CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2096|Reply: 0

AMARAN : BAHAYA PENGGUNAAN POLISTERIN!

[Copy link]
Post time 1-8-2015 01:10 PM | Show all posts |Read mode


Penggunaan polisterin di kalangan rakyat tempatan bukannya baru dua atau  tiga hari bermula. Kita sudah menggunakan bekas polisterin ini sejak  zaman nenek moyang lagi.

Selalunya, tujuan utama kita menggunakan bekas polisterin adalah untuk memberi kesenangan terutamanya semasa mengadakan jamuan.

Ini kerana selain harganya murah, ia boleh dipakai buang dan tidak perlu  dicuci. Malah, hampir kesemua peniaga yang menjual makanan menggunakan  polisterin untuk membungkus makanan.







Namun adakah kita sedar yang sebenarnya polisterin ini amat bahaya?

Beberapa tahun dulu negara pernah kecoh mengenai isu ini sehingga memaksa kerajaan untuk mengharamkan penggunaan polisterin.

Namun ia hanya bertahan untuk beberapa bulan, selepas keadaan sudah  reda, mereka mula menjual dan menggunakan bekas yang berisiko tinggi  ini.

Penggunaan polisterin boleh mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan khususnya kanser.

Selain itu, polisterin yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena  boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia sukar terurai, malah mungkin  mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semula jadi.

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka mengelaskan  stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser  kepada manusia.

Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

Untuk pengetahuan umum juga, stirena adalah mutagen yang boleh  mengakibatkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem  pembiakan.

Usaha pengharaman penggunaan polisterin haruslah menjadi perhatian semua pihak.

Sukar untuk mengharapkan masyarakat melakukan perubahan drastik jika  tiada satu usaha agresif tidak dipraktikkan dalam menghapuskan  penggunaan polisterin.

Oleh sebab itu, pihak berkaitan seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam  Sekitar haruslah bekerja keras dalam merangka jalan penyelesaian dalam  mengurangkan bekas makanan dan cawan polisterin.

Alam sekitar adalah anugerah dari Tuhan. Jadi ia menjadi tanggunjawab  bagi semua umat manusia untuk menjaganya, bukan untuk memusnahkannya.

Selain itu daripada anda sihat walafiat nanti tidak pasal-pasal terkena penyakit.

Lebih baik mencegah sebelum terlambat! -

AAP - Nak mudah, nak senang malas susah-susah itulah puncanya. Tidak  dapat tidak terkadang benda mudah itu ttp menyusahkan diri kita  sendiri...

Wassalam, Wa'allahhualam
akuanakpahang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 1.222125 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list