CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5406|Reply: 7

TOM YUM GOONG 2 [TONY JAA]

[Copy link]
Post time 21-10-2013 11:04 AM | Show all posts |Read mode




KEJAYAAN filem aksi Ong Bak pada 2003 bukan hanya di Thailand tetapi menjadi satu fenomena ke seluruh dunia.

Tiang utama kejayaan filem itu adalah  seni mempertahankan diri yang tertua di Thailand, Muay Thai atau tomoi.

Bahkan, filem ini tidak sedikit pun dibantu oleh kecanggihan komputer sebaliknya menampilkan ‘aksi sebenar’ pelakon utamanya, Tony Jaa.

Ternyata, filem arahan Prachya Pinkaew ini, berjaya melahirkan seorang lagi pelakon aksi negara Asia yang disegani.

Pengalaman Tony yang semenjak kecil lagi sudah mendalami seni tomoi atau Muay Thai selain pakar bermain pedang, gimnastik dan tekwando, digunakan sepenuhnya membantu penampilannya dalam filem ini.

Malah, setiap aksi dipersembahkan Tony mendapat bantuan penuh daripada pakar tomoi popular Thailand, Phanna Rithikrai yang juga dikenali sebagai Bruce Lee di negara gajah putih itu.

Filem itu juga memenangi anugerah Filem Aksi Asia di Festival Filem Asia di Deauville, Perancis selain turut tercalon sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Catalonia, Sepanyol.

Kesan meluas filem itu juga  mengiktiraf Tony dan negaranya di peringkat antarabangsa seperti di Perancis, lebih 70 kelab tomoi dibuka gara-gara kegilaan filem ini.

Bukan itu saja, populariti Tony juga naik mendadak walaupun sebelum itu dia telah membintangi Spirited Killer pada 1994, Hard Gun (1996), Mission Hunter 2 (1996) dan Nuk Leng Klong Yao (2001).

Malah filem-filem Tony seterusnya seperti The Bodyguard (2004), Tom Yum Goong (2005), The Bodyguard 2 (2007), Ong Bak 2 (2008) dan Ong Bak 3 (2010) juga mampu menarik ramai penonton ke pawagam.

Kini, Tony juga mampu berdiri seperti mana aktor aksi sedia ada di Asia seperti Jet Li dan Jackie Chan.


Bintangi Fast and Furious 7

Inspirasi Tony untuk belajar seni mempertahankan diri adalah kerana dia banyak menonton filem-filem dari pelakon aksi tersohor Hong Kong seperti Bruce Lee, Jackie Chan, Vince Lam dan Jet Li.

Malah ketika berumur 10 tahun dia pernah mengugut bapanya untuk membunuh diri sekiranya dia tidak dibenarkan untuk belajar tomoi atau Muay Thai.

“Saya amalkannya sehingga saya benar-benar boleh melakukannya,” katanya yang juga mahir dalam Aikido dan atlet lompat tinggi yang berjaya di universiti.

Kemahiran Tony itu, akhirnya dipandang Hollywood apabila dia ditawarkan untuk berlakon dalam filem Fast and Furious 7 di samping Vin Diesel dan Paul Walker.

“Saya adalah peminat fanatik filem ini.  Ia cukup menyeronokkan dan saya benar-benar menghargai tawaran itu.

“Tiada filem yang terbaik untuk saya terlibat bagi penampilan pertama dalam produksi Amerika Syarikat,” katanya.

Fast and Furious 7  diarahkan oleh pengarah kelahiran Kuching, Sarawak, James Wan dan bakal ditayangkan pada Julai 2014.


Tom Yum Goong 2

Kesinambungan daripada filem yang terdahulu, Tom Yum Goong 2,  lebih banyak memaparkan aksi-aksi pertarungan yang cukup mendebarkan.

Tony membawakan watak Kham iaitu pengawal yang menjaga gajah perang milik Raja Thai. Filem  arahan Prachya Pinkaew itu turut dihasilkan dalam bentuk 3D.

Jika sebelum ini, Tony melakukan sendiri aksinya, namun kini dia  tampil dengan bantuan rigging dan teknik CGI.

Malah, pengarah aksinya, Panna Rittikrai terpaksa bekerja keras untuk memberikan lebih impak.

Filem ini turut dibintangi  oleh barisan pelakon seni bela diri Thailand,  Yanin Vismitananda, Dan Chupong, Kazu Tang, Petchai Wongkamlao dan juga pelakon khas dari  Amerika Syarikat, Marrese Crump yang pernah membintangi filem The Protector 2.

Tom Yum Goong 2 bakal menjengah pawagam berdekatan di seluruh negara mulai 24 Oktober ini.


TOM YUM GOONG 2

PENGARAH: Prachya Pinkaew
PELAKON: Tony Jaa, Yanin Vismitananda, Dan Chupong, Kazu Tang, Petchai Wongkamlao dan Marrese Crump
GENRE: Aksi
TARIKH TAYANGAN: 24 Oktober 2013


Last edited by eddlisa_uyuk on 23-10-2013 02:11 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 11:11 AM | Show all posts
skang nih aksi2 stunt Tony Jaa dah ditiru dlm byk citer seluruh dunia termasuk Bollywood..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 11:21 AM | Show all posts
Tgk trailer mmg terbaik laaaa........

si Petchai Wongkamlao mmg x bleh blah tgk muka dia, tp dlm trailer tu nampak cam leh tahan gak watak dia berlawan    siap lawan dgn Tony Jaa lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 08:35 AM | Show all posts
best2......
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:58 AM | Show all posts
taff..nsem jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 06:06 PM | Show all posts
Betul kan si tony ja neh dah mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2013 09:31 PM | Show all posts
dah tgk...
memang best...
tp byk CGI ...
mcm tak real lak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 09:34 PM | Show all posts
ismaha posted on 25-10-2013 06:06 PM
Betul kan si tony ja neh dah mati

ada dengar gak tp tak tau betul ke tak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.072841 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list