View: 2467|Reply: 5
|
Ini 5 Sebab Jangan Ketepikan Kuning Telur
[Copy link]
|
|

Salah satu makanan yang sihat dan bagus untuk anda berdiet adalah telur. Namun ramai yang menolak telur kuning kerana dikatakan mengandungi kolestrol yang tinggi. Ya, mungkin betul tetapi jangan pula langsung tidak makan kuning telur. Ada banyak alasan mengapa anda tidak perlu ketepikan kuning telur, cuba lihat info ini...
1. Kaya nutrisi Bahagian kuning telur lebih banyak mengandungi nutrisi berbanding putih telur. Hampir 90% zat dan nutrisi terselit dalam kuning telur. Putih telur hanya mengandung protein.
2. Vitamin K Jarang nak dapat vitamin K menerusi sayur dan buah tetapi anda boleh 'rebut' vitamin ini dalam kuning telur. Vitamin K jarang ditemui di sayur dan buah, dan Anda bisa mendapatkan vitamin K pada kuning telur. Vitamin ini sangat diperlukan untuk kekuatan tulang dan membantu mencegah osteoporosis.
3. Otak sihat Kuning telur mempunyai vitamin B-complex yang tinggi, pastinya jika anda makan kuning telur mampu meningkatkan kecerdasan otak. Khasiat ini diperlukan untuk cegah tekanan dan alzheimer.
4. Penurunan berat badan Jangan terlalu berfikir negatif dengan menolak kuning telur semata tidak mahu gemuk. Sebaliknya kuning telur kaya dengan nutrisi dan dapat meningkatkan energi tubuh walau anda tidak makan banyak, hasilnya anda lebih efektif menggunakan kalori tubuh.
5. Mencegah kanser payudara Istimewa untuk wanita, kuning telur adalah ubat pencegah kanser payudara kerana kuning telur kaya dengan vitamin selenium. Nutrisi ini mencegah tumbuhnya sel kanser pada payudara dan mencegah kanser usus besar.
Selepas ini jangan ambil putih telur sahaja dan ambil telur kuning pun jangan berlebihan. Fakta kuning telur mampu memengaruhi kadar kolesterol dalam tubuh juga tidak boleh diabaikan. Makan secukupnya dan tidak lebih daripada 2 biji telur sehari.
mingguan wanita
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tuh. kalau ikutkan diet untuk org yg main gym, kena makan the whole egg...putih dan kuning..baru balance nutrien nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalo mkn nasi lemak, aku mkn telur yg kuning je..Yg putih aku buang
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
memang dari kecik x suka telur kuning
makan yg putih je |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya telur kuning..nyam nyam..huhuu  |
|
|
|
|
|
|
|
Ni memg feveret aku ..kuning teloq..yg adik laki aku dia mkn putih teloq..kuning dia boleh p buang 
kwn2 cina aku pun takut sgt mkn kuning teloq...hampir x penah tgk depa mkn kuning teloq ..appadaaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|