CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1881|Reply: 0

Daging merah

[Copy link]
Post time 24-9-2013 11:01 AM | Show all posts |Read mode

http://midi.karangkraf.com


KOMPOSISI NUTRIEN DAGING MERAH
Daging merah daripada haiwan seperti lembu dan kambing merupakan sumber protein utama bagi tubuh manusia. Badan kita memerlukan protein terutamanya  untuk proses pertumbuhan dan membaik pulih selsel. Protein juga merupakan komponen utama setiap otot, tisu dan organ yang penting untuk proses yang berlaku
dalam tubuh badan manusia seperti metabolisme dan penghadaman.  Daging merah mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi berbanding daging putih seperti ayam. Bagaimanapun ia juga mengandungi lemak monotaktepu dan politaktepu yang lebih tinggi. Jumlah lemak keseluruhannya boleh dikurangkan
dengan memilih daging yang telah dibuang atau di’trim’ lemaknya. Selain itu, daging merah merupakan sumber utama bagi zat besi dan zink. Ia juga merupakan sumber baik bagi niasin, vitamin B12 dan riboflavin. Pilihan daging yang baik ialah daging yang telah dibuang lemaknya terlebih dahulu. Ini akan mengurangkan kandungan lemak secara keseluruhan tetapi masih mengekalkan kandungan vitamin dan mineral yang sama. Daging merah yang terproses seperti sosej, daging dalam tin dan daging cencang mengandungi kandungan garam (yang dimasukkan sebagai pengawet) dan lemak (bahagian haiwan yang lain) yang lebih tinggi berbanding dengan daging biasa.

ISU KESIHATAN BERKAITAN DENGAN DAGING MERAH
Mungkin anda pernah terbaca beberapa isu berkaitan dengan daging merah. Sehingga kini memang terdapat banyak pendapat tentang kesan pengambilan daging merah dari segi kaitannya dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kanser kolon. Ada kajian yang menyokong pandangan ini terutamanya apabila ia dikaitkan dengan kandungan lemak tepu dan garam yang tinggi seperti yang terdapat apabila ia melibatkan daging yang belum dibuang lemaknya a tau daging yang telah diproses (seperti daging ditinkan, sosej dan daging cincang). Selain itu daging yang dibakar juga  terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan kanser. Ia juga boleh memberi masalah kesihatan jika tidak  dimasak dengan sempurna.

DAGING MERAH DALAM DIET HARIAN
Ibadah korban yang disunatkan dalam Islam membuktikan keikhlasan kita sebagai hamba Allah serta mensyukuri segala nikmatnya. “Sesungguhnya Kami telah memberi engkau wahai Muhammad akan kebaikan yang banyak. Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al- Kauthar:ayat 1-2) Daging merah mempunyai khasiat tersendiri yang boleh memberi faedah kepada manusia sekiranya diambil dengan cara betul dan jumlah yang bersesuaian. Mesej keenam dalam Garis Panduan Diet Malaysia 2010 perlu diikuti iaitu, “Makan ikan, daging, ayam, telur, kacang dan kekacang dalam jumlah yang sederhana.” Saya menggalakkan supaya pembaca MIDI mengamalkan  saranan berikut dengan mengikuti tip pemilihan dan pemakanan daging
merah.

KESEDERHANAAN
Tidak dinafikan daging merah memang mempunyai banyak khasiat yang diperlukan untuk tubuh badan kita. Bahaya pengambilan daging merah biasanya dikaitkan dengan pengambilan yang melebihi daripada saranan  dan juga pengambilan daging sudah diproses. Oleh yang demikian, kesederhanaan dalam pengambilan daging merah merupakan kunci utama dalam pengambilan diet seimbang anda. Berdasarkan kepada tip yang telah saya berikan, diharapkan pembaca MIDI mendapat gambaran yang lebih jelas dari segi pengambilan daging merah dalam diet harian untuk membantu anda mendapatkan kesihatan optimum.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036563 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list