  
Hero adalah lambang ketabahan dan lambang kasih sayang utk kita teladani bersama...Hero juga telah banyak mengajar PH erti keikhlasan hati seseorang manusia dan semangat setiakawan di dalam sama2 membela nasib adik2nya yang memerlukan...PH telah menerima pelbagai dugaan dan Hero adalah di antara sumber kekuatan dan inspirasi ketabahan untuk PH menempuh pelbagai dugaan yang sangat berat...
Hero jugalah yang selalu mendengar keluhan di kala ditimpa kesusahan kerana PH selalu 'bercerita' kepadanya tentang kesulitan yang PH alami sekeluarga...
Tetapi, kini Hero telah kembali kepada Penciptanya tanpa disangka2...Hero telah meninggalkan kita semua dengan satu kesan yang sangat mendalam....Kesan itu pula sukar utk diungkapkan dengan kata2 melainkan air mata belaka...
Sebagai kemuncak pemergian Hero, PH dedikasikan video ini untuk Hero yang paling disayangi sebagai penutup tirai bagi segala kenangan yang tercipta antara PH dengannya...Video ini juga disiapkan dengan linangan air mata dan sedu yang tiada hentinya walaupun sudah lama Hero meninggalkan kita...Sehingga kini, PH juga masih terasa seperti Hero berada di sisi...
Nota PH : Walaupun Hero telah pergi, tetapi PH yakin beribu Hero lagi yang akan muncul selepas demi memartabatkan pencinta haiwan di Malaysia...Sama2lah kita dukung semangat Hero dengan penuh keikhlasan demi menuju keredhaan Illahi...Jagalah hubungan sesama kita, hindari hasad dengki dan janganlah membeza2kan diri kita dengan orang lain kerana setiap orang mempunyai peluang yang sama...
|