CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1923|Reply: 1

6 Aura Air Beras Untuk Wanita Cantik

[Copy link]
Post time 1-9-2015 11:28 AM | Show all posts |Read mode

        Idamkan kulit bersih dan cerah, anda hanya perlu ada beras. Kalau wanita Jepun memakainya untuk cuci muka dan tubuh badan, kenapa tidak kita? Percaya atau tidak, anda boleh mencuba rawatan ini di rumah hari ini.

        1. Sebagai Pencuci        Simpan air cucian beras di dalam botol, gunakan setiap kali anda mencuci wajah. Khasiat yang terkandung di dalam beras akan membuatkan kulit wajah bercahaya. Amalkan dua kali sehari, kulit akan semakin sihat dan cantik.

        2. Penyegar kulit wajah        Rendam kapas muka di dalam air beras, kemudian lap kulit anda secara perlahan-lahan. Ia membantu membuang kotoran dan sebum pada kulit. Air beras membuatkan kulit anda lembut dan segar, amalkan selalu petua ini. Anda pasti gembira dengan hasilnya.

        3. Masker wajah        Air cucian beras juga sangat bagus dijadikan masker wajah. Rendam tisu wajah di dalam air beras, biarkan lebih kurang 10 minit. Kemudian, angkat dan tos seketika. Tempelkan pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Wajah akan segar dan beransur cerah.

        4. Kecilkan pori-pori        Bagi anda yang mempunyai masalah liang roma besar pada wajah, air beras adalah antara cara terbaik untuk mengecilkan pori-pori. Celup kapas muka di dalam air beras, lekapkan pada wajah. Kemudian, tekan secara perlahan-lahan pada bahagian bermasalah. Lakukan sekurang-kurangnya tiga minggu sekali, pori-pori wajah akan semakin mengecil secara semula jadi.

        5. Hapuskan jerawat        Jerawat membuatkan wanita runsing, ia menjejaskan penampilan wanita. Walaupun sudah berjumpa dengan pakar kulit dan menggunakan produk yang mahal namun jerawat tidak juga hilang. Usah bimbang, amalkan petua ini. Gunakan air beras membersihkan wajah terutama di bahagian berjerawat. Air beras merawat jerawat secara alami. Jerawat mengecut dan tidak meninggalkan parut.

        6. Rawat rambut        Air beras juga boleh dijadikan masker rambut. Tuang air beras pada kulit kepala, biarkan selama 20 hingga 30 minit. Sebaik-baiknya, balut kepala dengan tuala. Kemudian bilas rambut dengan syampu serta gunakan pelembap. Rambut akan kelihatan bersinar dan lembut.

mingguanwanita




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 01:04 PM | Show all posts
Dlu2 rajin simpan air basuhan beras ni buat cuci muka.. skrg dh tk rajin! Huhuhu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.142280 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list