Jarang artis yang sudah berkahwin serta tidak terlibat dalam dunia seni mendapat perhatian seperti Eina Azman. Maklumlah dengan kemewahan yang ditonjolkan, kebahagiaan mereka sekeluarga dan sikap baik Eina yang diperkatakan membuatkan dia sentiasa menjadi bualan netizen.
Sedang bercuti di Santorini, Greece, Eina memuat naik banyak gambar percutian mereka termasuklah video kontroversi yang memaparkan suaminya, Dato Paduka Kaiser menciumnya dalam beberapa saat hingga dibuat bahan jenaka oleh netizen nakal.
Biarpun begitu, Cari lebih tertarik untuk mengetengahkan komen netizen mengenai kecerahan kulit Eina yang diragui hingga mereka mendakwa tiada melanin yang melindungi wajahnya. Betulkah begitu?
Kredit foto: IG
Ramai yang hairan kenapa Eina terlalu obses inginkan wajah kulit yang cerah seperti mayat? Ia seolah-olah tidak padan dengan suaminya yang berkulit hitam manis. Mengikut pandangan netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan pelakon Mimpi Cinderella ini, Eina menyatakan yang dia menggunakan produk khas supaya kulitnya cantik dan berseri, namun ada juga yang menjawab yang ia hanya suntikan semata-mata.
Kredit foto: IG
Netizen ini turut bergosip mengenai kesan yang akan dihadapi oleh Eina dalam jangka masa panjang terutamanya jika terdedah dengan cahaya matahari seperti di Santorini sekarang. Maklumlah putih keterlaluan biasanya datang daripada pil atau rawatan penggelupasan yang menggunakan bahan kimia terlarang dalam kuantiti tinggi.
Tidak hanya Eina, netizen turut mempersoalkan kulit putih terlampau ini dengan ibu Eina sendiri. Tidak pula dapat dipastikan sama ada putih kerana produk atau gambar tersebut disunting terlebih dahulu.
Kredit foto: Twitter
"Teruk sangat filternya. Sampai tudung bercantum dengan dagu. Tapi Eina tu nampak lah putih yang tak sihat, sebab sampai kaki pun dah takde melanin."
Antara yang diperkatakan ialah melanin tiada bermakna tiada lapisan luar melindungi diri sendiri. Malahan kulit putihnya bukan lagi kategori yang sedap dipandang tetapi seperti mayat yang terlalu pucat, nampak segala pembuluh darah dan urat yang nyata ianya seperti berada dalam kesakitan.
"Tetapi, mungkin juga Eina insecure hingga mahu kelihatan lebih cantik di mata semua pengikutnya.
Kredit foto: IG
Trend kulit cerah sememangnya sesuatu yang menjadi 'dambaan' bagi ramai wanita Asia. Lebih cerah dan putih, maka lebih cantik dipandang berbanding kulit sawo matang atau hitam manis. Trend ini boleh dilihat bukan sahaja dalam kalangan artis, namun bagi orang awam yang mahu kelihatan lebih menonjol. Bagaimanapun, jika terlajak putih hingga mengubah 'pelindung' diri sendiri sebenarnya akan memakan diri sendiri apabila digunakan dalam jangka masa panjang.
Bagi Eina, mungkin ini kepuasan diri sendiri. Anda pula bagaimana? - CARI
|