CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6316|Reply: 26

Pasang Bom Pada Kereta, Cara Terbaru 'Ah Long' Menakutkan Peminjam

[Copy link]
Post time 16-5-2017 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Jika sebelum ini mereka menyimbah cat merah bagi menakutkan peminjam yang gagal membayar hutang, namun kini sindiket pemberi pinjam wang haram atau lebih dikenali sebagai 'ah long' semakin ganas apabila menggunakan bom buatan sendiri untuk mencederakan peminjamnya.


Kejadian berlaku di Jalan Pengkalan Setia, Taman Pengkalan Setia, Simpang di Taiping semalam hingga menyebabkan seorang peminjam lelaki parah di kedua-dua belah kaki setelah terkena bahan letupan yang dipasang pada keretanya.


Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata kejadian berlaku pada pukul 10.10 malam ketika mangsa berumur 50 tahun sedang memasuki keretanya untuk pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas melawat anaknya di Taiping.


“Suspek dipercayai memasang bahan letupan yang diikat dengan tali di pintu kereta jenis Toyota Corolla  dan ia meletup sebaik tali ditarik apabila pintu dibuka oleh mangsa,”  katanya dalam satu kenyataan kelmarin.


Harrith Kam berkata siasatan polis di tempat kejadian menemui beberapa besi, bateri, wayar  dan tali yang dipercayai komponen bahan letupan buatan  sendiri untuk tujuan mendatangkan  kecederaan.


Beliau berkata mangsa tidak mengalami kecederaan parah, namun masih dirawat di Hospital Taiping dan hasil imbasan mendapati terdapat serpihan seperti skru berada dalam kedua-kedua kakinya.


Sehubungan itu, Harrith Kam menyeru saksi yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.- CARI
sumber: FMT

sumber: Utusan Malaysia



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dejavu..,..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 01:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 08:31 AM | Show all posts
menakutkan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai ke tahap tu...scary
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-9-2022 12:07 PM

Mudah2an along buat gini kat pegawai SISC di PPD daerah akak yang bagi maklumat akak tanpa kebenaran kasik jadik akak penjamin hutang dia tanpa pengetahuan akak. Bodoh punya betina. Nampak muka adja baik tapi boleh tahan syaitan pedajal orang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu nak membunuh tu. Harap kena tangkap cepatlah ahlong2 barua ni yg nak jdkan org2 sekeliling yg xde kaitan lsg rasa keselamatan terancam. Yg pinjam ahlong ni..bodo piang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 09:24 AM | Show all posts
Dari mana ah long dapat bom kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 09:44 AM | Show all posts
Dah cedera  parah macam ini lagi slow la apek tu bayar
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Dah jadi pengganas. Ahlong patut dihapuskan dari muka bumi malaya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 09:53 AM | Show all posts
Ini betul punya kes ye. Bukan cerita khayalan pekerja Kosmo, theStar, HarianMetro, Malaysiakini semua yang hidup merana diganggu pemiutang berlesen dan tak berlesen
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-9-2022 08:06 PM
Mudah2an along buat gini kat pegawai SISC di PPD daerah akak yang bagi maklumat akak tanpa kebenaran ...


Ahlong pun terima ye golongan kepala buto ni pedajal orang jadi penjamin tanpa pengetahuan...

Ada org ofis i jadi penjamin hutang 90k balance tak bayor... sesama ofismet le jadi penjamin... skali mamat tu dpt vss, lari oversea.. kawan i terkontang-kanting kena blacklist and potong gaji (sbb hutang personal dgn koperasi ofis)... kena blacklist selama 2 tahun sampai langsai hutang...

Mamat tu dah le anak tan sri.. tak sangka tan sri sengkek
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 29-9-2022 06:40 PM
green~tea replied at 29-9-2022 03:36 PM
Ahlong pun terima ye golongan kepala buto ni pedajal orang jadi penjamin tanpa pengetahuan...

Ad ...


Ntahnya. Kemain along tu marah sebab betina tu tak nak bayar hutang udahnya diwhatsapp nombor aiol yang betina tu bagi masa nak meminjam siap panggil betina tu scammer. . 400 hengget je pon dia pinjam (tapi along babi tu kasik 200 hengget ja, 200 hengget jadik bunga katanya. Ni screenshot whatsapp convo deol). Ya Allah sangat sis 400 hengget pon sorang pegawai pendidikan gred DG48 takda, babi hanat tu la sapa suroh pelihara bewak idop. Bukan aiol sorang ja kena, ada beberapa cikgu lain pon sheol pedajal. Kalau aiol kaya dah saman PPD sebab simpan pegawai begitu - kes dia well known tapi takda tindakan apa pon iyaaaaa. Mungkin karna takda cikgu2 yang sheol pedajal tu betul2 all out kenakan sheol balik sebab...ntah, kalau macam aiol kesian juga sis sebab dia ni irl memang baik sopan santun berbudi bahasa siap bertudung litup lagik cakap pon pemah lembut tak sakitkan hati orang tapi tu la sis ramai dah manusiabyang kunun depan2 baik sangat yang ai jumpa tapi bila buat jahat seropa syaiton nirojim tahap kelakuannya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-9-2022 02:38 AM
Ntahnya. Kemain along tu marah sebab betina tu tak nak bayar hutang udahnya diwhatsapp nombor aiol ...

Apo rm400 je pon nak utang.. dg48 pqtot dah selesa sgt life.... masalah utama dia si bewak celaka tu...

Lahnat2 gini mmg ckp lemah lembut ya.. very polite and manjahhh...  sama sebijik scammer weols terkena kat forom neh....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 30-9-2022 12:49 AM
Apo rm400 je pon nak utang.. dg48 pqtot dah selesa sgt life.... masalah utama dia si bewak celaka  ...

Kheeennnstttt eeiiiii rasa gerammmm ingat sheol post2 kat wasap pasal kerja macam takda apa eiiiiii babi kauuuu rasa nak viralkan ja nama sheol kat sini huntok sebar aib tapi yang kenal sheol musti tak pircaya sebab imej lindungan Kaabah sangattttt
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup lagi thread ni. Lama tak nmpk carilts.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-9-2022 02:38 AM
Ntahnya. Kemain along tu marah sebab betina tu tak nak bayar hutang udahnya diwhatsapp nombor aiol ...

Kalo dah menanggung biawak mmg berapa ade pun x cukup .kawan aku pun gitu..tp dia pusing citer..Kalo belanje anak2 makan..rezeki dia lg banyak..pdhal menanggung biawak..janji berlaki ko kaedahnye...anak2 p sekolah p makan,makanan mewah2.. anak2 mkn je bakso rm7 beli tepi jalan...lps tu tgh bulan mengadu x cukup duit.. rokok laki dia je dah bape ratus abis..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 08:13 PM | Show all posts
ina_na replied at 26-12-2022 07:34 PM
Kalo dah menanggung biawak mmg berapa ade pun x cukup .kawan aku pun gitu..tp dia pusing citer..Ka ...

Namanya asal dpt kote ehh kotex (cover sikit)
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 26-12-2022 08:13 PM
Namanya asal dpt kote ehh kotex (cover sikit)

Begitu la alasan nye..yg menyampah kita la.. tgh bulan mula drama x de duit nk bg anak2 makan..lps dpt pinjam duit ko p belanje laki ko Kan..anak2 mkn gitu2 je..ehh semak aku org gini
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenayah kartel kartel Cina makin menjadi2 sejak PH berkuasa. Malaysia sikalang kita punya maaaa!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.207713 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list