Rasanya agak jarang kita dengar mengenai 'Malaysian's sweetheart', Lisa Surihani sekarang ini kan? Semenjak mendirikan rumah tangga dengan Yusry Abdul Halim serta dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Lisa dilihat telah mengurangkan aktiviti seninya dan lebih banyak melakukan kerja di belakang tabir bagi menumpukan lebih perhatian kepada keluarga.
Umum menyedari yang Lisa kelihatan sedikit berisi lebih-lebih lagi setelah melahirkan anaknya yang kedua. Yalah, sudah melahirkan dua orang anak, takkan nak samakan badan masa muda pulak.
Foto: Instagram Lisa Surihani
Semalam, aktres cantik ini telah memuat naik foto bersama teman baiknya, Liyana Jasmay semasa menghadiri jemputan dari Astro di akaun Instagram miliknya.
Foto: Instagram Lisa Surihani
Foto tersebut menarik perhatian ramai yang rata-rata memuji penampilan terkini wanita berusia 32 tahun itu.
Dah kurus, nampak makin muda dan cantik..
Seorang yang 'simple' dan merendah diri walaupun mampu..
Memang tidak dapat dinafikan yang Lisa seorang yang bersederhana dalam pemakaiannya dan tidak pernah terpalit dengan kontroversi panas.Ni makin kurus nampak macam zaman anak dara la pulak. -CARI |