Itu komen ringkas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung tindakan Neelofa mengadakan majlis pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu negara, malam tadi.
Harussani berkata, umat Islam dilarang mendekati tempat maksiat dan hukumnya sudah jatuh haram jika tempat berkenaan terdapat unsur melanggar syarak.
“Sekiranya ada unsur berkenaan, Neelofa perlu bertaubat dan jangan ulang lagi,” katanya.
Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad pula menyifatkan tindakan Neelofa itu salah kerana bersubahat melakukan perkara berunsur maksiat.
"erbuatan itu haram kerana gerak-geri perempuan ditontonkan kepada lelaki bukan mahram.
"Apapun alasan diberikan, saya tetap menganggap ia salah kerana pusat hiburan menjual minuman keras dan memabukkan. Buatlah sesuatu yang baik dengan cara dan jalan yang betul," katanya kepada Harian Metro.
Mohd Yusof berkata, Neelofa perlu muhasabah diri dan mengambil iktibar daripada tindakan yang dilakukannya itu.
"Mohon ampun kepada Allah serta berazam tidak mengulanginya lagi. Bagi kepentingan perniagaannya elok dia mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan perbuatannya itu," katanya.
Sementara itu, Profesor Institut Pengurusan Fatwa Sedunia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, nama kelab malam itu tidak salah jika tiada sebarang unsur bertentangan syarak.
“Jika tiada arak, tidak membuka aurat dan tiada pergaulan bebas, tiada masalah walau di mana pun pelancaran tudung itu diadakan.
“Yang penting adalah pengisian di kelab itu, jika lancar tudung di rumah tetapi melanggar hukum syarak pun tidak boleh. Jika di pihak Neelofa sendiri mengatakan tiada arak, kita tidak boleh mengandaikan ada benda terlarang itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa
Para penjilat Hajah kohlipe pun minta bertaubat yach..dah kena sound dengan mufti dah hajah maksum korang tu..Netizen pun dah mengecam..trending di youtube yach..warga twitter pun mempersoalkan hajah
so kiranya takhta artis wanita paling maksum still jatuh pada Tokti
Throwback sesi tangisan Hajah di konti radio yang membuatkan penjilat panggil sheols maksum gituu
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 27-2-2018 10:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia gian nk p clubbing balik..as simple as that..ooo selama ni zouk juai ayor nyoq buah2an tropika..gula nira ka..maklumlaa org kg x penah masuk kedai zouk..
Post time 28-2-2018 12:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ntahnya hajah birah ni..jls sakai mkin lama mkin over.Dah sah2 zouk tu kelab mlm jadah apa pilih tmpat tu nk launching tudung.Tmpat mksiat jual arak tu jgk nk dipilih.
Lg satu sape hat btudung tergedik joget tu dasar tongong set2 lopak ni..tgok cara joget pn tkda kemaluan joget tu pn mcm dh biasa buat je sbb tak kekok..kot ye pon gian nk membatak kt kelab mlm,campak je tudung.Cemar imej tudung btol.Tak heran la spesis yg btudung mcm ni lg haramjadah..Kesian hat yg btol2 ikhlas brtudung