Foto Twitter
"Ni pompuan ni, masuk kenduri, orang sibuk bersanding, kau masuk bilik curi duit ya?"
Begitulah kemarahan sebuah keluarga terhadap kejadian curi yang berlaku di rumah mereka ketika masing-masing sibuk dengan acara persandingan. Seorang wanita asing, yang tidak dijemput muncul di rumah mereka, berkelakuan seperti tetamu yang lain tetapi diam-diam masuk ke bilik lalu mencuri duit.
Namun, akhirnya pencuri tersebut dapat diberkas dan ternyata wang curian berada pada dirinya membuktikan wanita tersebut benar-benar seorang pencuri.
Sebuah video pendek memaparkan wanita tersebut cuba menyembunyikan muka daripada rakaman kamera dan juga kemarahan ahli keluarga tular di media sosial.
Biarpun kes sebegini pernah didedahkan, namun ianya masih berlaku di sesetengah tempat. Malahan waktu kenduri adalah yang paling tepat untuk melaksanakan operasi ini kerana tuan rumah akan sibuk melayan tetamu
Ramai netizen turut menyifatkan yang pencuri sebegini sememangnya bijak dan sudah biasa mencuri. Ini kerana cara pemakaiannya juga seperti tetamu, cuma berkeadaan mencurigakan sehinggalah dia ditangkap. Malahan ramai yang turut memuji wajah pencuri yang dikatakan ada rupa hingga ada netizen yang bergurau mahu bernikah dengannya.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, ada juga netizen tidak setuju dengan aktiviti merakam serta mengaibkan pencuri tersebut, sedangkan ianya boleh diselesaikan dengan lebih baik tanpa permu menularkan wajahnya.
Kredit foto: twitter
Aduh! Macam-macam ya kisah curi ini. Padanlah ramai juga yang menggunakan dewan berbanding rumah sendiri untuk bernikah. - CARI
|