CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TimahMulia

Laluan Orang2 Zaman Dahulu di Tanah Melayu

[Copy link]
Post time 30-5-2014 12:33 AM | Show all posts
Eksklusif : Laluan rahsia Genting Bidai
Jamali menunjukkan kawasan yang dipercayai Genting Bidai


Sekitar kurun ke-16, terdapat satu laluan rahsia telah dibina di Banjaran Titiwangsa. Laluan tersebut dikenali sebagai Genting Bidai. Ia merupakan jalan utama yang menghubungkan penduduk di negeri Pahang yang ingin ke Ulu Kelang, Selangor pada suatu ketika dahulu.

Selain itu, berdasarkan cerita lisan, Genting Bidai dahulunya pernah digunakan Jeneral Perang Datuk Bahaman sebagai kubu peninjau dan tempat menyimpan bekalan makanan sewaktu peristiwa peperangan saudara antara negeri Pahang dengan Selangor sekitar tahun 1872 lalu.

Batu tanda sempadan antara negeri
Pahang dan Selangor yang terdapat di Genting Bidai
Malangnya, selepas kedatangan British pada tahun 1895 laluan tersebut difahamkan telah ditutup serta-merta dan digantikan dengan laluan baru di Bentong.  Timbul persoalan, mengapakah laluan berkenaan ditutup? Adakah pihak British sengaja menutup laluan itu untuk menyembunyikan operasi rahsia mereka? Mungkinkah laluan ini mempunyai hubung kait dengan operasi rahsia perlombongan haram di Kuala Kubu? Sehingga hari ini laluan tersebut ditinggal sepi. Berketinggian 600 meter dari aras laut, tiada siapa yang tahu mengapa laluan ini ditutup.

Haji Muhammed Tahir
Laluan denai yang dipercayai laluan kuda untuk ke Genting Bidai.
Terpesona dengan bukti lisan sejarah lampau ini, penulis cuba menyelongkar kisah laluan rahsia yang terletak di kaki Banjaran Titiwangsa ini. Seorang penduduk dari Janda Baik, Pahang, Ahmad Jamali Mat Yunus, sudi menunjukkan laluannya. Kata Jamali, dia telah beberapa kali sampai ke laluan berkenaan.


Tidak banyak bukti yang ditemui.
Hanya serpihan botol-botol lama sahaja yang tinggal.
Malangnya, sejak kali pertama menjejak kaki ke situ, dia tidak berjaya menemui apa-apa bukti tentang aktiviti perlombongan di kawasan itu.



Seluruh kawasan berkenaan telah ditumbuhi semak-samun sekali gus terbantutnya usaha Jamali untuk mencari bukti-bukti seperti struktur binaan dan peninggalan lain yang didakwa milik pihak British pada ketika itu.

Kebanyakannya telah musnah dimamah usia. Hanya yang tinggal adalah bukti-bukti sampingan iaitu beberapa serpihan botol-botol lama, batu  tanda sempadan antara Pahang dan Selangor serta  jalan denai yang dipercayai sebagai laluan kuda pihak British pada ketika itu.

Menurut Haji Muhammed Tahir Haji Daud, kawasan Genting Bidai ini dulunya pernah menjadi tempat persinggahan peniaga yang berulang alik daripada negeri Pahang ke Selangor. Jelas Haji Tahir lagi, moyangnya pernah bercerita, dulu kawasan itu merupakan laluan peniagaan dan jalan perhubungan utama antara negeri Pahang dengan Selangor. Laluan itu awalnya dibina oleh seorang pegawai Inggeris yang bernama Watson.

Keindahan hulu sungai Cheringin
yang masih lagi tidak tercemar
Selepas laluan karak dibina dan dibuka kepada umum, nama Genting Bidai terus lenyap dan tidak ada sesiapa lagi yang pergi ke situ. Bagaimanapun, semasa banjir besar melanda Pahang pada tahun 1976, kawasan itu pernah dijadikan tempat berlindung oleh penduduk di beberapa kawasan berhampiran. Ketika itu, kawasan ini telah menjadi hutan semula dan ramai yang tidak tahu sebenarnya kawasan tempat mereka berlindung itu pernah menjadi kubu pertahanan askar-askar Pahang.

Cuma apa yang menjadi tanda tanya, apakah penutupan laluan ini menjadi salah satu muslihat untuk menyembunyikan operasi rahsia pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan hasil bumi negara tanpa pengetahuan kita?  

Seperti edisi ketiga lalu, Infiniti pernah mendedahkan betapa rakusnya penjajah yang begitu tamak mengaut hasil bumi negara kita. Ini berdasarkan kisah sebuah rahsia yang tersimpan selama hampir 100 tahun di mana sebuah operasi rahsia telah dijalankan oleh pihak penjajah di Banjaran Titiwangsa. Operasi tersebut merupakan aktiviti perlombongan haram yang disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa pun bagi mengelakkan cukai dan pemilikan serta perebutan emas yang ditemui di Pahang.

Mungkin laluan ini juga seperti itu, namun kesahihannya tidak dapat dibuktikan. Malah dokumentasi mengenai perkara ini juga tidak ditemui. Penulis percaya banyak lagi laluan sutera seperti ini wujud di Malaysia tetapi tidak dipedulikan kerana kita tidak tahu kewujudannya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 12:35 AM | Show all posts
Ada banyak lagi laluan rahsia untuk melintasi Banjaran Titiwangsa.

Pernah wujud teori LOMBONG EMAS BANJARAN TITIWANGSA.

Cari sendiri kalau nak tahu.

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:09 PM | Show all posts
Kalau dari Kelantan nak ke Kedah pula,laluannya adalah Sungai Pedu.Dari Kelantan masuk ke wilayah Reman,melalui kawasan Gunung Fakir Terbang,terus menggunakan Sungai Pedu.Orang dari Pattani dan Kelantan dulu dulu ada yg belayar ke Makkah menggunakan pelabuhan Kuala Kedah.Dengan menggunakan laluan Pedu dan Sungai Padang Terap ,dapat menjimatkan masa berbanding belayar dari pelabuhan Kuala Sungai Pattani dan pelabuhan lain di Kelantan di Pantai Timur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 10:40 PM | Show all posts
cmf_WonBin posted on 29-5-2014 07:33 AM
Eksklusif : Laluan rahsia Genting Bidai

tahannya tapak kaki orang dulu2 ye..memang salute lah..
berjalan berhari2, berminggu nak ke tempat yang dituju..
katakan lah Mamat bermula di kampung A untuk menuju ke kampung J..
melalui kampung B...seterusnya melalui
kampung CDEF..sampai di kampung F jumpa Dollah, pastu tanya Dollah
nak ke kampung A tak, kalau nak pergi, tolong sampaikan salam
bahawa Mamat kirim salam pada seluruh keluarga dia yang dok di kampung A,
barangkali ketika berita dari Dollah tiba pada keluarganya di Kampung A,
Mamat dah mati dimakan rimau gamaknya dalam perjalanan ke kampung G...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 10:42 PM | Show all posts
sayapghaib posted on 29-5-2014 11:09 PM
Kalau dari Kelantan nak ke Kedah pula,laluannya adalah Sungai Pedu.Dari Kelantan masuk ke wilayah Re ...

orang sekarang kalau boleh
nak parking kereta di atas eskalator
kerana malas nak jalan jauh kan?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.337853 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list