CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10891|Reply: 111

'Bagi Belanja Makan Anak RM2 Je' - Peguam Dedah Ramai Lelaki Beristeri Dua Sebe

[Copy link]
Post time 4-10-2019 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Seorang peguam yang mempunyai pengalaman mengendalikan kes nafkah anak di mahkamah berkongsikan pendapatnya mengenai kebanyakan kes lelaki beristeri dua yang sebenarnya tidak mempunyai kemampuan berbuat demikian.







Kredit foto: Facebook







Membincangkan sebuah kes yang dibicarakan di sebuah mahkamah di Selangor, peguam Suriati Abdul Ghani mengatakan seorang lelaki beristeri dua membuat permohonan untuk memberikan nafkah RM180 sebulan sahaja kepada isterinya.


Memperincikan perbelanjaan RM180 itu, lelaki itu mengatakan antaranya; belanja makan hanya RM2 (tiga kali sehari), pakaian RM20 sebulan dan perbelanjaan sekolah RM100 sebulan.





Kredit foto: Carian Google / FB







'Kebanyakan kes memohon kahwin dua di mahkamah syariah, bapa mengatakan mampu sedangkan selalu bagi RM180 sahaja kepada bini pertama, jadi tugas isteri pertama buktikan dan cari dokumen dan saksi buktikan, buat bantahan ' kata beliau lagi.




'Ada yang kata RM2 sarapan cukup, sedangkan zaman sekarang air sahaja dan RM1, nugget tiga ketul RM1, anak-anak perlukan makanan berkahsiat' tambahnya.





Kredit foto: Carian Google







'Jadi kalau ada bapa-bapa yang nak menambah tanggungan, tanggungan lama jangan dipotong' ujarnya lagi.


Bagaimanapun, perkongsian daripada peguam itu mendapat reaksi yang berbeza-beza daripada netizen.


Kebanyakan daripada persoalan yang dikemukakan ialah mengapa si isteri pertama pula yang kena bersusah payah membuktikan suaminya tidak mampu berkahwin dua.









Kredit Foto: FB






'Kenapa pula si ibu yang perlu buktikan, kenapa bapa tu tak perlu buktikan dia mampu? Senanglah kerja lelaki' soal netizen.  


Persoalan itu turut dijawab oleh peguam tersebut.




Kredit Foto: FB






Ramai juga yang mengeji perlakuan bapa yang tidak mementingkan anak-anak sedangkan kemudian hari, merekalah yang suka mengemis kasih sayang daripada anak-anak.



Tidak kurang netizen yang berkongsi pengalaman yang sama di mana suami memohon untuk berkahwin dua walaupun tidak mampu. Beberapa di antaranya memilih untuk berpisah dan menuntut hak sepencarian.





Kredit foto: Facebook










Semoga perkongsian ilmu daripada peguam ini akan membantu ramai wanita memahami hak mereka sekiranya si suami memohon untuk berkahwin lagi satu.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Hate your religion.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni sume masalah sikap Jantan tu sdri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 10:46 AM | Show all posts
Dunia akhir zaman. Lelaki lupa amanah dan tanggungjawab dia besar nak menjawab kat akhirat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:10 AM | Show all posts

salah keluarga pmpn bakal bini no 2 jugak ni

senang2 bagi permission jadi bini no 2

mana pi wali dia? tak siasat ka ?

apa dorg kawin tnpa wali ka?

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by q@2a at 5-10-2019 11:13 AM

Yang dah bercerai mmg dah sedia maklum akan ada bekas suami yang culas bagi nafkah, bukan semua culas, ada juga yang bertanggungjawab...
tapi yang masih lagi suami isteri pun ada yang suami culas bagi nafkah... Si isteri pula yang terpaksa cari rezeki dan bagi 'nafkah' kat suami... macam2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
q@2a replied at 5-10-2019 11:12 AM
Yang dah bercerai mmg dah sedia maklum akan ada bekas suami yang culas bagi nafkah, bukan semua cula ...

I selaku ckp ngn kwn2
Avoid duda yg ada ank
Sbb klu dpt duda yg bertanggungjwb, duit gaji dia habis kt nafkah ank je. Nnt dgn bini baru dpt ank baru hidup melarat.
Kwn laki i, duda ank 3,hampir 2k untuk ank2 je. Tu sedang ank kecik2 lg. Makin besar nnt mak tuntut mcm2 lg.
Penah bc dlm krt pun camtu. Pompuan kawen ngn duda. Dah kawen br tau duda tu sengkek gila sbb duit gaji abeh tanggung nafkah ank dgn bini pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Zmn skrg kawen ramai2 utk puaskan nafsu je . X pun nk tnjk batin kuat . Pastu Mane leh tgk anak dara . Dpt plak yg dara kemain bangga lg . Tang ni semua nk ikut sunnah . Byk lg benda basic sunnah x nk ikut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2019 11:31 AM | Show all posts
lainle laki kaya raya,,isteri 3 ponn tak berbunyi pon org kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila mampukan diri sendiri sebelum hendak berbini lebih daripada satu. {:handsome
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada 2 situasi yg org yg aku kenali lalui:

1) Si lelaki sanggup nak ceraikan isteri pertama semata gilakan bini no. 2 tu tp  x jadi bila isteri no. 1 bangkit utk menuntut haknya. Dulu si isteri pertama xkerja tp berkat kwn & rakan bg sokongan jd beliau memulakan perniagaan yg pd mulanya si lelaki pndg rendah. Tgok bini no. 1 berjaya mula la mcm2 ragam dibuatnya.. Xnak cerai pulak & bini no. 1  wajib bg rm1000 tiap bulan pd semua utk suami bg pd bini no. 2. Skrg ni iolls xtahu apa jd dgn mrk

2) Lelaki kawin 2 tp tumpang ats kekayaan bini no. 1. Bini diorg relax je tak masuk urusan masing tp keluarga bini no.  2 dtg rumah serang bini no. 1 minta mcm
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan tolol
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 5-10-2019 09:48 AM
Hate your religion.

dalam al quran ada cakap.kalau takut tak berlaku adil.kawen je satu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bapak telan rokok lebih Dr tu sehari!

Moga terbakar d neraka
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kahwin 2 ni ingat kaya.. fikir ngesek je..hidup miskin papa nak tambah lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi kan sahaja spesis begini. Yihhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni kene hilite bebetul...kalo x bkn main hype bila ada headline pasal isteri tlg pinang madu la, bahagia hidup berempat sebumbungla...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan yg galak nak bermadu jadi madu no. 2, 3 dan 4 itu pun sama keji dan bodohnya. Perempuan aniaya sesama perempuan. Never ending cycle.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp seandainya isteri ke2 ke3 tu berkawen utk sekadar berteman,then win win la...awak dpt teman yg lain2 awak buat hal sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki yg bertuhankan nafsu n xbertanggungjawab mmg cmni la. Yg ppuan (yg nk jadi isteri baru) pun satu... hadap sangat dgn laki orang xkisah janji dapat berlaki. Otak senteng asal boleh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.728940 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list