Sesetengah orang memang suka sangat makan tauge dan biasanya beli sahaja di pasar lagi senang.
Makan mentah, direbus atau dimasak tumis pun semua sedap. Tapi terfikir tak nak tanam sendiri tauge?
Bagi suri rumah atau sesiapa sahaja yang nak menjimatkan perbelanjaan barang dapur, jom tanam sendiri tauge di rumah sendiri.
Foto: FB Resipi Sedap
Ikuti sahaja langkah-langkah berikut:
Bahan-Bahan:
1 Senduk penuh kacang hijau
1 Bekas kotak air bersaiz besar
Cara-Cara
1. Basuh bersih kacang hijau dan toskan.
2. Ambil kotak dan potong sedikit di setiap bucu kotak untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram.
3. Masukkan kacang hijau ke dalam kotak air dengan perlahan-lahan.
4. Masukkan sampai habis.
5. Siram kacang hijau tadi dengan air.
*Siramlah air ke dalam kotak 5 kali sehari atau lebih. Ulangi dengan menyiram selama 3 hari berturut- turut.
6. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air keluar habis.
7. Letakkan kotak air dalam kedudukan condong ke dalam satu bekas untuk menadah saki baki air yang mengalir keluar. (Air yang bertakung akan menjejaskan bentuk, rupa tauge dan berbau.)
8. Hari ke 4 atau 5 dah boleh menuai hasil.
9. Tauge yang terhasil.
Selamat mencuba! -CARI
Kredit Resipi: ‎rincess Zhaza Nasheema‎ |