View: 5073|Reply: 12
|
5 Jenis Kawan Yang Tak Guna
[Copy link]
|
|
Hai, lama tak pos sini. Harini saya nak cakap pasal kawan.
Hidup sebagai manusia memang kena berkawan-kawanan. Namun, pasti sekurang-sekurangnya sekali dalam hidup kita, kita akan berjumpa dengan beberapa orang kawan yang masuk kategori kawan tak guna. Maksudnya, tak kawan pun takpe dengan kawan-kawan macam ni. Jom kita tengok jenis-jenis kawan macam ni.
1. Kawan yang makan kawan

Maksud kawan yang makan kawan ini meluas. Ada yang kata, maksudnya kawan yang backstabber, yang suka tikam belakang, depan cakap lain belakang cakap lain. Ini memang kawan yang tak guna.
Tapi sebenarnya, maksud kami dalam artikel ini ialah kawan yang betul-betul makan kawan, iaitu kawan yang berfahaman kanibalis atau karnivor – yang makan daging manusia. Ada ke nak makan kawan sendiri? Tak guna punya kawan!
2. Kawan yang makan sama-sama, tapi lepas tu tak nak bayar
Spesies kawan sebegini memang terlalu ramai di sekeliling kita. Apa kamu perlu buat, perhatikan gerak geri mereka. Selalunya, jenis macam ni bila sampai part nak bayar, dia akan keluarkan beg duitnya selambat mungkin. Silap haribulan, dia akan cakap dia terlupa bawak wallet! Sudahnya, setiap kali keluar lepak di mamak, kamulah yang akan bayar makanan dia. Tak guna punya kawan!
3. Kawan yang makan tak mintak izin

Gambar: Ini konfirm kawan yang tak makan langsung
Ini mungkin kawan yang korang yang duduk rumah sewa selalu ada. Kita beli cornflakes, Maggie, telur dan roti, dia sedap-sedap habiskan. Tak ganti balik pulak tu. Kadang-kadang kamu ragu-ragu, ini kawan ke hantu raya? Asal beli makanan je, makanan hilang. Tak guna punya kawan!
4. Kawan yang makan hati
Berbeza dengan kawan #1 iaitu kawan kanibalis, kawan jenis ini memang kawan yang makan hati secara peribahasanya. Dia akan makan hati kalau kamu lebih dari dia. Dengan kata lain, dia tak boleh tengok orang lain senang. Dia akan pastikan dia ada apa yang kamu ada, lagi hebat lagi bagus. Inilah yang dimaksudkan dengan kawan yang makan hati…..makan hati dengan kelebihan orang lain. Tak guna punya kawan!
5. Kawan yang nak lepak kat restoran mahal atau hipster je
Inilah kawan alaf baru. Kita dah berbulan-bulan tak jumpa dia, bila ajak lepak, dia ajak lepak restoran mahal. Lepas tu, bukan dia nak borak dengan kamu sangat, tetapi dia sibuk ambil gambar makanan yang diorder dari pelbagai sudut, dan tunggu Like di Instagram dan Facebook. Kamu dibuatnya seperti tunggul, seperti tak wujud. Tak guna punya kawan!
Jadi, kawan kamu masuk kategori mana satu?
Kredit kat diri sendiri - Satrika.MY
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan yang makan kawan tu menakutkan..... |
|
|
|
|
|
|
|
yang no 5 tu kena tambah skit, dah lama x jumpa ajak makan restoran mewah pastu promot MLM  |
|
|
|
|
|
|
|
no 2 tu aku selalu kena.  |
|
|
|
|
|
|
|
kawan yang kaki kencing??? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hanamunir at 30-4-2015 09:45 PM
no 3 tu..
kalu best friend,ok la, boleh dimaafkan..
housemate yang kawan pun tak seberapa,
boleh makan tak minta izin..
pastu,sorang2 buat muka tak bersalah..
tak boleh nak cam..
yang hilang selalu nya benda yang macam rare untuk budak tu..
aku punya selalu hilang slices cheeeeeseeeee tu..
tensen aku..
ingat aku ni tak count..
aku baru makan sekeping,suppose tinggal 11 la kan..
ni tak,ada 9 je..
2 keping uooollls..
okay,first time jadi,aku diam lagi..
tapi, bila tiap2 kali aku beli cheese, asyik berkurang je,
memang aku hangin la..
kadang2, siap amik sosej orang lain pulak tu..
sosej beef ramly budak A punya,sedap la kan..
yang sedap tu la yang hilang..
chocolate budak B, pun hilang..
tuan dia sempat makan sepetak je,
campak dalam peti, 3 hari lepas tu,
tinggal sepetak je uooolllls..
nuget ayamas, air yogurt,
dutch lady milk dalam kotak yang baru minum secawan,
da tinggal secawan je..
kalu bab cheese tu,pandai okay simpan bukti,
sape2 tak pernah pun terserempak bila dia buay keje jahat ni..
kami pernah saspek sorang budak ni,
tapi dia baik aje kt depan, bila dengar cerita,dia terkejut aje..
kami tersaspek sebab dalam banyak2, dia je yang tak hilang barang..
lepas tu,kalu ada kes hilang barang je, mesti 2-3 hari lepas tu dia akan beli barang yang sama..
cheese aku da hilang dekat dengan 15 keping uoolllss..
mula2 bersangka baik, maybe dia tak mampu nak beli or orang yang teramik tu tak pernah makann..
lama2, aku memang da tak halal kann..
kalau nak,tanya je la kan..
bukan nye susah..
kita ni bila da ditanya,
tak kan nak cakap tak boleh pulak jan..
ni jenis makan tak minta izin,sembunyi tangan..
gerrrrrammmmm iollss..
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya uollls. Memang hangin la kan kalau macam tu. Aku pun pernah ada pengalaman yang sama, tapi bukan sekeping cheese hilang, tapi sebungkus terus. Pastu hilang ayam goreng pun ada. Sobssss
Last-last, kawan aku tepek je terus notis "Jangan curik, atau kami report admin" kat depan petiais. Pastu terus tak hilang dah. Haa tau takut
|
|
|
|
|
|
|
|
lawak pn ada....kesian pencuri lapar
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria replied at 1-5-2015 08:18 PM
btul.btul~~~~~~~~
Berkubur dalam perut member kekdahnya...haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|