CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24784|Reply: 225

Awal Ashaari Mengaku Tumpang Rezeki Anaknya, Lara Alana

[Copy link]
Post time 16-8-2016 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Kredit foto - eh.com.my






Sebuah program realiti tentang kehidupan anak selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya bakal disiarkan pada 17 Ogos ini. Untung sungguh anak selebriti sekarang, kecil-kecil lagi sudah ada program realiti sendiri.


Memetik dari Mstar Online, Awal Ashaari dan isteri, Scha Alyahya mengaku mereka banyak menumpang rezeki anaknya iaitu Lara Lana (dua tahun) yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram. Rezeki yang diterima anaknya itu tidak putus-putus, tambah Awal.


"Alhamdulillah, rezeki dia mencurah-curah dan kami pun menumpang sahaja. Tapi saya hanya ambil yang bersesuaian dan tidak menganggu pembesaran dia seperti kanak-kanak lain," ujarnya kepada mStar Online.


Awal ditemui pada majlis pelancaran program realiti pertama yang mendedahkan tentang kehidupan Lara Alana. Program 13 episod itu akan mula bersiaran pada setiap Rabu bermula 17 Ogos ini, pukul 9 malam di Astro Ria.


Tambah Awal, walaupun rezeki mencurah-curah buat Lara namun mereka masih beringat iaitu wang pendapatan yang diterima  Lara akan disimpan untuk masa depan pembelajaran dan insurannya.




kredit foto - umiwish.blogspot.com




Dalam pada itu, Awal berkata dia agak gementar untuk menerima reaksi orang ramai terhadap cara penjagaan anaknya yang dipaparkan dalam program realiti Lara Oh Lara.


Dia takut cara yang dilakukan dalam membesarkan kanak-kanak itu selama ini salah atau tidak diterima masyarakat. Program realiti tersebut turut menampilkan selebriti terkenal lain seperti Ella, Remy Ishak, Zizan Razak, Liyana Jasmay dan Dynas Mokhtar.



Ini lah yang dikatakan "rezeki anak-anak", setiap orang telah ditetapkan rezeki masing-masing. Jadi janganlah pula ada yang busuk hati apabila melihat kesenangan orang lain. - CARI








Sumber  - MstarOnline
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 11:48 AM | Show all posts
lara ni ikut muka scha kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung lara..murah rezeki kau dik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 11:52 AM | Show all posts
untung lara alana........murah rezekinya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 11:54 AM | Show all posts
imho, i support artis mcm diorg ni carik duit. tak kisah la dtg dr diri sndiri ke ..anak ke.. as long for future savings tu dh terjamin.
tade istilah menjual anak ke menjaja anak.. tumbesaran anak dia pandai2 la dia & scha sndiri jaga..org luar mcm kita tayah nak give piece of mind sangat..anak sndri pon belum tentu perfect kann
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
lara pon makin bijak da skrg. da kenal abc. pandai ckp da. sape yg kata lara down syndrome, adhd, autism, speech delay dan sebagai nye sila beli kneepads merangkak mohon ampun kat lara  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2016 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Rejeki jgn ditulaks...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
serius lara ni lah anak selebriti yg aku tak minat nak tgk (yg pemes la) tak taulah kenapa...bg aku dia takde daya penarik yg istimewa berbanding yg lain.
tak mcm si engku aleesya and aisyaah mmg teruja tgk tahap cute diorg.
tp takpelah budak kecik semua comel and tak berdosa pun...as long dia membesar normal dan tak kekwat dah besar sok cukupla..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga lara membesar jadi anak solehah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:18 PM | Show all posts
lara comel
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:24 PM | Show all posts
comel lara
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pesaing baby lara bg aku adalah chantiq anak johan ..comel dan pandai..

mak je la level pprt sikit
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-HBZ replied at 16-8-2016 11:26 AM
Kredit foto - eh.com.my


Suka tgk lara. Nampak bijak & aktif
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:31 PM | Show all posts
raut wajah dia ikut scha
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:32 PM | Show all posts

Tu la...hakak tgk video kat insta lara yg awal suruh buat bunyi binatang, bg hakak pandai la utk budak2 umur 2thn. Anak hakak yg 2thn pun xreti ok.

So hakak2 yg cerca lara autism, adhd, speech delay bagai tu...sila merangkak!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:33 PM | Show all posts
comel lara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
lara comel.lincah.ecah pon comel tp ecah mcm x mnarik utk difollow sbb bju sarat mcm maknyer
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:44 PM | Show all posts
suka suka tengok video2 lara especially time awal or scha dok mengajar dia. shes  smart for her age.

Itu lah..again yg dok cerca cakap down syndrome ke apa tu silalah mintak maaf cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:52 PM | Show all posts
lara ni cute and ada aura dia tersendiri...walaupun dia tak secantik mcm aisyah anak cek ta tapi lara ada daya tarikan yg sgt kuat and tak bosan tgk telatah dia...hahahha suka dengar kepelatan dia bila sebut perkataan2..comel sgt...bila mak bapak dia dress kan dia up dia berposing memang meletop pandai dia natural sgt depan camera...ape2 pun aku lebih suka tgk lara dressing padan dgn umur nye...ada setengah budak2 kecik ya ampun dressing tak kena umur dah mcm budak2 besar gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 01:10 PM | Show all posts
NotYou replied at 16-8-2016 12:52 PM
lara ni cute and ada aura dia tersendiri...walaupun dia tak secantik mcm aisyah anak cek ta tapi lar ...

ecah anak che ta?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.057933 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list