View: 2413|Reply: 0
|
JUS HIJAU RAWAT PENYAKIT
[Copy link]
|
|
http://midi.karangkraf.com
Hujung minggu begini memang sesuai jika anda mahukan minuman segar lagi berkhasiat dan boleh sejukkan tekak lebih-lebih lagi sebelum tibanya puasa. Kami ada beberapa resipi jus buah dan sayur hijau yang mudah disediakan dan sesuai untuk anda. Selain boleh dinikmati bersama keluarga, minuman berjus segar ini juga mempunyai banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan.
MEAN GREEN
BAHAN-BAHAN:
3 biji epal hijau (granny smith)
4 batang daun seleri
1 batang timun
1 inci halia (sebesar ibu jari)
6 helai daun kale
2 sudu jus lemon
CARA MEMBUAT:
Kisar kesemua bahan di dalam alat pengisar dan sedia dihidang.
TIP MIDI:
Kajian dari Brazil mengatakan jika anda mengambil tiga biji epal hijau atau buah pear sehari boleh membantu mengurangkan berat badan jika anda di dalam proses diet. Epal hijau juga baik untuk mengelakkan risiko kanser kolon di mana kandungan pektin di dalam epal hijau membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman perut. Sekurang-kurangnya, sebanyak 16 peratus kadar kolesterol akan menurun jika anda mengamalkan mengambil buah epal hijau. Daun kale pula bertindak melawan sel kanser yang baru hendak bermula.
SARAPAN HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 biji epal (granny smith)
1 batang lobak merah
1 batang timun
15 biji anggur hijau
2 biji tomato
2 cawan sayur bayam
1 ulas cili hijau
CARA MEMBUAT:
Kisar kesemua bahan di dalam alat pengisar dan sedia dihidang.
TIP MIDI:
Asid organik yang terdapat di dalam buah tomato membantu meningkatkan fungsi pencernaan dengan merangsangkan rembesan air liur. Epal hijau boleh dianggap sebagai julap semulajadi yang membantu pergerakan usus. Ia lebih berkesan apabila dicampur dengan lobak merah dan jus bayam. Kandungan capsaicin di dalam cili membantu meringankan kesakitan bagi satu kadar tertentu di mana ia membantu meredakan sakit kepala serta migrain.
JUS BAYAM POPEYE
BAHAN-BAHAN:
2 biji epal hijau (granny smith)
1/2 biji timun
1 biji limau nipis
5 cawan bayam
CARA MEMBUAT:
Kisar kesemua bahan di dalam alat pengisar dan sedia dihidang.
TIP MIDI:
Menurut kajian dari institut di Perancis pula, kandungan flavanoid yang digelar phloridzin hanya terdapat di dalam epal hijau mampu membantu wanita pra menopaus dari masalah osteoporosis serta kerapuhan tulang. Beta karoten dari lobak turut membantu mengelak masalah rabun mata selain baik untuk kecantikan kulit. Sayur bayam dipercayai membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Selamat berhijau! mcm shrek! Benda yang baik bersama kita share ya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|