CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1752|Reply: 4

Tips elak Andropaus untuk lelaki

[Copy link]
Post time 9-1-2014 05:14 PM | Show all posts |Read mode
8 Jan - Tahukah anda bahawa lelaki juga akan mengalami situasi sama seperti wanita yang mengalami menopaus? Ia dinamakan Andropaus, dan ia dapat dilihat melalui perubahan rupa bentuk badan serta dengan perubahan sikap, kelakuan, keletihan, hilang tenaga dan kurang bersemangat melakukan sebarang aktiviti melibatkan kerja.

Andropaus selalunya berlaku apabila umur lelaki menginjak 40an dan ia menyebabkan kekurangan hormon testeron yang mana ia turut mengurangkan penumpuan, ingatan dan nafsu seksual seseorang lelaki.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips atau langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengelak anda menghadapi andropaus.

Pemakanan sihat
Mengamalkan pola makan yang sihat boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang lelaki kerana jika kesihatan berada dalam tahap yang teruk, kemungkinan paras hormon testosteron akan menurun dan menyebabkan anda mudah mendapat pelbagai simptom andropaus. Elakkan makanan yang mengandungi kafein terlalu banyak kerana ia boleh meningkatkan perasaan gementar pada saraf.

Jaga tidur
Menjaga kualiti tidur yang baik dapat mengelakkan sebarang penyakit kerana ini dapat membantu organ dalaman seperti jantung dan minda kita untuk bergerak aktif. Kekurangan masa dan kualiti tidur juga dikatakan akan menghakis keupayaan dan fungsi badan sehingga mendedahkan kita kepada penyakit jantung, diabetes dan lain-lain penyakit terutama ke arah mendapat andropaus.

Jangan merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar dan lain-lain. Tidak dinafikan asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia yang boleh mempercepatkan lagi gejala-gejala andropaus.

Bersenam
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan timbulnya pelbagai penyakit. Senaman yang kerap juga perlu diambil kira kerana pada peringkat andropaus, pertambahan berat badan secara tiba-tiba akan berlaku. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa senaman membantu seseorang individu mencapai emosi yang lebih stabil.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 04:57 PM | Show all posts
gud info
dh print out utk reference

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2014 05:34 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 24-2-2014 04:57 PM
gud info
dh print out utk reference

Wahhh bagus2
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 08:33 AM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 24-2-2014 05:34 PM
Wahhh bagus2

smlm tu 1st time msk bod kesihatan
kesahnya kwn lama admit di hospital smpi kene potong kaki
mcm2 komplikasi

itu yg set mind kene ubah & cari forum mcm2 ada kan
surfing tgk apa ada
sblm ni pun jaga jgk kshtn
tp lite2 je la
umur pun dh lbh 30
btw kwn sy tu sebaya sy

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 08:37 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 25-2-2014 08:33 AM
smlm tu 1st time msk bod kesihatan
kesahnya kwn lama admit di hospital smpi kene potong kaki
mcm ...

ohh. itulah. mencegah lebih baik dari  merawat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.065820 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list