CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2618|Reply: 5

5 Cara Melebatkan Rambut

[Copy link]
Post time 7-7-2015 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 9-7-2015 02:34 PM

Gaya hidup yang sibuk dan cara pemakanan yang tak seimbang boleh memberi  kesan kepada pertumbuhan rambut dan keguguran rambut. Hal ini, akan menjadi lebih serius jika anda  tidak mengambi tindakan awal dalam melakukan rawatan. Di sini ada beberapa petua untuk melebatkan rambut yang boleh diamalkan.

Daun Bunga Raya

Tahukah anda daun bunga raya antara cara semulajadi yang termudah untuk anda melebatkanrambut. Hanya dengan mengambil beberapa tangkai daun bunga raya dan bersihkan dengan air. Kemudian ramas daun bungan raya ke dalam air sehingga daun tadi mengeluarkan lendir. Seterusnya, lumurkannya di kepala seperti anda menggunakan syampu, biarkan selama 15- 20 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Minyak Kelapa

Seeloknya gunakan minyak kelapa buatan sendiri. Kemudian lumurkan minyak ke kepala danbiarkan semalaman . Amalkan dan lihat hasilnya. Ini kerana, minyak kelapa berguna untuk menutrisi rambut serta memelihara kesihatan kulit kepala.

Air Rendaman Kacang Hijau

Salah satu petua mudah yang  boleh diamalkandengan mengambil secawan kacang hijau basuh bersih. Kemudian rendamkannya semalaman di dalam air yang hanya utnuk menutupi kacang hijau. Seterusnya ambil air rendaman sapu ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala sehingga sapuan air kacang hijau tadi kering dan bilas sebersihnya.

Daun pandan Bersama Santan

Ambil beberapa helai daun pandan dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian masukkan sedikit air serta ramas daun pandan tersebut dan perah airnya. Setelah itu,campukan air tersebut ke dalam semangkuk santan. Biarkan selama lebih kurang 30minit. Kemudian lumurkan pada rambut dan biarkan selama setengah jam .Seterusnya bilas rambut dengan air bersih. Amalkan seminggu dua kali.  

Nanas

Jika anda tidak tahu Vitamin B kompleks yang dimilik buah nanas sangat bermanfaat untuk menyuburkan rambut. Cara mudah, hanya ambil 1 atau 2 nanas segar kemudian kisarbuah nanas tersebut. Seterusnya tuang jus nenas yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan biarkan semalaman. Lumurkan jus tersebut di kepala biarkan selama 30 minit sambil tutup dengan tuala bersih. Amalkan petua ini sekurang-kurangnya3 kali seminggu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 01:13 AM | Show all posts
tak betul la... if it is so, maka takde la orng yg botak dalam rumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 11:57 AM | Show all posts
daun  bunga raya sllnya sy gunakan bila demam... anak sedara yg kecik pun sll kami letakkan lendir daun bunga raya... ada kata kena ambik daun dari pokok bunga raya kaler merah atau putih.... sblm guna basuh bersih dl daun tu... kalu ada ulat x pasal2 kepala gatal
guna santan sy penah guna tapi rambut akan berbau sket... sekali try x nak dah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 12:17 PM | Show all posts
syakuntala replied at 8-7-2015 11:57 AM
daun  bunga raya sllnya sy gunakan bila demam... anak sedara yg kecik pun sll kami letakkan lendir d ...

Ya betul daun bunga raya juga sesuai untuk kebahkan demam, namun jika ingin dilumurkan ke rambut perlu bersihkan sebetulnya daun bunga raya sebelum direndam dilumurkan ke atas rambut. Begitu juga dengan santan sama seperti melumurkan dengan minyak kelapa baunya agak kuat sedikit. Namun kena bilas dan syampu kerap untuk hilangkan bau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 12:26 PM | Show all posts
ipes2 replied at 8-7-2015 01:13 AM
tak betul la... if it is so, maka takde la orng yg botak dalam rumah ni

Itu mungkin faktor genetik agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:30 PM | Show all posts
easicircle replied at 8-7-2015 12:26 PM
Itu mungkin faktor genetik agaknya.

Memang. Male-pattern baldness.. androgen punya hal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060482 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list