"Kasihan Shila, sukses di tempat orang tapi di negara sendiri tak kesahkannya."
Shila Amzah, penyanyi bersuara lantang yang sangat berjaya di tanah besar China. Menjuarai anugerah Asian Wave serta tersenarai dalam Forbes 30 under 30 Asia 2018 sudah membuktikan penyanyi berhijab ini sangat hebat pencapaiannya. Bukan calang-calang artis boleh berjaya di luar negara tanpa kerja keras dan bakat yang bagus.
Malahan, kejayaannya yang terbaharu merangkul dua anugerah iaitu Most Popular South East Asian Artiste dan Hottest International Artiste membuktikan Shila memang layak mendapatnya.
Bagaimanapun, kejayaannya tidak begitu dipandang di tanah air sendiri. Tidak banyak media tempatan yang memaparkan berita ini (kecuali portal-portal hiburan), seolah-olah ia bukannya berita besar berbanding gossip lain. Adakah kerana media masih memboikotnya?
Kredit foto: Instagram
Ramai yang memuji pencapaian Shila yang disifatkan luar biasa.
Akan tetapi, ralat juga kerana media Malaysia sendiri seperti tidak mengendahkan berita tersebut sehinggakan ramai netizen tidak menyedarinya.
Kredit foto: Twitter
Ini pula ucapan ibu Shila sendiri di Instagram. Memang pencapaian Shila membanggakan biarpun tidak ramai yang memperkatakannya.
Biar pun seakan tidak dipedulikan media mainstream, Shila Amzah tetap ke hadapan dengan menggunakan platform media sosialnya untuk menyampaikan terus berita serta kisah peribadinya kepada para pengikutnya.
Semoga kejayaan Shila ini menjadi pemangkin kepada penyanyi lain untuk mencuba di luar kotak serta tidak menjadi katak di bawah tempurung sahaja. Untuk Shila, anda mengharumkan nama Malaysia. - CARI
|