Kredit foto: Google
Selepas mengeluarkan single terbaru bersama pemenang Grammy 9 kali Usher, album Yuna, 'Chapters' berjaya memasuki carta Top 10 di Billboard dalam kategori Album R&B terbaik.
Terbaru, penyanyi Yuna nampaknya diiktiraf oleh jenama antarabangsa apabila gambar muka depan album terbarunya, Rouge terpapar di poster Apple Watch 5.
Untuk makluman model Apple Watch terbaru itu baru saja dilancarkan Rabu lalu.
Yuna turut berkongsi berita tersebut menerusi satu posting di Twitter rasminya.
"Oh Yayyy, terima kasih Apple Music," tulis Yuna ringkas.
Para peminat turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Yuna itu.
Kredit foto: Twitter Yuna
Pergh! Bukan senang nak tengok artis Malaysia masuk iklan jenama bertaraf antarabangsa ni. Semoga Yuna terus maju jaya dalam industri seni. Tahniah Yuna! - CARI |