CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8642|Reply: 76

Sadis! Lelaki Ini Dipaksa Jadi Wanita Sejak Lahir, Akhirnya Mati Bunuh Diri

[Copy link]
Post time 27-12-2017 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Siapa sangka yang sebenarnya ada eksperimen dalam dunia ini yang terlepas dari norma dan etika sang saintis. Asal namanya manusia, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Begitulah yang terjadi pada Dr John Money yang telah tersilap dalam eksperimennya seterusnya menjadi penemuan baru dalam dunia perubatan moden.


Kes bermula pada tahun 1965, apabila seorang bayi lelaki yang sihat pada asalnya tetapi mengalami masalah ketika hendak kencing. Bayi lelaki itu dinasihatkan doktor untuk melakukan khatan dan atas persetujuan ibu dan bapanya, pembedahan yang sepatutnya berjalan lancar menjadi tragedi. Zakar bayi yang diberi nama Bruce telah rosak keseluruhan kerana pakar bedah telah mengkauterisasikan bahagian zakar itu menggunakan alat kauteri yang rosak.



Sumber: spherebowl.com


Kauterisi (cauterizing) adalah cara pakar bedah untuk menutup luka, memotong anggota atau menghentikan pendarahan dengan cara membakar pisau bedah sehingga merah menyala sebelum memotong. Asalnya untuk menghalang pembiakan bakteria, namun teknik ini telah menyebabkan kemalangan kepada Bruce.


Beliau dirujuk kepada Dr John Money setelah para doktor telah menasihatkan ibu bapanya yang sedih dengan apa yang terjadi, untuk berjumpa Dr John Money. Beliau adalah ahli Psikologi yang khusus dalam penukaran jantina.  


Dr. John  beranggapan bahawa jantina adalah hasil dari pembentukan sosial dan bukan melalui fitrah. Beliau merasakan Bruce adalah eksperimen yang terbaik untuk membuktikan bahawa teorinya benar. Ibu bapa Bruce telah bersetuju untuk membesarkan Bruce sebagai perempuan dan menukarkan namanya menjadi ‘Brenda’. Sejurus persetujuan itu, Bruce yang berumur 17 bulan telah menjalani pembedahan jantina sepenuhnya.



Sumber: dailymail.co.uk




Pada umurnya 9 tahun, Dr John percaya yang teorinya betul dan menulis jurnal akademik mendedahkan kejayaannya dengan merujuk Bruce/Brenda sebagai John/Joan untuk menutup identitinya. Namun 4 tahun kemudian Bruce mula menunjukkan tanda-tanda akil baligh yang ketara. Bruce sangat berbeza dengan anak perempuan yang lain. Ini menyebabkan Bruce seringkali diejek kerana sifat fizikalnya seperti lelaki, berbadan tegap dan besar.  Ini menyebabkan beliau depresi dan mempunyai risiko untuk membunuh diri.


Melihat keadaannya begitu, Dr John terpaksa memberitahu beliau perkara yang sebenarnya. Dia menukar nama kepada David dan cuba untuk menjadi lelaki semula. Bruce melakukan semula pembedahan jantina, berkahwin dan menjadi bapa tiri kepada 3 orang anak tirinya.

Sumber: sophmoet.wordpress.com


"Dia tidak mengetahui bahawa kesnya telah menemukan banyak buku teks perubatan dan psikologi yang kini menubuhkan protokol untuk mengubati hermaphrodit (khunsa) dan orang yang kehilangan zakar mereka," kata John Colapinto, wartawan untuk New York Times yang mendedahkan cerita David.


Cerita ini juga telah menyebabkan sesiapa yang mahu membuat pembedahan jantina yang secara fitrah manusia tercipta lelaki dan perempuan asalnya dan sukar untuk diubah. Terbukti juga sekiranya individu terbabit menukar jantina, apa yang mereka perlukan bukan penukaran semula jantina, tetapi sesi kaunseling yang berpanjangan.



Dr. John William Money

Sumber: puppetstringnews.com




Menurut Jabatan Perkhidmatan Kesihatan di UK, ramai transeksual menyesal keputusan mereka untuk hidup dalam jantina berlawanan. Laporan salah satu jabatan kerajaan di UK juga menyebut mengenai transeksualisme, yang dikeluarkan pada bulan April 2000, berkata: "Ramai orang kembali kepada jantina biologi mereka setelah hidup beberapa ketika dalam jantina berlawanan".

Sumber: library.csun.edu




Apa yang terjadi dengan Bruce?


Bruce akhirnya mati membunuh diri pada tahun 2004 pada umur 30’an kerana mengalami kemurungan yang teruk selepas berpisah dengan isteri, kehilangan kerja dan adik kembarnya meninggal dunia.



Sadis kan? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 11:07 AM | Show all posts
mmg sedih sgt.. teringat kisah budak yg bersunat pastu doc terpotong tuh.. aduh... moga allah permudahkan segala urusan hidupnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 11:34 AM | Show all posts
memang ada kes mcm ini dolo dolo di kampung...

pasangan yg teringin anak perempaun...semua anak lelaki...1 anak dipakaikan pakaian mcm perempuan, rambut bagi panjang...siko punya ibu bapa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 11:35 AM | Show all posts
malang ..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 11:55 AM | Show all posts
kesiannya kat bruce
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hollywood xde ke buat film biografi psl ni? Menarik utk ditonton
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2017 01:18 PM | Show all posts
sajat elok pulak. siap ada bf lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 01:36 PM | Show all posts
cicicumel replied at 27-12-2017 01:04 PM
Hollywood xde ke buat film biografi psl ni? Menarik utk ditonton

kann
mcm filem the danish girl



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. Hanya kesilapan doktor. Habis rosak masa depan anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya la hidup Bruce ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia..mangsa keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 02:58 PM | Show all posts
Berlainan pula dengan Bruce Jenner.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 03:32 PM | Show all posts
Itu maknanya identiti jantina tak boleh dipaksa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
EncikRhoma replied at 27-12-2017 01:18 PM
sajat elok pulak. siap ada bf lagi

Sajat tu rela hati nk jd pmpuan..bruce ni "dipaksa" dan dia xde ingatan psl dia dilahirkan sebagai lelaki..bila besar,dah keluar identiti lelaki,kena ejek2 bagai smpai kua citer sebenar..tp salute sbb dia nk stay as who he is..bkn mcm sajat,safiey tu..memondan je walhal dah terang2 membesar as lelaki and dorg aware y dorg tu laki..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya hidup dia. Kesilapan org lain, dia yg tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Isnt that cute his name is also bruce.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 09:10 PM | Show all posts
tragis nyer hidup dia..
kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
EncikRhoma: sajat elok pulak. siap ada bf lagi

Safiey pun... Hahaaaa!
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 11:08 PM | Show all posts
wpun sadis, ini membuktikan jantina dan seksualiti takda suis on off yg ko boleh tekan ikut suka, spt yg digembar gemburkan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam one of the episodes in SVU ja..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.062579 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list