CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3800|Reply: 9

Filem "Banglasia" arahan Namewee diharamkan

[Copy link]
Post time 3-2-2014 12:36 PM | Show all posts |Read mode
3 Feb – Filem arahan pengarah kontroversi, Namewee "Banglasia" yang sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari lalu telah diharamkan tayanganya di Malaysia selepas dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.
"Filem "Banglasia" dikecam hebat oleh LPS dan KDN, malah kami telah diberikan sebanyak 31 catatan rasmi dan sekaligus diarahkan untuk membuat penggambaran semula.
"Ternyata kami sama sekali tidak mampu untuk melakukan penggambaran semula kerana kesemua 31 catatan yang dikeluarkan oleh LPF adalah 90% dari filem tersebut," ujar Namewee dalam satu kenyataanya di laman Facebook miliknya.
Tambah Namewee lagi, filem arahan keempatnya itu bukan sahaja tidak dapat ditayangkan di Malaysia, malah pihak berkuasa juga telah mengeluarkan rahan tegas bahawa filem "Banglasia" juga tidak boleh ditayangkan menerusi laman web YouTube, rangkaian jaringan laman web ataupun dijual di pasaran tidak kira sama ada yang sah di sisi undang-undang ataupun cetak rompak.
Oleh itu, mana-mana pihak yang didapati menayangkan filem ini sama ada di rumah persendirian ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.
Dalam pada itu, Namewee sempat memohon maaf terutamanya kepada para pelabur yang telah mengalami kerugian besar berikutan pengharaman filem, dan juga kepada krew produksi serta peminat-peminat yang menantikan filem "Banglasia".
Biarpun filemnya tidak berjaya ditayangkan, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menghasilkan filem pada masa akan datang.
"Walaupun tidak berjaya ditayangkan di pawagam, saya berharap anda akan terus menyokong dan menantikan kemunculan filem saya yang seterusnya. Saya akan berusaha lebih keras di masa hadapan untuk tidak mengecewakan sokongan anda. Mohon maaf."

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2014 12:43 PM | Show all posts
citer bodoh apa plk kali ni?

apsal x kena hntr blk ke tongsan lg si namewee ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 01:19 PM | Show all posts
Ade jugak yg melabur utk buat filem nie..
Tak takut rugi nampaknye pelabor pelabor nye..
Ha kan dah lebor..
Hiihiiihiii

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 03:01 PM | Show all posts
alaa berapa sen jer modal pelabur2 neh...celah gigi depa aja...satu filem rugi, ada lagi filem namewee yg menanti ...bg kita yg mkn gaji mmg la nmpk besar
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 03:48 PM | Show all posts
hahaha
banglasia??

cepatlah pasarkan kat pasaran gelap..

nak gak nengok..

mesti ada kesah pasal kangkung..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 05:29 PM | Show all posts
otai_g posted on 3-2-2014 12:43 PM
citer bodoh apa plk kali ni?

apsal x kena hntr blk ke tongsan lg si namewee ni?

Tongsan pun tak mahu sama dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2014 09:08 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 3-2-2014 05:29 PM
Tongsan pun tak mahu sama dia.

filem2 namewee ada tayang kat singapore, HK, taiwan dan ostolia apa........

apa2pun, kini bermulalah zaman kejatuhan namewee, sebab lepas ni nak dapat modal nak buat filem pun susah sebab ramai sponsor tak sanggup nak tanggung risiko lagi





Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 10:48 AM | Show all posts
RED 666 posted on 4-2-2014 09:08 AM
filem2 namewee ada tayang kat singapore, HK, taiwan dan ostolia apa........

apa2pun, kini bermu ...

Tak tahu pulak saya filem-filem babi tu ditayangkan kat luar negara. I mean, dengan filem yang entah apa-apa tak ada kualiti pun mampu memecah pasaran antarabangsa? Nasiblah sesiapa yang memberikan sumber kewangan kepada pembikinan filem-filemnya yang syok sendiri.
Masa mula-mula Namewee terkenal dengan klip videonya yang menyindir kerajaan, memang ramai Cina Mesia yang sokongnnya, tetapi selepas si babi tu mula buat klip video yang menghina agama dan kaum lain, ramai peminat Cina yang pernah menyokongnya mula boycott dia.
Kalau nak menyindir kerajaan atas nama demokrasi, kita ok je sebab kat mana-mana negara berdemokrasi pun pasti akan menghadapi sindiran dan kritikan dari rakyat. Tetapi kalau sampai menghina agama dan kaum itu dah melampau.

Sebab tu lah saya sedih sebab kerajaan seperti penakut apabila berdepan dengan Namewee. LGE jauh lebih mulia dari si babi tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2014 12:06 PM | Show all posts
bagi aku sehebat mana pon filem si namawee nih tapi sorry la aku jijik nak tengok sebab kes lagu negaraku dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 01:16 PM | Show all posts
tp sblm ni filem die ade yg dpt kutipan lbh 2 juta
kt ffm pun dpt pencalonan
maybe film tu pun bagus, who knows?
xpnh tonton pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.426220 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list