu mengurangkan kandungan LDL atau kolesterol jahat dalam tubuh. Dengan cara meningkatkan kandungan HDL atau kolesterol baik, serta melancarkan peredaran darah ke jantung.

Meningkatkan immune tubuh

Kandungan vitamin C-nya membantu meningkatkan immune tubuh dan mencegah selsema, demam serta jangkitan lain.

Melancar pencernaan

Kandungan serat dan vitamin B-nya dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan melancarkan pencernaan. Anda juga boleh memanfaatkannya sebagai buah diet untuk tahan nafsu makan.

Menurunkan tekanan darah tinggi

Kajian membuktikan bahawa makanan yang kaya akan antioksidan dapat menyeimbangkan kembali tekanan darah. Kandungan potasium dalam laici sendiri dapat mengimbangkan tekanan darah tinggi.

*Dan tahukah anda bahawa nama laici apabila diterjemahkan dalam bahasa China bererti kehidupan yang bahagia? Semoga dengan mengambil buah laici, anda juga memperoleh kesihatan serta kehidupan yang bahagia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 04:04 PM | Show all posts
it has all the good qualities, yg  jadi tak baiknya laici fresh ni disembor dengan segala mak nenek chemical utk tahan lama
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 04:39 PM | Show all posts
good info. tq for sharing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 03:11 PM | Show all posts
munchkin posted on 13-9-2013 04:39 PM
good info. tq for sharing

hmm tp yg dlm tin x baik ok da cmpur bahan pengawet
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 04:19 PM | Show all posts
berun posted on 17-9-2013 03:11 PM
hmm tp yg dlm tin x baik ok da cmpur bahan pengawet

oh yess...saya lebih suka fresh fruits...but laici ni manis. saya makan buah yang tak manis. hehhee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063751 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list