Malang menimpa seorang ibu yang baru melahirkan anak apabila badannya terpotong dua akibat tersepit pada pintu lif.
Kejadian yang berlaku di Hospital Valme di Seville, Selatan Sepanyol itu menyebabkan Rocio Cortes Nunez yang berada di atas pengusung ketika itu maut serta-merta.
Memetik laporan Europa Press, lif yang mengalami kerosakan mekanikal itu mula bergerak sendiri sebelum pengusung yang membawa Rocio sempat masuk sepenuhnya.
Rocio Cortes Nunez, Foto: The Sun
Difahamkan juga, bayi kepada wanita berusia 26 tahun itu berada di sisi bunya semasa kejadian namun dilaporkan selamat.
Polis dan anggota bomba yang bergegas ke sana gagal menyelamatkannya dan mengambil masa selama dua jam untuk mengeluarkan mayat.
Kepala mangsa terperangkap di antara bahagian atas lif dan bumbung, sementara kakinya pula terjuntai.
Abag Iparnya, David Gaspar menyatakan yang suami mangsa amat berdukacita dengan kemalangan yang berlaku pada isterinya.
Tempat kejadian, Foto: The Sun
“Kami masih tidak percaya perkara seperti itu boleh terjadi. Sesuatu harus dilakukan. Mereka perlu dihukum,” katanya.
Mangsa meninggalkan dua lagi anak perempuan berusia tiga dan empat tahun.-CARI |