Kredit Foto - Buzzkini
Filem aksi Wira yang merupakan projek mega kerjasama sulung antara lima syarikat iaitu Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios telah ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara pada 21 November 2019 lalu.
Filem Tempatan Pertama Ditayangkan Dalam Format 4DX
Wira yang juga terbitan pengarah filem PASKAL: The Movie iaitu Adrian Teh menampilkan barisan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Dain Said, Dato Hilal Azman, Yayan Ruhian, Henley Hii dan Josiah Hogan ini ternyata memberi satu sejarah baharu buat industri perfileman tempatan.
Kredit Foto - Twitter : Hairul Azreen bersama Yayan Ruhian
Wira juga mendapat hasil sentuhan pengarah lagak aksi tersohor dari Indonesia, Yayan Ruhian di mana penonton dapat melihat aksi tanpa henti, sekaligus mampu menjadi penanda aras bagi aksi filem tempatan terbaik pada tahun ini.
Kredit Foto - YOY
Filem aksi yang menyentuh elemen kekeluargaan ini berkisahkan Hassan (Hairul Azreen) kembali ke rumah asalnya di Flat Raja Merah dengan niat untuk menyelamatkan keluarganya dari hutang dan kekejaman Raja (Dain Said).
Hassan telah melibatkan diri dengan tentera ketika menghilangkan diri untuk beberapa tahun meninggalkan keluarganya dengan niat ingin 'cuci tangan' dari kisah silamnya.
Beliau kembali untuk menyelesaikan masalah keluarganya dan membawa mereka ke kampung halaman di Machang dan mulakan hidup baru.
Untuk menyelesaikan hutang tersebut, Hassan dan adiknya Zain (Fify Azmi) terpaksa bertanding tinju berlawan bersama dua orang anak Raja iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan).
Perkembangan plot berlaku selepas pertarungan itu dan seterusnya banyak perkara yang terjadi kepada Hassan dan keluarganya.
Apa kata penonton?
Wira mendapat pelbagai review berbeza daripada pengkritik dan peminat filem tempatan. Sesetengah mereka memberi rating yang agak tinggi antaranya 8-10 bintang. Sesetengahnya pula hanya memberikan 5-7 bintang.
Filem ini rata-ratanya menayangkan hampir sepenuhnya aksi mendebarkan tanpa meninggalkan 'ruang kosong' untuk penonton mengalihkan pandangan dari layar skrin.
Namun, ada jua yang menyatakan aksinya masih jauh ketinggalan jika mahu dibandingkan dengan filem aksi antarabangsa.
Ada dikalangan mereka yang mengkritik plot filem ini agak biasa dan kekuatan filem ini hanyalah semasa adegan pertarungan akhir antara Hassan dan adiknya menentang Ifrit.
Air tangan Pengarah Adrian Teh belum pernah mengecewakan...
Kredit foto: Facebook #wira2019 #filemwira
Hairul Azreen memang sesuai untuk filem aksi...
Berbaloi untuk ditonton...
Lakonan Hairul Azreen masih kaku pada sesetengah adegan ...
Filem pertama boleh tengok fight scene perempuan. Power la !
Wira Filem Aksi Terbaik Penutup Tahun 2019? - Konfem Ke Filem WIRA Wajib Tonton?
Filem aksi paling best tahun 2019!
Kredit foto: Twitter #wira2019 #FilemWira #Wira
Apapun, filem genre aksi sememangnya menjadi pilihan orang ramai sejak akhir-akhir ini.
Lihat sahajalah kejayaaan filem-filem genre sama seperti Paskal, Polis Evo 1 & 2, One Two Jaga, Geran, KL Special Force dan lain-lain yang memberikan impak besar kepada penonton.
Anda sudah menonton Wira? Berikan pandangan anda. - CARI
Kredit - Says.com |