Keputusan untuk mengusahakan restoran adalah sebagai meneruskan legasi arwah bapanya yang juga pernah menjadi pengusaha restoran, membuatkan penyanyi Ning Baizura tidak berputus asa walaupun dia terpaksa menutup restoran miliknya tiga bulan yang lalu.
Restoran yang diberi nama Tudung Periuk itu pada mula nya mendapat sambutan hangat tetapi akibat kesukaran mencari tukang masat, banyak hidangan tidak dapat disediakan di retoran milik penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu.
Menerusi laporan Oh Media semalam, Ning Baizura menyatakan yang dia akan meneruskan lagi perniagaan kerana bidang nyayian bukan lagi punca pendapatannya.
"Terkilan juga kerana restoran itu (Tudung Periuk) adalah simbolik kepada legasi arwah bapa yang pernah mengusahakan perniagaan makanan," ujar Ning seperti yang dipetik dari Oh Media.
Restoran Tudung Periuk terpaksa ditutup. (Kredit foto : Carian Google)
Tambah Ning lagi, dia sedang merancang untuk membuka sebuah restoran dengan konsep yang berbeza dan akan menyediakan platform khas untuk dia dan rakan artis menyanyi kerana kebanyakan yang datang berkunjung ke restorannya sebelum ini adalah kerana mahu melihat dia menyanyi.
"Bukan hanya saya, sebaliknya rakan artis yang lain juga berpeluang membuat persembahan di situ," kata Ning berhasrat menghiburkan pelanggan yang datang makan di restorannya kelak.Dia turut menyatakan yang dia dan rakan kongsinya sudah pun menentukan lokasi baru untuk restoran tersebut yang besar kemungkinan akan dibuka di Bangsar.
Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Ning. Semoga impian Ning akan terlaksana. -CARI |