Pengacara Hazeman Huzir baru-baru ini menegur sikap individu yang mencela wanita yang memakai tudung tetapi tidak menepati syarak atau dalam erti kata lain tidak bertudung litup seperti yg sepatutnya.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Hazeman atau lebih dikenali sebagai Haze menyatakan niat individu itu mungkin mahu menegur, tetapi cara tersebut agak kasar dan boleh menjatuhkan semangat orang yang berniat untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Kredit foto : Twitter Hazeman
Pernah mengalami situasi yang sama, Haze berkata teguran yang kasar atau secara sindiran bukanlah cara yang terbaik kerana dia pernah merasa takut untuk ke masjid gara-gara pandangan sinis orang terhadap dia.
"Nov 2018, aku masih berambut putih. Tapi waktu itu teringin nak belajar solat dan agama setelah bertahun tak solat."
Cerita Haze, pada ketika itu dia masih lagi berambut putih seperti penampilannya dalam program Motif Viral. Tidak mahu menjadi bahan umpatan qariah masjid, dia menutup kepalanya bagi melindungi rambutnya.
Tetap mendapat jelingan.
Walaupun sudah berusaha, Haze tetap dipandang serong sehinggakan dia merasa tidak selesa untuk berada lama di dalam masjid.
Disebabkan peristiwa tersebut juga, Haze enggan masuk masjid selama beberapa minggu kerana risau akan pandangan orang lain.
"Tegurlah secara berhemah, takut orang langsung tak nak bertaubat."
"Jika anda bersikap sedemikian, anda merupakan seseorang yang tidak seimbang dalam hubungan antara Yang Maha Esa dan makhluk ciptaannya (iaitu manusia)."
Kredit foto : Twitter Hazeman
Tweet Haze tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya.
Kredit foto : Twitter Hazeman
Bagaimanapun, menerusi tinjauan kami individu tersebut telah pun memadam Tweet asalnya.
Ada betul juga teguran Haze tersebut kerana tahap penerimaan seseorang itu berbeza. Ada yang boleh menerima teguran secara kasar namun ada yang tidak dapat menerimanya. Silap haribulan mungkin ianya akan menyebabkan seseorang itu menjadi lebih teruk daripada sebelumnya. -CARI |