View: 3389|Reply: 9
|
Sakit kepala dan migrain
[Copy link]
|
|
RAMAI menganggap sakit kepala hanya penyakit ringan, namun kecekapan kerja seseorang akan terjejas apabila penyakit ini terutama yang dikategori sebagai migrain dan sakit akibat ketegangan menjadi serius.
Setakat ini belum ada ubat yang benar-benar mampu mengatasi migrain dan sakit kepala akibat ketegangan.
Bagaimanapun, kombinasi pengubatan, pengendalian stress atau ketegangan serta faktor-faktor penyebab yang lain boleh membantu menyekat, menghapus atau meringankan migrain.
Bagaimana migrain berlaku belum difahami sepenuhnya tetapi doktor tahu ia melibatkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Biasanya, perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan dan bila saluran yang menguncup itu mengembang, asakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. Migrain dikesan menerusi dengutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. Deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif.
Faktor-faktor pendorong lain termasuk ketegangan, makanan seperti coklat, minuman berkopi, alkohol, tidak cukup tidur atau haid, dalam hal wanita, katanya.
Kajian mengenai kejadian sakit kepala di Malaysia menunjukkan 51.9 peratus dan 55.7 peratus penghidap migrain dan sakit kepala akibat ketegangan menyatakan kerana mereka terdedah kepada panas matahari, kata Tan.
Kajian juga menunjukkan lebih ramai wanita daripada lelaki mengalami migrain dan sakit kepala akibat ketegangan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon yang dialami wanita semasa haid. Wanita yang memakan pil lebih mirip menghidap migrain.
Sebaliknya, lelaki lebih mudah menghidap sakit kepala yang merupakan serangan kuat sesekejap tertumpu sekitaran mata dan ini berlaku beberapa kali dalam sehari selama beberapa bulan.
Kajian ke atas masyarakat Orang Asli baru-baru ini _ yang tinggal jauh daripada kehidupan moden _ mendapati migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak wujud di kalangan mereka.
Ini disahkan oleh pemerhatian doktor bahawa orang yang tinggal di bandar-bandar besar dan yang terpelajar lebih mudah diserang migrain dan sakit kepala, kata Raymond Azman.
Beliau berkata, cara hidup memang ada kaitan dalam hal ini akibat diet yang diambil, kesesakan lalu lintas, kerja dan beberapa bentuk tekanan lain.
Simptom amaran sebelum berlakunya migrain bersifat tidak menentu, seperti menguap atau keletihan, walaupun sesetengah orang mengalami pemandangan yang berbayang, kata beliau.
Bayangan ini boleh mencetuskan ilusi pancaran cahaya, kelumpuhan, sakit kepala dan imej visual yang tidak sempurna.
Migrain boleh menyerang pada sebarang masa walaupun biasanya ini bermula pada usia belasan tahun dan memuncak pada usia antara 35 dan 45 tahun dan kemudian reda.
Bila pesakit menemui doktor kerana sakit kepala, pengesanan otak dilakukan dan sinar x dibuat bagi menentukan ia bukannya akibat ketumbuhan atau darah beku sebelum melihat faktor lain.
Doktor mungkin mencadangkan supaya pesakit menyimpan ''diari migrain'' yang tercatat makanan yang diambil dan faktor ketegangan bagi mengesani penyebab migrain. Migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak boleh diubati sepenuhnya tetapi boleh disekat atau dikurangkan menerusi pengubatan, termasuk bahan ''beta blocker'', dan pengelakan faktor penyebab, kata Raymond Azman.
Beliau menasihatkan mereka yang mengalami sakit kepala agar tidak memandang remeh, sebaliknya segera menemui doktor untuk didiagnosa.
|
|
|
|
|
|
|
|
i c. terima kisih kat info tu. |
|
|
|
|
|
|
|
cakap pasal migrain.. ritu ade sorang pesakit call aku komplain pasal ubat yang tade kat pasaran sampai die kene minum panadol dengan coca-cola untuk hilangkan migrain die tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
hari tu, secara tak sengaja, bagi tau my chiropractor yg i sedang kena migrain. then dia urut2 & betulkan ujung tulang belakang (dkt kepala) .. she told me, after this u takkan sakit dah kepala. Alhamdulillah, true enough, lepas tu terus rasa lega .. she said something about tulang tak betul adjustment etc etc..
|
|
|
|
|
|
|
|
airisa posted on 30-12-2013 06:29 PM
hari tu, secara tak sengaja, bagi tau my chiropractor yg i sedang kena migrain. then dia urut2 & bet ...
wahh syioknyer,,me & family mostly kena migrain ni..kdg smpi smgu br baik..mkn ubat paling kuat pon tak jadi..hmm~ |
|
|
|
|
|
|
|
factor pemakanan antara sebab migrain ni... kena ubah tabiat seperti yg TT mention...
kalau saya la... elakkan kopi... nak kata tak leh minum langsung tu tak juga... kurangkan...
makanan bergoreng kurangkan... seperti kita tahu jenis telur, ayam etc...
banyakkan minum air masak... sory sebut, (bowel movement - buang air besar), sebolehnya sehari skali...
kadang pemakanan tak betul tu, yang buatkan kita sembelit, bila sembelit mulalah lewat "bowel movement" dan angin dalam badan... sekadar pandangan apa yg lalui... |
|
|
|
|
|
|
|
tq for the info |
|
|
|
|
|
|
|
yup..betul info tu..faktor pemakann pun main peranan jugak.:-)
sesiapa yg mengalami masalah migrain boleh cuba mkn supplements from shaklee. B complex n coQhealth.berminat boleh contact saya 012-5040086 |
|
|
|
|
|
|
|
Kenali Pencetus Migrain
Sekiranya anda seorang penghidap migrain, elakkan beberapa pencetus migrain seperti;
- Tekanan
- Gangguan tidur atau tidur berlebihan
- Berlapar untuk 1 jangka masa yang lama
- Bau yang menusuk
- Merokok
- Alkohol
- Makanan seperti keju, coklat, tinggi monosidium glutamate (MSG), nitrat, aspartame
- Kafein
- Cahaya terlalu terang
Apa Yang Patut Dibuat Oleh Penghidap Migrain?
Migrain yang bukan diwarisi ‘mungkin’ boleh dibetulkan dengan membetulkan otot-otot yang terlibat seperti steronoclodomostoid yang biasanya berlaku tarikan dan menyebabkan kedudukan kepala dan cervical berada di tempat yang salah.
Selain itu, gaya hidup perlu diubah termasuk;
- Tidur yang mencukupi pada waktu yang sama
- Senaman yang regular. Jika boleh jadikan rutin harian. Senaman memperbaik kualiti tidur, mengurangkan tekanan dan sebagainya.
- Jangan elak makan. Makan sekerap yang boleh
- Kurangkan tekanan
CARA MENCEGAHNYA
AWAS...Jangan sesekali mengambil panadol!
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
Maka kami di shaklee menasihati anda agar mendapatkan vitamin migrain Bcomplex dan Ostematrix kerana vitamin ini merupakan antistress semulajadi
Telah terbukti untuk menghilangkan migrain juga sakit kepala.dengan berkesan dan selamat.
0176766156
http://metrobestmom.blogspot.com/search?q=migrain |
|
|
|
|
|
|
| |
|