CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6517|Reply: 94

[Tempatan] Menu Harian 6 Beranak Makan Nasi Kuah Air Garam.

[Copy link]
Post time 29-10-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Siti Rohana Idris

SUDAH biasa menikmati juadah nasi tanpa lauk, malah kerap makan hanya berkuahkan air garam.

Namun, enam beranak dari Kampung Kedai Buloh di sini, tidak pernah merungut kerana menu itu sebati dengan mereka sejak sekian lama disebabkan kemiskinan hidup.

Ibu tunggal, Zaharah Omar, 52, berkata, kemiskinan itu menyebabkan mereka terpaksa berhutang membeli beras dan sesekali makanan ruji itu dihulurkan jiran tetangga atas dasar simpati.

“Pernah seharian kami tidak menjamah nasi dan wang yang ada hanya cukup membeli sekilogram gandum dibuat cekodok.

“Biasanya kami makan nasi berkuahkan kicap sahaja tanpa lauk tapi jika ada wang lebih, baru boleh membeli telur dengan harga RM2 untuk empat biji yang dimakan beramai-ramai,” katanya.

Zaharah tinggal di sebuah rumah subsidi kerajaan negeri bersama tiga anak iaitu Che Siti Fatihah Jaafar, 25, Mohd Amir, 24, dan Mohd Azmi, 22, serta dua cucu yang berusia empat dan enam tahun.

Dia hanya mengambil upah mencungkil kelapa di sebuah tempat memproses santan tidak jauh dari rumahnya memperoleh bayaran RM12 sehari untuk 100 biji kelapa. Dua anak lelakinya bekerja kampung iaitu memasang kanopi dan memunggah kelapa dengan upah tidak seberapa.

“Anak sulung ada membantu saya di tempat memproses kelapa jika bekalan yang tiba terlalu banyak kerana dia dalam proses bercerai dan perlu menyara dua anaknya yang masih kecil.

“Upah yang diperoleh hanya cukup membeli lauk dan makan setiap hari tanpa ada baki untuk disimpan,” katanya.

Anak bongsu Zaharah, Mohd Azmi menghadapi kesukaran bertutur disebabkan terminum minyak tanah ketika berusia tujuh tahun dan disebabkan itu dia tidak sampai hati untuk melepaskan pemuda itu bekerja jauh daripada keluarga.

Menurutnya, Mohd Azmi berhenti sekolah dan hanya sempat belajar hingga darjah empat sahaja kerana enggan ditempatkan di kelas pendidikan khas.

“Cucu sulung yang berusia enam tahun sepatutnya belajar di tadika tapi kami tiada wang membayar yuran menyebabkan dia hanya duduk di rumah bersama adik dan ibunya (Che Siti Fatihah).

“Kami bertungkus-lumus demi kelangsungan hidup,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 6:30 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2019 03:49 PM | Show all posts
macam ramai jaaa dalam rumah tu.  tak kerja ke ramai-ramai tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 03:51 PM | Show all posts
Themilo replied at 29-10-2019 03:49 PM
macam ramai jaaa dalam rumah tu.  tak kerja ke ramai-ramai tu?

biasalaaa nk benda free, semua nak kena suap....tak reti nk cari keje  
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 04:17 PM | Show all posts
Themilo replied at 29-10-2019 03:49 PM
macam ramai jaaa dalam rumah tu.  tak kerja ke ramai-ramai tu?


Dia hanya mengambil upah mencungkil kelapa di sebuah tempat memproses santan tidak jauh dari rumahnya memperoleh bayaran RM12 sehari untuk 100 biji kelapa. Dua anak lelakinya bekerja kampung iaitu memasang kanopi dan memunggah kelapa dengan upah tidak seberapa.

Anak sulung ada membantu saya di tempat memproses kelapa jika bekalan yang tiba terlalu banyak kerana dia dalam proses bercerai dan perlu menyara dua anaknya yang masih kecil.

“Upah yang diperoleh hanya cukup membeli lauk dan makan setiap hari tanpa ada baki untuk disimpan,” katanya.

Anak bongsu Zaharah, Mohd Azmi menghadapi kesukaran bertutur disebabkan terminum minyak tanah ketika berusia tujuh tahun dan disebabkan itu dia tidak sampai hati untuk melepaskan pemuda itu bekerja jauh daripada keluarga.

Menurutnya, Mohd Azmi berhenti sekolah dan hanya sempat belajar hingga darjah empat sahaja kerana enggan ditempatkan di kelas pendidikan khas.

“Cucu sulung yang berusia enam tahun sepatutnya belajar di tadika tapi kami tiada wang membayar yuran menyebabkan dia hanya duduk di rumah bersama adik dan ibunya (Che Siti Fatihah).

Anak2 dia kerja la korang...

Yang lelaki 2 org tu kerja kampung, one of them ada masalah pertuturan - yang ni boleh apply OKU card kot.
Yang perempuan tu tolong dia cungkil kelapa kadang2. Kalau tak dia dok rumah jaga anak.


Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai... Mak, tolong benarkan anak kedua tu kerja di luar kawasan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 29-10-2019 03:49 PM
macam ramai jaaa dalam rumah tu.  tak kerja ke ramai-ramai tu?

Keje kan...cuma duk kg tak de la keje berekon gaji tinggi...anak yg sorg tu ada masaalah bertutur...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 29-10-2019 03:51 PM
biasalaaa nk benda free, semua nak kena suap....tak reti nk cari keje

Kesiannya kauuu.....

Mcm le kau tu bagus sgt ....jadi mod pun tak sampai sepenggal....

Comments

aku ader petik nama ko ke?  Post time 29-10-2019 04:58 PM
kau bagus ke?  Post time 29-10-2019 04:57 PM
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang kerja kampung ni berapa sen jer boleh dapat
Pastu peluang pekerjaan limited .......

And ada keterbatasan gak based on my reading kt article tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2019 04:51 PM | Show all posts
Kadang ada baiknya setiap masjid menyediakan gerobok makanan supaya golongan macam ni boleh dapatkan bekalan pada hari2 mereka kesempitan.  Sesetengah pasaraya pun nampaknya dah ada yang menyediaakna kemudahan macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss susah nak percaya yang masih ada yang hidup susah "sangat" zaman sekarang ni. Semoga pihak berkenaan buat kerja lah. Jangan bila masuk paper baru betungkus lumus nak buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 dia dah besar kot.. Ermmm..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ReginaGeorge at 29-10-2019 09:27 AM

Bertungkus lumus ke macam tu? Mak cik tau tak orang yang ada mild autism pun masih boleh bekerja, begitu juga dengan yang buta, pekak dan bisu mahupun kudung? Kena keluar dari kebiasaan. Semua orang pun ada kesusahan sendiri mak cik.. Jangan hanya kerana bercerai, keja lain tak nak try. Mesti ada sebab bercerai..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kg kedai buloh klate ke??
sbb xde mention negeri mana dlm artikel
klau klate ni kat masjid muhammadi tu mmg ade da foodbank..mcm beras tepung n keperluan asas mmg org susah boleh amik.
bila tgk org susah ni kesian sgt...susah nk kata..
tp dulu ade la pengalamn nk bersedekah pada org susah...
beli siap2 beras sekampit,gula,tepung,teh,milo,susu, megi n telur sesarang..nk bg ikut org tgh sbb takut pulak yg nk dibantu ni malu.end up org tgh kata beras da ade 3 kampit...telur pun byk lagi...last2 aku ni jenuh rebus telur bawa pergi tempat keje...aku ngan husbnd berdua je nk mkn telur smpai sesarang tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita cam ni mengingatkn aku pada mak ayh aku dulu pernah makn garam siap ajar cara lagi nak makan
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn bagitau aku anak2 lelaki dia hisap rokok nanti aku naik darah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lg kawin dah bercerai?kenapakah?dah tu,anak dua..jadilaa kelendan lori ke..xpun jd konduktor bas..keje kg kalau ada kemahiran org akan bayar tggi jugak tp kne usaha lebih sikit laa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 29-10-2019 03:51 PM
biasalaaa nk benda free, semua nak kena suap....tak reti nk cari keje

Atau bercucuk tanam, hello?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 29-10-2019 05:31 PM
kg kedai buloh klate ke??
sbb xde mention negeri mana dlm artikel
klau klate ni kat masjid muhamma ...

Rasa gitu laa kot sis,kedai buloh klate..

Maybe org y susah pun xtaw nak mtk ktne makanan..maybe sis boleh je terus direct ngn mana2 org susah y sis tgk..xyah guna org tgh pun xpe..kalau malu sgt,sis pura2 laa sis org tgh tlg htr brg org sedekah..haa gitchewww~
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cerita orang kampung ku dulu. Sebelum kaya, mereka ambik upah kerja sawah. Makan minum apa yang ada. Beras pinjam dari tuan sawah, kadang2 tuan sawah sedekah. Ikan mana yang dapat dari sawah atau sungai, selalu jugak makan belut. Solat tak pernah tinggal, mohon dipermudahkan rezeki. Tuan sawah sangat baik, hasil padi dibahagi 3, 1 bahagian untuk tuan sawah, 2 bahagian untuk mereka. Dapat duit, beli ayam, itik, kambing dan lembu. Sekarang dah tak kerja sawah, dah jadi supplier kambing biri2.
Bekerja keras itu bagus tetapi kena juga berfikir panjang untuk masa depan.  Contoh, beli itik dan jual telur itik sebagai permulaan. Sesambil tu kerja juga yang lain. Beransur2, insya'allah, Allah akan membantu hambaNYA yang berusaha.
Banyak lagi contoh lain. Tokey pisang, nenas dan sebagainya. Berbudi pada bumi, insya'allah diberkati.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Xde ke NGO boleh bantu carikan kerja elok skit utk yg sulung n no 2? Biar yg no 3 je tggal dgn mak. N apply kan kad OKU utk yg bongsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.055113 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list