CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4533|Reply: 8

Tanda-Tanda Kecil Hari Kiamat

[Copy link]
Post time 29-1-2014 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Tanda-Tanda Kecil Hari Kiamat




Dunia semakin tua,pelbagai tanda-tanda kecil hari Kiamat yang semakin hampir pada kita dengan sedar atau didalam keadaan kita tidak sedar semakin menampakkan hampirnya hari Kiamat.Sudah bersediakah kita atau sudahkah kita menyiapkan diri kita ke arah itu?

Mari kita lihat sebahagian daripada tanda-tanda kecil hari Kiamat.

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Di atas ini merupakan antara tanda-tanda kecil menjelangnya hari Kiamat,semoga kita di antara insan yang terkecuali daripada mengalami situasi tersebut.Allahualam…..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 03:48 PM | Show all posts
Camne nak terkecuali...sebab semua dah berlaku....

Kita mintak supaya jangan tergolong dalam golongan tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 05:14 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 08:42 AM | Show all posts
Seram baca
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 09:58 AM | Show all posts

ada yg berlaku didepan mata dan disekeliling kita...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 03:28 PM | Show all posts
erm....diri sendiri terasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2014 10:11 PM | Show all posts
masyaallah....takutnya..ya Allah, tolongla beri hidayah pada kami...kami takut...matikanla kami dalam iman dan dalam islam. jauhkanla kami dari segala godaan syaitan dan org jahat yg byk di keliling kami ini..ampunkan kami ya Allah, kami sememangnya selalu lupakan Mu ya Allah, sedangkan kami tahu Kau sayangkan kami ya Allah..tolong la kami
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 05:06 PM | Show all posts
babyblueamir posted on 1-2-2014 10:11 PM
masyaallah....takutnya..ya Allah, tolongla beri hidayah pada kami...kami takut...matikanla kami dala ...

amin.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2014 12:20 PM | Show all posts
skarang tgu tanda2 besar jer nk keluar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.820992 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list