CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4222|Reply: 6

Suspension kerja atas alasan yg tak logik..

[Copy link]
Post time 10-10-2013 02:34 PM | Show all posts |Read mode
aku nak minta bantuan kawan2 kat sini. aku telah di suspend kerja selama 2 minggu atas alasan yg tak masuk akal/tak logik. semasa tempoh pengantungan kerja aku, gaji aku telah d tahan selama 2 minggu...aku juga dapat showcause letter d mana aku perlu menjawab dalam tempoh 3 hari dr tarikh surat di keluarkan. aku telah menjawab surat tersebut pada hari ke 3. Majikan aku memanggil aku semula datang bekerja pada hari ke 9 dan member aku surat warning. gaji aku yg di tahan dr hari pertama hingga hari ke 9 majikan aku tak nak bayar atas alasan aku di dapati bersalah. manakala selebihnya yg mereka tahan akan di masukkan semula pd bulan ini. aku sebagai pekerja yg telah lama berkhidmat (16thn) terasa sangat-sangat sedih dengan insiden ini...di mana aku rasa mereka tidak adil...terus jatuh hukum tanpa dapat aku membela diri aku sendiri. aku terus ke pejabat buruh, dan menunjukkan surat2 dr majikan aku...org kat pejabat buruh pun terkejut. katanya majikan aku buat tak ikut process yang betul...dan alasan mereka sangat2 tidak logik untuk suspend aku. pegawai di pejabat buruh minta aku isi borang untuk mereka buat siasatan..diaorang nak bantu aku dapatkan semula gaji aku yg telah di potong..tp bila fikir aku kerja di sini lagi diaorang cakap kat aku..permulaan ni buat surat rayuan, minta balik gaji yg telah di tahan...if tak de respon than baru datang balik ke labour untuk report. kawan2 aku ramai yg suruh aki fight...diaorang kata kes aku ni kalo bawak ke laywer confirm aku boleh menang. aku pun dalam di lema...ialah bila fikir nak fight sure libatkan kos. aku sendiri pun bukannya ada duit nak bayar kos laywer semua. yg bg aku jalan untuk fight ni bukan orang2 biasa...tp yg pangkat tinggi2. diaorang cakap if kene kat muka diaorang memang diaorang akan figt. macam2 aku fikir...aku pun rasa tertekan sangat ni. aku dah masuk kerja..tp aku di hantar ke unit baru...(tak buat kerja lama lagi)..now kat temapt baru...tak de JD. Aku dah email bos aku mintak JD kat tempat baru but no reply until now. Aku rasa macam dah duduk storage je ni ha. Macam org bodoh kat sini...nothing to do. Aku macam dah nekad memang nak fight...tp bila fikir kos aku jadi lemah sangat. Aku nak tanya kawan2 yg bijak pandai dalam benda macam ni. If kita menang mungkin duit tu boleh bayar kat laywer tp kalo kita kalah macam mana? Kwan2 aku..dr yg kecik sampai yg pangkat semua cakap..jgn risau..kes ko memang boleh menang...dan kalo laywer tengok pun berebut2 lawyer nak. Aku jadi buntu sangat ni. Aku pun stress sangat ni. Pagi2 nak datang kerja pun tak de mood. Aku ingat nak resign terus...tp bila fikir aku ada commitment...aku jadi lemah. harap anda dapat membantu. jasa semua amat2 saya hargai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 04:55 PM | Show all posts
aku nak tny ko disuspend atas sebab ape? takkan suspend saje2 je
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:31 PM | Show all posts
citer tergantung lah bang... kasik le tau alasan digantung...

boleh cuba biro bantuan guaman...

cuba baca ni Biro Bantuan Guaman
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 03:07 PM | Show all posts
ini cara jahat nak kasi ko keluar dari company. diorang nak terminate ko tak boleh sebab ko orang lama, compensation banyak nak kena keluarkan. jadi, cara mudah mereka buat hal dulu ngan ko, pastu hantar ke department yang ntah apa apa sampai ko sendiri yang berhentikan diri ko..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 06:36 PM | Show all posts
ok semua.. aku cuma complen cafeteria opis yg mana aku dapati servis makin kureng dan harga makin mahal. semua staff kat sini pun cakap benda yg sama..cuma aku je kot terlebih berani letak kat fb aku. aku cakap kat fb aku tu cafe opis ni servis makin teruk, makanan makin mahal...tak de pulak apa2 tindakan. dulu masa cafe lama ada je survey by hr. apakah ada kabel? tak sampai seminggu aku dapat surat suspension 2 minggu atas alasan "major misconduct"..katanya aku buat fitnah dan burukkan produk opis. Aku pelik sbb aku tak sebut pun nama company aku dalam status FB aku...dan kalo sapa tengok FB aku pun tak de aku letak aku keje mana. Ni kira macam general lah. Dan aku rasa ni luahan hati aku...kenapa sampai nak suspen aku macam tu sekali...sampai tahan gaji aku. Aku pun tak de peluang nak bela diri aku sendiri.

Kalo pun aku didapati bersalah..patutnya kasi warning dulu..ni tak terus tahan gaji aku dan suspen aku 2 minggu. Tu yg aku pelik sangat. Pd aku lah...cafe dgn company aku ni adalah 2 entiti yg berbeza..

Last edited by noris75 on 11-10-2013 06:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 10:52 PM | Show all posts
noris75 posted on 11-10-2013 06:36 PM
ok semua.. aku cuma complen cafeteria opis yg mana aku dapati servis makin kureng dan harga makin ma ...

just speku jah ok...mebe ko tak mention nama company....tp ko kene ingat gak....kawan2 ko kat dalam FB tu konpom tahu kan ko keje mana....sementelah plak member seopis ko....dan ko kata opis dan cafe entiti yang berbeza...adakah ko tahu siapa owner cafe tu....mebe owner cafe adalah member2 FB ko....dan mebe org penting kat Opis ko...dan mungkin jugak ada pertalian antara owner cafe...Company dan kawan2 FB ko....konpom ada org dedahkan ....

Skang zaman IT ..tknologi berkembang dan lama2 org akan tahu jugak...mmg silap besar kalau melampiaskan amarah , perasaan dalam FB,,,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2013 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika dalam fb ada maklunat berkenaan diri TT walau sedikit pun ( gambar ) atau biodata maka sangkutlah ...
Kalau tidak boleh serang balas . atau pun back up fb tu dan delete ajer ... bila sudah boleh serang balas.

Aku pasti undang undang syarikat tidak dikemaskini sejak sekian lama di mana klausa berkenaan media khasnya internet tiada di dalamnya.
Gunakan akta syarikat yang sedia ada untuk membalasnya .

Mengikut relevannya adalah tidak bernas seseorang pekerja ditukarkan ke cawangan atau jabatan baru tanpa kursus atau pengenalan di jabatan atau cawangan baru tersebut sekurang kurangnya 14 hari bekerja biasa ... ( artikel pengarah )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.425524 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list